10,000 Buku Boleh Di Pinjam Secara Online

Sembang

Bila kali terakhir korang pergi ke Perpustakaan Negara? Tak pernah? Selalu pinjam buku di library sekolah atau uni je kan?

Tahukah korang yang korang boleh pinjam buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia secara digital. Kalau korang teringin nak membaca tapi malas nak membeli atau nak pergi library untuk pinjam buku di sana. Sekarang ni, Perpustakaan Negara telah menyenangkan kerja korang sebab laman web rasmi Perpustakaan Negara membolehkan sesiapa saja untuk meminjma ebook mereka.

Image via: Says.com

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempunyai lebih daripada 10,600 ebooks, 500 buku audio, dan menurut laman webnya, mereka mempunyai sebanyak 98 tajuk baca.

Korang boleh meminjam 10 tajuk buku pada satu masa dengan tempoh pinjaman satu minggu untuk setiap satu ebook. Cuba bayangkan ada 10 jenis ebook yang korang boleh baca. Kalau pinjam empat jenis buku, dah boleh cover stock membaca selama sebulan

Image via: Says.com

Untuk meminjam buku-buku yang available di laman web rasmi PNM, korang hanya perlu daftar untuk meminjam buku-buku digital yang ada di dalam senarai mereka.

Secara alternative, PNM juga mengsyorkan para peminjam buku mereka untuk muat turun aplikasi Libby untuk menyenangkan para peminjam membaca buku yang boleh dibaca dengan hanya mengunakan aplikasi Libby tersebut di smartphone.

KATALAKI: Zaman sekarang benda-benda digital macam ini yang kita perlukan untuk memudahkan kita semua.

Last modified: 3 June 2019