10 Lagu Raya Yang Tak Pernah Basi

Sembang

Tak meriah la Hari Raya kalau tak dengar lagu raya, lagu yang kita boleh dengar selama sebulan je dalam setahun kat radio. Lagu raya mana satu yang paling memberi kesan dalam kisah hidup Hari Raya korang? Setiap satu lagu raya bagi maksud yang berbeza untuk setiap orang. Hari tu kami ada kongsikan pasal senarai lagu raya daripada band yang ada kat Malaysia. Korang boleh tengok kat sini.

Kali ni, kami nak kongsikan pula lagu-lagu raya yang tak pernah ditelan zaman, setiap tahun Hari Raya mesti rasa seronok je dengar. Senang cerita, lagu raya yang tak pernah basi. Cuba check lagu raya favourite korang ada tak dalam senarai kami ni.

P. Ramlee – Dendang Perantau

Lagu yang tak pernah hilang setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri. Lagu Dendang Perantau ni mengisahkan kehidupan seorang manusia yang kecewa terpaksa tinggal jauh di perantauan, tak dapat balik kampung beraya dan hanya terkenangkan kenangan-kenangan manis bersama yang tersayang di kampung. Kalau tak dapat balik kampung beraya sebab kena kerja, jangan dengar lagu ni.

Dayang Ku Intan – Senandung Hari Raya Untukmu

Lagu ni pertama kali diperdengarkan kepada orang ramai pada tahun 1989. Lagu ni pernah gak viral kat media sosial sebelum ni sebab ramai yang buat video menari dengan lagu ni pada Hari Raya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza – Nazam Lebaran

Berapa banyak lagu raya daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semuanya tak pernah bosan kita dengar. Antara lagu raya Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa popular menjelang Hari Raya ialah Sesuci Lebaran, Air Mata Syawal dan Suara Takbir.

Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema

Lagu yang ada cerita kat dalam lirik lagu ni. Daripada bedok dah berbunyi menandakan tamat berpuasa selama sebulan, sampai la suasana di dapur malam raya dan bermaaf-maafan di pagi raya. Lagu ni dicipta oleh Kassim Masdor.

Sanisah Huri – Aidilfitri

Ada dua lagu raya yang popular daripada Sanisah Huri antaranya Aidilfitri dan Bersabarlah Sayang. Satu lagi lagu yang popular nyanyian Sanisah Huri ialah Si Baju Hijau.

Datuk M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya

Mana boleh kalau tak dengar lagu raya ni kalau dah nak dekat Hari Raya. Lagu raya yang mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa dan ibu bapa.

Anuar Zain dan Elina – Suasana Hari Raya

Lagu ni ada macam-macam versi daripada penyanyi yang berlainan. Tapi setiap kali Hari Raya, lagu daripada Anuar Zain dan Elina ni gak yang kita nak dengar. Lagu ni dikeluarkan pada tahun 1985.

Aisyah – Pulanglah

Kalau jenis yang tak reti dan tak nak balik beraya di kampung. Bagi dengar lagu ni, confirmed berjurai air mata keluar. Lagu ni pertama kali berkumandang di Hari Raya pada tahun 1996.

Hail Amir & Uji Rashid – Seloka Hari Raya

Pasangan duet yang paling ngam sekitar tahun 1970-an. Lagu ni dicipta oleh Datuk Ahmad Nawab dan dikeluarkan pada tahun 1977.

Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya

Kalau dengar lirik dan muzik lagu ni, confirmed gembira berhari raya. Lagu ni mula popular selepas kali pertama diperdengarkan kepada orang ramai pada tahun 1982.

KATALAKI: Banyak sangat lagu raya yang popular dan kita mesti nak dengar bila dah nak dekat Hari Raya. Habis je sebulan raya, kena tunggu setahun baru seronok nak dengar balik.

Last modified: 3 June 2019