100,000 Banjir Stadium – KL Ke Hanoi

Aktif, Bola

Hari tu kami ada buat giveaway tergempar kat Instagram @thelakione untuk bawa pemenang bertuah ke Hanoi untuk saksikan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018, Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh. Tahniah kepada Azim dan Syamil antara yang bertuah dan lelaki paling marhaen untuk ikut kami ke Hanoi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Sampai je kat Hanoi hari tu, kami terus gerak ke Hotel Crowne Plaza untuk jumpa dengan wakil FAM untuk ambil tiket Vietnam lawan Malaysia. Ramai juga orang Vietnam yang tunggu kat luar hotel nak beli tiket daripada penyokong Malaysia yang dah ada tiket. Sebab Stadium My Dinh boleh muat lebih kurang 40,000 orang je. Vietnam punya penyokong yang nak turun ke stadium berjuta-juta! Dorang memang dah confirm ada masalah tiket yang tak cukup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Hari esoknya, hari perlawanan, kami berkumpul di Hotel Crowne Plaza bersama dengan penyokong-penyokong Harimau Malaya yang lain dan Ultras Malaya untuk corteo beramai-ramai untuk masuk ke Stadium My Dinh. Penyokong Vietnam memang ramai macam semut kat sana! Semua orang excited dengan bendera Vietnam dan bersorak sebab dorang memang confident untuk menang Piala Suzuki AFF 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on

Corteo ke dalam Stadium My Dinh memang mencabar. Macam nak pergi berperang! Bayangkan dalam stadium dah penuh dengan penyokong Vietnam. Tapi kat luar stadium, ada lebih kurang 100,000 penyokong Vietnam yang cuba masuk ke stadium melalui pintu masuk yang disediakan untuk penyokong Harimau Malaya. Ramai penyokong Vietnam yang cuba untuk merempuh masuk ke dalam stadium di celah-celah penyokong Harimau Malaya sebab dorang takde tiket!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zetty Nabila (@zetty_hotfm) on

Jutaan terima kasih untuk Ultras Malaya sebab jaga dan utamakan keselamatan kami, penyokong Harimau Malaya yang nak masuk ke Stadium My Dinh hari tu. Sampai ada yang kena pickpocket hilang dompet dan handphone masa buat human wall untuk bagi laluan dekat penyokong Harimau Malaya masuk ke dalam stadium. Steady Ultras!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Masuk je dalam stadium,  memang bingit dengan bunyi Vuvuzela yang ditiup oleh beribu penyokong Vietnam. Mungkin ni juga salah satu psikologi yang digunakan oleh penyokong Vietnam untuk kucar-kacirkan permainan Harimau Malaya dalam padang. Walaupun Harimau Malaya kalah, tapi kami yang turun ke stadium tetap bangga sebagai penyokong Harimau Malaya! Skuad Harimau Malaya memang berusaha kaw-kaw nak kejar dua gol kelebihan tempat lawan yang Vietnam dapat di Stadium Nasional Bukit Jalil hari tu. Tahniah Harimau Malaya dan terima kasih sebab membanggakan kami rakyat Malaysia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Masa kami nak keluar dari stadium, penyokong Vietnam celebrate macam baru lepas menang perang dunia! Mana taknya, dorang dah tunggu 10 tahun untuk menang Piala Suzuki AFF! Memang kecoh Hanoi malam selepas game Vietnam lawan Malaysia hari tu. Penyokong berarak dari stadium dan keliling bandar Hanoi untuk raikan kemenangan Piala Suzuki AFF 2018. Tahniah Vietnam.

Untuk skuad Harimau Malaya, sekali lagi kami sejujurnya memang bangga dengan Harimau Malaya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

KATALAKI: Ayuh Harimau Malaya! Negara Asean yang lain dah mula cuak dengan skuad Harimau Malaya!

Last modified: 19 December 2018