10 Weapon & Rare Item – GIVEAWAY RDR2!

Game, Tech

Red Dead Redemption 2 mempunyai pelbagai senjata dan gear yang rare dan unik yang perlu korang cari. Senjata dan gear ini tidak dapat dibeli ataupun diberi selepas korang siapkan mission, tapi korang kene teroka semua tempat didalam Red Dead Redemption 2 untuk dapatkannya.

Tapi korang tak perlu risau, sebab hari ni aku akan share dengan korang 10 weapon & gear yang rare dan dekat mana korang nak dapatkannya!

PIRATE HAT

Pirate Hat ni korang boleh start cari sebaik saja korang sampai di Clemens Point, penempatan baru group korang selepas korang lari dari Valentine.

Korang cuma perlu pergi ke sebuah pulau betul-betul seberang dari penempatan korang. Di pulau tu nanti ada sebuah kapal yang dah hancur. Masuk kedalam kapal tadi dan nanti korang akan nampak Tricorn Hat dilantai kapal tadi.

Tapi korang perlu berhati-hati sebab kalau korang berenang ke pulau tu, kemungkinan besar korang akan mati lemas disebabkan stamina korang yang sedikit.

Nasihat aku, korang tunggu dulu sampai korang selesai buat satu mission dengan Dutch dan Hosea yang mana nanti korang akan dapat satu sampan. Gunakan sampan tu untuk pergi ke pulau tu.

BROKEN PIRATE SWORD

Tak cukup lanun lagi? jangan risau sebab korang boleh dapatkan Broken Pirate Sword pulak untuk bagi ngam dengan Pirate Hat korang.

Kali ni korang kene pergi dekat pulau berdekatan dengan Caliga hall & Saint Denis. Kali korang tak perlukan sampan untuk ke pulau ini. Selepas sampai je ke pulau tersebut, korang akan nampak sebuah sampan. Didalam sampan tu ade tengkorak dan juga Broken Pirate Sword.

Tapi korang kene berhati-hati sikit dekat kawasan ni sebab dekat sini terlampau banyak buaya! Jangan nanti korang ingat korang dah dapat Pirate Sword korang jadi kebal pulak lawan buaya-buaya ni!

CAT SKULL MASK

Demam Halloween tak habis lagi? Don’t worry sebab korang boleh dapatkan Cat Skull Mask yang nampak ganas ni.

Untuk dapatkan Cat Skull Mask ni, korang perlu pergi ke paya berdekatan dengan Lemoyne atau lebih tepat berdekatan antara Lagras dan Lakay. Bila korang dah sampai dekat sini, korang akan ternampak satu rumah usang yang dah hampir tenggelam dalam paya.

Masuk kedalam rumah tersebut dan korang akan nampak satu lubang kecil dekat belah kiri bawah. Korang perlu tunduk untuk lalu dalam lubang tersebut dan lepas tu korang akan nampak Cat Skull Mask tergantung dekat dinding.

PIG MASK

Korang pernah tengok movie SAW kan? Perasan tak kadang-kadang dorang akan pakai pig mask dalam movie tu? Kali ni korang pun boleh dapatkan mask yang sama dalam Red Dead Redemption 2.

Apa yang korang perlu buat adalah pergi ke naik ke Butcher Creek, atas sedikit dari Saint Denis. Dekat sini korang akan jumpa satu camp yang kebanyakannya terdiri dari pemburu. Masuk ke dalam kawasan dorang dan nanti korang akan nampak satu PIG MASK yang tergantung dekat tiang salah satu tempat dorang potong daging.

Cuma nasihat aku, jangan cuba attack sapa-sapa dikawasan ni sebab orang-orang dia bersepah. Masuk tempat dorang dengan cool dan rilek. Insyaallah korang akan selamat dan takkan ditembak secara tiba-tiba.

VIKING HATCHET & HELMET

Tadi dah jadi lanunkan? Kalau korang dah bosan jadi koboi dan lanun, apa kata korang tukar jadi Viking pulak! Yes, korang boleh dapatkan kapak Viking dan topi dia didalam Red Dead Redemption 2.

Untuk dapatkan kapak dan topi viking, korang perlu pergi ke Roanoke Valley, Annesburg atas sedikit dari tempat korang ambik Pig Mask tadi. Bila sampai nanti korang akan nampak satu tempat pengebumian viking.

Ditengah-tengah tu nanti korang akan nampak satu altar dan ditepi dia akan ada satu kapak viking yang terpacak dekat tengkorak. Untuk dapatkan topi viking pulak, korang cuma perlu masuk kedalam satu terowong dekat situ dan topi tu akan ada dibelah kanan korang.

ANTLER KNIFE

Korang boleh dapatkan pisau rare ni dekat Big Valley. Big Valley ni cuma diatas sedikit dari pekan Strawberry.

Bila korang dah sampai dekat sini. Korang ternampak bangkai beruang diatas mayat perempuan. Kemungkinan besar perempuan ni tengah buru beruang tapi apakan daya, dia dengan beruang tu sekali mati.

Antler Knife ni akan terletak dekat dengan kepala bangkai beruang tu je kalau korang tak perasan.

PAGAN MASK

Mask yang ni lagi pelik daripada Cat Skull Mask dan Pig Mask. Kalau korang berani try lah ambik Pagan Mask ni!

Apa yang korang perlu buat adalah turun sedikit dari tempat korang ambik Antler Knife tadi. Dekat sini korang akan ternampak satu tapak ritual pagan dan ditengah-tengah dia akan ada mayat separuh badan.

Dekat muka dia akan ada Pagan Mask yang korang boleh ambik dan guna. Baru sedap merompak guna Pagan Mask!

SCHOFIELD REVOLVER

Untuk dapatkan revolver yang rare ni korang cuma perlu pergi dekat pekan Valentine. Sampai saja dekat sana korang cari kedai dengan nama “DOCTOR”. Bila korang pergi dekat belakang kedai ni, korang akan nampak tingkap dan disebalik tingkap ni akan ada ahli geng penjenayah yang tengah kira duit.

Selepas tu korang masuk kedalam kedai ni ikut pintu depan dan acukan pistol korang dekat orang yang tengah jaga kaunter kedai tu. Make sure korang just acukan pistol dan jangan tembak orang ni. Nanti dia akan bawak korang dekat bilik rahsia dalam kedai ni.

Bila dia bukak pintu rahsia ni, korang tembak je orang yang ada dalam bilik tu. Dekat atas meja dia akan ada satu kotak dan dalam kotak tu ade Schofield Revolver.

Bila korang nak keluar sila berhati-hati sebab dekat luar kedai semua sheriff pekan ni akan aim untuk bunuh korang. Apa lagi gunalah pistol baru korang untuk bunuh semua sheriff ni dan cabut lari!

RARE SHOTGUN

Korang boleh dapatkan Rare Shotgun ni dekat di Manito Glade, atas dari Annesburg. Rare Shotgun adalah double-barreled shotgun dengan faded brass tarnish dan siap dengan carving.

Di Manito Glade, korang kene cari satu rumah dengan sign “No Trespass”. Korang masuk je kawasan rumah tu nanti akan ade sorang orang tua menjerit dekat korang dari dalam rumah yang suruh korang pergi dari situ.

Bila masuk je kawasan ni korang kene get ready dengan pistol dekat tangan sebab orang tua tu nanti akan keluar dari rumah dan mula tembak korang. Bunuh orang tua tu dan korang akan nampak Rare Shotgun dekat mayat orang tua tu nanti.

MORION HELMET

Untuk dapatkan Morion Helmet ni korang kena ready baju sejuk dulu sebab korang akan kena mendaki gunung yang bersalji.

Terus ke Mount Hagen, atas kiri dari dari pekan Valentine. Helmet ni akan berada betul-betul dekat huruf “M” Mount Hagen. Bila sampai dekat sana, korang akan ternampak satu mayat askar Spain yang mati kesejukan.

Pergi dekat mayat tu tadi dan dekat kepala dia korang akan nampak Morion Helmet. Sekarang dari Koboi, korang dah jadi Pirate, Viking dan sekarang askar Spain.

Korang ada tips untuk dapatkan weapon dan item yang rare lain? Kongsikan dengan kitorang dekat bahagian komen dibawah ye!

Red Dead Redemption 2 adalah permainan video yang dikeluarkan oleh Rockstar Games untuk Playstation 4 dan Xbox One pada 26 Oktober yang lepas.

KATALAKI: Korang nak menang Red Dead Redemption PS4 tak? Kalau nak klik SINI sekarang!

Last modified: 9 November 2018