10 Game Paling Padu Untuk Konsol Terbaharu Xbox Series X!

Game, Tech

Boleh dikatakan lah dalam banyak-banyak konsol yang telah dikeluarkan di dunia ni, konsol keluaran Microsoft ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan mereka juga mempunyai kelas atau standard, yang boleh dikatakan lain daripada para peminat konsol PS4 atau Nintendo. Setuju tak?

Kenapa kita boleh setuju dengan apa yang kami katakan diatas ni adalah disebabkan game-game yang dikeluarkan untuk dimainkan di konsol Xbox ni sebenarnya banyak yang padu dan hanya eksklusif dimainkan di Xbox.

Kalau dari segi grafik pula, ramai peminat yang berpuas hati dan Xbox sendiri mempunyai liganya yang tersendiri untuk memperlihatkan dan memaksimakan konsol tersebut.

Dan baru-baru ini pihak Microsoft baru saja mempertunjukkan games eksklusif dan games terbaharu yang bakal muncul sempena dengan kemunculan konsol versi terbaharu iaitu Xbox Series X.

Didalam acara Official Xbox Games Showcase yang dilakukan secara online yang boleh dipertonton di channel Youtube rasmi Xbox, para peminat disajikan dengan video dalam kualiti 4k 60fps berdurasi 57:27 minit. Dengan pelancaran games showcase tersebut, ianya memberikan peminat sedikit gambaran tentang games apa yang boleh kita jangkakan buat keluaran terbaharu konsol Xbox Series X nanti.

Buat mereka yang terlepas menyaksikan showcase Xbox Series X, jangan risau sebab kitorang dah listkan 10 games padu yang menanti para peminat konsol Xbox Series X. Jom usha!

HALO INFINITE

Of course tak sah la kot kalau Xbox Series X takde game terbaharu daripada siri Halo ni kan? Halo Infinite ini boleh dikatakan antara games yang dinantikan ramai peminat Microsoft Xbox dan kali ini kita dapat lihat extended gameplay yang telah dikongsikan oleh pihak Microsoft. Babak dimana Master Chief cuba untuk menjatuhkan segerombolan aliens, menurut pihak developers 343 Industries menegaskan game ini boleh dimainkan dalam bentuk 60 frames per second tanpa ragu-ragu. Halo Infinite bakal dikeluarkan kira-kira sekitar hujung tahun nanti.

FABLE

Pada awal permulaan trailer game ini, ianya kelihatan sedikit macam sebuah game Disney dengan watak pari-pari yang sedang berterbangan, namun kita dikejutkan dengan sesuatu pada pengakhiran trailer yang terbitkan rasa ingin tahu dan tak sabar nak try game ini bila dah keluar nanti. Didalam siri terbaharu Fable, game telah dihasilkan oleh Playground Games yang dikenali ramai dengan game Forza Horizon keluaran mereka.

FORZA MOTORSPORTS

Ini mungkin adalah game yang bakal digilai ramai dalam kategori racing games yang dihasilkan oleh Turn 10 Studios. Menurut pihak Mircrosoft, Forza Motorsports ini didatangkan dengan ray tracing serta dijalankan dalam bentuk kualiti 4K dengan 60fps.

TETRIS EFFECT: CONNECTED

Okay bila kali terakhir korang main game Tetris? Kali ini bukan saja game tembak menembak ataupun aksi saja yang bakal dikeluarkan untuk Xbox Series X ini, tetapi korang juga boleh main game terbaharu Tetris!

Tetris Effect: Connected ini masih mengekalkan cara konsep permainan seperti yang kita semua tahu cara permainannya tapi apa yang menarik sekali terdapat juga mode co-op serta multiplayer dimana ianya boleh dimainkan secara local ataupun online. Game ini bakal dikeluarkan sempena Xbox Series X hujung tahun 2020.

BALAN WONDERWORLD

Balan Wonderland adalah game terbaharu yang dihasilkan oleh syarikat Square Enix daripada Yuji Naka yang merupakan bekas ketua team yang menghasilkan game Sonic The Hedgehog.Menurut Naka, ini adalah action game of action games, yang menarik sekali didalam Balan Wonderland ini, para pemain boleh bertukar antara lebih 80 kostum didalam dunia game ini. Balan Wonderland bakal dikeluarkan pada tahun 2021 dan dikeluarkan untuk konsol Xbox Series X dan Xbox One.

TELL ME WHY

Tell Me Why adalah sebuah game terbaharu dibawah produksi Dontnod Entertainment, syarikat produksi yang popular dengan siri game Life is Strange. Didalam game ini, pemain dapat memainkan watak adik-beradik kembar dalam misi mencari semula kisah childhood mereka. First chapter game ini dijadualkan untuk release pada 27 Ogos 2020.

CROSSFIREX

Game yang dihasilkan dengan kolaborasi dua syarikat produksi game terkenal Remedy Entertainment dan Smilegate iaitu developer yang pernah menghasilkan game Crossfire terdahulu. Menurut pihak Microsoft, CrossfireX bakal dikeluarkan pada tahun ini.

DRAGON QUEST XI S: ECHOES OF AN ELUSIVE AGE 

Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age – Definitive Edition adalah versi yang dikembangkan daripada RPG yang pernah dikeluarkan untuk konsol Nintendo Switch pada tahun lepas. Dan kali ini ianya bakal dikeluarkan untuk konsol Xbox buat pertama kalinya pada 4 Disember 2020.

S.T.A.L.K.E.R 2 

S.T.A.L.K.E.R 2 adalah game keluaran terbaharu didalam liga first-person shooter dan horror survival. Ianya dikeluarkan secara eksklusif buat Xbox Series X nanti.

Game ini juga adalah antara game-game FPS yang memang dinantikan ramai peminat kerana ianya adalah follow-up daripada game pertama Stalker. Didalam Stalker 2, para peminat kembali ke The Zone, kawasan yang sangat tercemar dan sangat berbahaya di sekitar Loji Tenaga Nuklear Chernobyl yang penuh dengan kehidupan liar dan misteri menghantui para pemain.

AVOWED

Avowed adalah sebuah game terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak Obsidian Entertainment yang merupakan sebuah game developers yang tidak asing lagi. Didalam trailer yang dikongsikan ini, Avowed adalah sebuah game bertemakan medieval fantasi dalam bentuk first-person RPG.  

Avowed juga merupakan game ketiga yang dikeluarkan selepas syarikat Obsidian Entertainment diambil alih oleh Microsoft. Avowed juga dilaporkan dimainkan dalam sebuah dunia yang dikenali sebagai Eora. Ramai yang beranggapan game ini mempunyai sedikit sebanyak inspirasi daripada Skyrim. Hmm..

KATALAKI: 4K 60fps memang padu ah processor Xbox Series X ni…

Last modified: 25 July 2020