10 Pelakon Komedi Yang Pegang Watak Serius

Feature, Sembang

ϟ Trending

Laughter is the best medicine, kata-kata tu adalah selalu yang diterapkan dalam setiap pelakon komedi atau pun mereka yang berada dalam bidang yang membuat orang ketawa. Sememangnya nak buat orang gelak ketawa ni bukan benda yang senang dan begitu jugak sebaliknya.

Ada individu yang memang betul-betul berbakat dan memang dilahirkan dengan mudah untuk menghasilkan punchline, kiranya dia cakap apa saja confirm semua orang akan gelak. Kadang-kadang tu tak payah cakap, dia buat gaya-gaya atau mimik muka je dah confirm buat orang gelak terbahak-bahak.

Didalam genre komedi ini juga, kita lebih mudah untuk mengenali dan mengingati aktor-aktor komedi ini, sama ada hasil performance mereka didalam sitcom televisyen, sketsa ataupun sumbangan lakonan komedi mereka didalam bentuk filem.

Tapi apa yang lebih menariknya, terdapat beberapa aktor-aktor yang telah membuktikan mereka ini bukan lah bintang yang hanya mampu membuatkan orang bergelak ketawa je, tetapi mereka juga berjaya membuktikan kemampuan mereka memegang watak-watak yang lebih serius dan memberikan mutu lakonan yang jauh lebih mantap daripada aktor sebenar.

Kali ni kita nak usha aktor-aktor komedi yang telah berlawan arus daripada kebiasaan skop genre mereka serta filem-filem yang telah membuktikan mereka sebagai pelakon yang versatile.

MONEYBALL – JONAH HILL

Jonah Hill mungkin antara pelawak dan pelakon genre komedi yang amat dikenali buat generasi zaman sekarang ini. Siapa yang dah biasa tengok filem-filem yang melibatkan lakonan Jonah Hill pasti dah tahu dah bagaimana personaliti beliau mampu memberikan hasil yang lucu buat para penonton. Kiranya kalau filem tu ada Jonah Hill, kita dah boleh agak dah filem tu confirm kelakar dengan punchline-punchline yang dihasilkan oleh Jonah Hill.

Filem “Moneyball” yang dikeluarkan pada tahun 2011 pula menguji kemampuan Jonah Hill untuk melakonkan watak sebagai Peter Brand disamping pelakon lelaki legend, Brad Pitt. Walaupun genre drama ini agak janggal untuk kita saksikan dengan adanya Jonah Hill, namun beliau dapat melakonkan watak yang amat luar biasa dan lari daripada genre kebiasaan beliau. Senang cerita, watak lakonan Jonah Hill amat matang sekali didalam filem “Moneyball”.

Dengan hasil lakonan beliau didalam “Moneyball”, Jonah Hill juga menerima nominasi anugerah Oscar yang pertama buat karier lakonan beliau. Selain filem “Moneyball”, korang jugak boleh tengok lakonan serius Jonah Hill didalam filem “The Wolf of Wall Street”, “War Dogs”, dan “True Story”.

FOXCATCHER – STEVE CARELL

Tak lengkap lah senarai ni kalau kita tak include sekali pelawak yang sememangnya berada didalam liganya yang tersendiri, iaitu none other than Steve Carell.

Persembahan Steve Carell didalam filem “Foxcatcher” ini memberikan penonton perspektif yang lebih baharu buat pelakon dan pelawak terhandal ini. Dengan ciri-ciri dramatik yang mengikut kehendak tuan pengarah dan penerbit filem ini. Didalam filem ini juga Steve Carell berikan elemen-elemen kesat, garang dan sangat tragis kepada wataknya.

Surprisely filem ini bukan sahaja filem berunsur dramatik, ianya juga adalah filem yang diangkat daripada kisah dan kejadian sebenar. Selain Steve Carell, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Mark Ruffalo, Channing Tatum dan juga pelakon wanita, Sienna Miller. Stevel Carell melakonkan watak sebagai John du Pont, seorang yang meminati sukan gusti ditimpa dengan kejadian yang mengubah nasib beliau menjadi lebih tragis.

Dengan lakonan beliau didalam filem ini, ianya jugak meletakkan nama Steve Carell sebagai seorang finalis didalam nominasi anugerah Oscar. Sejak pengilbatan Steve Carell, ianya juga menjadi permulaan buatnya membintangi filem-filem yang lebih dramatik seperti Beautiful Boy, Vice, dan Battle of the Sexes. Secara automatik ianya menjadikan Steve Carell sebagai seorang aktor dramatik ternama di Hollywood.

LOST IN TRANSLATION – BILL MURRAY

Nama pelawak lagenda Bill Murray ini bukan lah nama yang calang-calang didalam arena lakonan Hollywood, terutama sekali dalam dengan filem-filem serta persembahan komedi yang telah disampaikan oleh pelawak lagenda ini.

Bill Murray juga dikenali sebagai salah seorang anak seni yang sering memberikan watak-watak yang energetic dan sering adlib dalam setiap dialog atau punchline yang disampaikan dengan secara bersahaja. Filem-filem komedi yang diingati Bill Murray antaranya seperti filem Ghostbusters, What About Bob?, Scrooged. Bill Murray mula menyinari sebagai seorang pelawak bermula daripada hasil persembahannya dalam siri komedi Saturday Night Live.

Pada tahun 2003, Bill Murray telah menyahut cabaran dengan melakonkan watak sebagai Bob Harris dalam sebuah filem genre drama berjudul “Lost In Translation”. Filem tersebut mengenai Bob yang berada dalam perjalanan ke Tokyo dalam pada masa yang sama mengalami krisis pertengahan usia lalu berjumpa dengan seorang wanita muda yang mengubah hidupnya secara total.

Filem tersebut merupakan filem yang dramatik dan sangat bijak daripada segi storyline dan plot didalam filem tersebut. Lakonan Bill Murray juga boleh dikatakan sampai kepada penonton dengan secara effortless dan dapat menarik penonton hingga ke saat akhir filem tersebut.

THE SKELETON TWINS – KRISTEN WIIG & BILL HADER

Kedua-dua pelawak didalam filem ini amat dikenali dengan hasil punchline yang mereka berdua berikan didalam siri sitkom Saturday Night Live. Dan kalau para penonton sering menonton filem-filem dengan unsur komedi, maka watak-watak yang disampaikan oleh Kristen Wiig dan Bil Harder ni kira tidak asing lah lagi di mata penonton.

Just to recap, mungkin korang pernah saksikan lakonan Bill Harder didalam filem-filem komedi seperti Superbad, Tropic Thunder, Forgetting Sarah Marshall manakala Kristen Wiig juga korang akan familiar dengan lakonan beliau didalam filem Ghost Town, Knocked Up, Date Night dan yang paling pecah, Bridesmaids. Jadi kredibiliti mereka berdua ini sebagai pelawak memang tak boleh dinafikan lagi lah.

Untuk filem “The Skeleton Twins” ini kira kita boleh saksikan dua pelawak yang berani melakonkan watak-watak daripada luar bidang bakat masing-masing dan terbukti lakonan Bill Harder dan Kristen Wiig ini mampu menyampaikan mesej serta lakonan dramatik yang diperlukan dalam filem berunsur drama ini. Didalam filem “The Skeleton Twins”, kedua-dua pelawak ini melakokan watak adik beradik kembar yang lama terpisah dimana kedua-dua mereka cuba untuk melarikan diri daripada kemurungan dan cuba untuk menyatukan sifat-sifat kekeluargaan dalam hidup mereka.

I SMILE BACK – SARAH SILVERMAN

Salah seorang yang boleh dikatakan pelakon atau pelawak wanita yang paling kontroversi dan berjaya sepanjang masa. Apa yang membuatkan Sarah Silverman sebagai pelawak yang dikenali ramai dalam scene komedi di Hollywood adalah kerana topik-topik berani mati yang selalu dijadikan sebagai bahan jenaka beliau antaranya seperti topik tentang seks, seksisme, perkauman dan politik yang digabungkan sehingga ianya menjadi jenaka yang sangat kontroversi.

Walaupun setiap persembahan Sarah Silverman agak unik, kebanyakkan watak-watak yang dilakonkan oleh Sarah Silverman juga seakan-akan seperti persembahan stand-up yang beliau lakukan, persona komedi yang cuba disampaikan lebih kurang sama.

Meskipun karier komedi Sarah ini berjaya memukau penonton dan meletakkan namanya setaraf dengan pelawak-pelawak terkenal antarabangsa, pada tahun 2015 Sarah keluar daripada zon selesa dengan menyampaikan watak yang jauh berbeza dan sebalik genre komedi apabila Sarah memegang watak dramatik dalam sebuah filem berjudul “I Smile Back”. Didalam filem tersebut, Sarah memainkan peranan sebagai Laney Brooks, seorang wanita yang sedang menghadapi situasi kemurungan berlanjutan daripada trauma kekeluargaan. Filem “I Smile Back” ini mempunyai skrip serta plot jalan cerita yang lemah, namun untuk Sarah, ianya merupakan filem yang mampu menampilkan mutu lakonan terbaik beliau didalam sebuah filem.

PRECIOUS – MO’NIQUE

Didalam liga stand-up comendian, nama bintang seperti Mo’Nique ini tidak asing lagi, daripada siri-siri stand-up comedy juga beliau mencipta nama serta popularitinya.

Filem yang dikeluarkan pada tahun 2009 berjudul “Precious”, Mo’Nique memegang watak sebagai seorang ibu yang kasar kepada anak-anaknya. Dengan hasil lakonan beliau didalam filem “Precious” ini, ianya berjaya meraih anugerah Best Supporting Actress di Academy Awards. Walaupun penglibatan beliau didalam filem berunsur drama ini sangat berisiko tinggi, namun Mo’Nique membuktikan beliau bukan sekadar pelawak dan pelakon komedi, namun mampu membuatkan penonton terpukau dengan lakonan yang lebih serius.

THE END OF THE TOUR – JASON SEGEL

Kalau sebut nama Jason Segel, kebarangkalian untuk kita ingat wajah pelawak ni memang kurang, tapi kalau sebut nama Marshall Erikson, salah satu watak dalam sitkom How I Met Your Mother, mungkin ramai yang akan berkata “oh dia ni”.

Pelakon yang sering menzahirkan watak-watak lakonan beliau didalam filem-filem bergenre komedi seperti Forgetting Sarah Marshall, Knocked Up, Bad Teachers, I Love You Man, dan This is 40. Tapi kalau didalam siri sitkom How I Met Your Mother, Jason Segel berjaya menyerlahkan watak beliau bukan sahaja dari segi lakonan komedi tetapi juga watak Marshal Erikson dapat memberikan emosi yang sedih buat para penonton siri How I Met Your Mother.

Untuk filem berjudul “The End of the Tour”, Jason Segel melakonkan watak bernama David Foster Wallace, seorang penulis terkenal yang sedang ditemubual oleh seorang wartawan yang sangat mengagumi David Foster Wallace. Filem ini merupakan filem yang serius dibintangi oleh Jason Segel dan lakonan mantap daripada Jesse Eisenberg dan watak yang disampaikan oleh Jason Segel menyerlah dengan hebat membuktikan Jason Segel bukan sahaja pelawak yang digemari dalam sebuah sitkom.

PUNCH, DRUNK, LOVE – ADAM SANDLER

Pada awal karier pelawak Adam Sandler di industri perfileman Hollywood, Adam Sandler adalah salah seorang pelawak yang banyak melahirkan filem-filem genre komedi, sehingga ke hari ini. Daripada filem-filem komedi yang popular seperti Billy Madison, Happy Gilmore, Big Daddy, The Wedding Singer, The Waterboy, 50 First Dates. Kalau kita nak senaraikan kesemua filem-filem Adam Sandler ni, memang tak siap siap lah artikel ni.  

Namun pada tahun 2002 merupakan tahun dimana kita dapat saksikan Adam Sandler memegang watak yang lebih serius dan dramatik apabila mengambil watak sebagai Barry Egan didalam filem arahan Paul Thomas Anderson berjudul “Punch, Drunk, Love”. Filem yang mengisahkan tentang Barry Egan yang mempunyai social anxiety dalam menjalinkan sebuah perhubungan.

Apabila filem ini dikeluarkan, ramai yang tidak menjangkakan Adam Sandler mampu memikul watak yang berat dalam sebuah filem yang bergenrekan isu yang juga berat ini. Dengan hasil filem ini, ianya membuktikan Adam Sandler bukan sahaja pelawak yang mampu membuatkan orang ketawa dengan tengkingan dan lawak-lawak bodoh yang biasanya dilakukan.

ETERNAL SUNSHINE OF THE SPOTLESS MIND – JIM CARREY

Terus terang kami cakapkan, selepas je korang tengok filem ini. Confirm korang akan terlupa sebenarnya pelakon utama filem ini iaitu Jim Carrey merupakan pelawak dan pelakon filem komedi yang sangat dikenali. Pelawak yang banyak menghasilkan filem-filem komedi yang masih lagi diingati sehingga hari ini seperti, The Grinch, Ace Ventura, The Mask dan Liar Liar ini mengubah perwataknya kearah filem yang lebih dramatik sejak tahun 1998 dengan filem “The Truman Show” dan “Man On The Moon’.

Namun pada tahun 2004, filem “The Eternal Sunshine of the Spotless Mind” sememangnya mengubah Jim Carrey kepada seorang pelakon yang lebih serius kerana filem ini memerlukan watak Jim Carrey sebagai seorang yang penuh dengan kemurungan didalam hidupnya.

Memegang watak sebagai Joel Barish, filem ini mengisahkan bagaimana seorang lelaki sedang mencuba sedaya upaya untuk mengingati tentang bekas kekasihnya apabila beliau telah membuat keputusan untuk mengeluarkan segala memori yang ada tentang kisah percintaan mereka. Kami sendiri dah saksikan filem ini dan apa yang kami boleh katakan, filem ini adalah filem yang wajib ditonton jika korang betul-betul minat lakonan Jim Carrey dan ingin menyaksikan aktor ini membawakan watak yang lebih berlainan.

SEPI – AFDLIN SHAUKI

Ah yang ini last but not least dalam senarai ini kami ingin memberikan ruang khas ini kepada salah seorang aktivis seni komedi industri hiburan tanah air kita. The man himself, pengarah dan juga pelakon Dato’ Afdlin Shauki Bin Aksan.

Bukan sahaja dikenali kerana sifat-sifat yang mampu membuatkan para penonton gelak ketawa dan terhibur. Dato’ Afdlin Shauki yang memulakan kariernya di industri hiburan Malaysia seawal tahun 90an lagi. Aktor yang juga merupakan seorang pengarah filem ini juga mempunyai bakat darah seni yang luar biasa oleh kerana beliau bukan saja boleh membuatkan orang ketawa, beliau juga merupakan seorang penyanyi, penulis dan pencipta lagu jugak!

Antara kejayaan Dato’ Afdlin Shauki ni didalam bidang seni nyanyian adalah apabila lagu hasil karya beliau dinobatkan sebagai pemenang anugerah kategori Etnik Kreatif terbaik di Anugerah Juara Lagu yang ke-19, lagu yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah berjudul “Erti Hidup”. Hasil lirik lagu tersebut ciptaan Dato’ Afdlin Shauki dan juga Dayang Nurfaizah.

Untuk karier bidang lakonan Dato’ Afdlin Shauki pula, beliau membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon pembantu dalam sebuah filem berjudul “Mimpi Moon”, selain itu Dato’ Afdlin Shauki ini juga pernah membuat penampilan khas didalam sebuah filem Hollywood berjudul “Anna And The King” yang dilakonkan disamping bintang Hollywood terkenal Jodie Foster dan Chow Yun-Fat.

Filem pertama yang dihasilkan arahan Dato’ Afdlin Shauki berjudul “Buli” yang turut meletakkan beliau sebagai pelakon utama untuk filem dengan genre komedi. Sejak daripada filem “Buli”, nama Dato’ Afdlin Shauki tidak lekang daripada dikenali sebagai pengarah filem-filem berunsur komedi.

Pada tahun 2008, Dato’ Afdlin Shauki mengubah persepsi penonton dengan meletakkan nama beliau didalam barisan pelakon utama filem drama cinta arahan Kabir Bhatia berjudul “Sepi”. Menerusi filem tersebut, Dato’ Afdlin Shauki tampil dengan persona yang lebih serius dengan watak yang dipegang bernama Adam yang merupakan seorang tukang masak yang berjaya namun mempunyai dilema dalam mencari pasangan cinta sejati buat dirinya. Watak yang disampaikan oleh Dato’ Afdlin Shauki ini memang dramatik dan mampu membuat penonton terikut emosi bersama dengan perasaan sedih yang berjaya disampaikan.

Berlanjutan daripada filem “Sepi”, Dato’ Afdlin juga meneruskan watak yang lebih matang dan serius hasil filem lakonan dan arahannya berjudul “Papadom” dan “Papadom 2” yang diterbitkan pada tahun 2009 dan 2013.

KATALAKI: Bakat diorang ni bukan boleh buat orang gelak ketawa tapi menangis teresak-esak pun boleh fuh…

ϟ Trending

Last modified: 3 September 2020