10 Iklan Raya 2019 Ni Je Wajib Korang Layan

Sembang

Sekarang ni dah tak macam dulu. Kena tunggu iklan raya keluar kat TV. Dah 2019 ni, kita boleh tengok iklan raya kat smartphone je. Yang penting ada internet la senang cerita. Bersepah iklan raya. Pilih je la nak tengok yang mana. Tu belum kira lagi filem pendek raya. Tak cukup dengan tu, sekarang kalau nak tengok iklan raya, siap dah ada yang buat bebenang kat Twitter!

Setiap tahun, korang pun mesti tertanya-tanya dan ternanti-nanti nak tahu iklan raya mana yang paling best, betul? Maksud best untuk korang tu daripada segi apa? Iklan raya yang sedih sampai menitik air mata? Iklan raya yang penuh dengan mesej tersembunyi? Atau visual yang canggih dan cantik? Haa pilih pilih.

Image Via : YouTube

Kalau korang nak tengok balik iklan raya yang lama tak ditelan zaman, all-time favourite lah kiranya, boleh tengok kat siniTapi dalam artikel kali ni, kami nak kongsikan 10 iklan raya yang memang patut dan wajib korang tengok untuk tahun 2019 ni.

Image Via : YouTube

Kami faham, memang terlampau banyak iklan raya tahun 2019 ni. Jadi, jangan susah-susah. Ini iklan yang kami sarankan untuk korang tengok. Kiranya, ni iklan raya terbaik untuk tahun 2019 daripada pandangan kami. Terbaik daripada segi mesej, visual, kreativiti dan jangka masa iklan.

#BuangBalikRaya

Korang faham tak apa maksud #BuangBalikRaya tu? #ThrowbackRaya la maksudnya tu. Iklan raya ni menggunakan tema patah balik ke masa lepas menggunakan mesin masa. Ingat Marvel je ke boleh buat?! Mesin masa dan kesan visual yang digunakan pun memang nampak real la patah balik ke masa lepas tu. Siap troll balik iklan-iklan yang pernah popular tahun-tahun sebelum ni. Product placement pun bersesuaian dengan jalan cerita.

Ragam Isteri Beraya

Iklan raya yang memang ditujukan untuk orang yang dah berkahwin dan kaki shopping sakan. Kalau yang pernah pergi Jakel mesti dah tahu pasal Happy Ending tu. Eh, Happy Hour. Iklan raya tak semestinya kena sedih-sedih, kan? Iklan raya yang ada unsur-unsur komedi macam ni pun best gak layan.

Konvoi Epik Fantastik

Salah satu iklan raya 2019 yang paling cantik. Kereta yang digunakan cantik, pemandangan cantik, warna yang ada dalam iklan ni cantik dan camera view pun cantik. Boleh nampak la keseronokan keluarga yang besar bila balik raya kat kampung. Yang takde kampung dan takde keluarga yang besar boleh jealous kot tengok iklan raya ni.

Rendang SoRaya

Iklan raya Petronas antara iklan yang ditunggu-tunggu orang ramai setiap tahun. Mesti ada sebab kenapa orang ramai tunggu setiap tahun. Iklan raya Petronas kali ni menceritakan pasal seorang anak perempuan yang cuba untuk copy paste rendang tradisi ibunya. Jalan cerita iklan raya ni pun susah nak agak dari awal. Mungkin ada antara korang yang dah perasan dari awal la kot. Selamat menonton!

Tumpang

Iklan raya ni mengisahkan pasal Amir yang tertinggal bas di RnR Lebuh Raya Plus, terpaksa tumpang Pak Man selepas terjumpa handphone Pak Man kat tandas. Ada dua cerita dalam iklan raya ni. Jalan cerita yang susah nak agak gak ni. Tapi baran betul Pak Man dalam iklan ni.

Ketupat Lejen

Nenek dalam iklan raya ni punca iklan ni jadi best. Visual pun not bad. Tapi yang paling penting sekarang ni semua orang yang dah tengok iklan ni dah tahu apa makna ketupat pada Hari Raya. Ada ilmu berguna yang disampaikan dalam iklan raya ni.

Deria Takbir

Iklan yang bertaraf dunia daripada Maxis. Ada banyak mesej berguna yang kita boleh dapat daripada iklan raya ni. Hari Raya bukan je pasal keluarga, lemang, mercun, pergi beraya dan duit raya. Hari Raya gak mengajar kita untuk ingat dan hargai orang-orang yang kurang bernasib baik.

Raya Paling BerMAK-MAKna

Iklan raya yang penuh dengan warna-warni dan ada unsur-unsur komedi. Product placement memang kaw-kaw dalam iklan ni. Nasib baik menghiburkan. Iklan raya yang mengisahkan pasal dua orang jiran, Mak Ani dan Mak Dah yang berlumba-lumba tak nak kalah. Yang part Cardi B rap tu gempak.

Ketepikan Segala Perbezaan

Iklan raya yang lain daripada lain. Iklan raya ni menampilkan sebuah kisah benar mengenai kisah viral Amy Mastika atau Cikgu Orked dan pelajarnya. Bawah ni tweet yang viral pasal kisah benar Cikgu Orked pada tahun 2017.

Makna Ramadan & Dugaan Syawal

Ada dua bahagian dalam iklan raya ni. Episod pertama ialah Makna Ramadan, mengisahkan adik Ramadan yang pertama kali berpuasa dan episod kedua ialah Dugaan Syawal, sambungan kisah adik Ramadan yang kali ni cuba mengelak daripada dugaan semasa Hari Raya. Kalau korang dah tengok episod pertama, mesti korang terus nak tengok episod kedua disebabkan adik Ramadan ni. Lepas ni makin banyak la tawaran berlakon.

.
KATALAKI: Ada lagi ke iklan lain yang best boleh lawan 10 iklan kat atas ni?

Last modified: 31 May 2019