11 Tahun Main Fantasy Premier League, Ni Cara Terbaik Kejar Points

Aktif, Bola

Setakat ni dah ada 2 pemain dalam Liga Fantasi Thelaki yang berjaya kumpul mata paling banyak setiap bulan dan menang hadiah bulanan yang kami tawarkan. Selepas Iftiya Squad merupakan pasukan paling banyak kumpul mata untuk bulan Ogos, yang terkini, pemilik pasukan Kerusi Plastik, Muhammad Irsyaduddin Bin Hasman atau lebih dikenali sebagai Irsyad berjaya menang FIFA 20 Champions Edition sebagai hadiah bulanan untuk bulan September. Mari kita siasat macam mana cara permainan Irsyad dalam Fantasy Premier League.

Image Via : thelaki.com.my

Irsyad yang berasal dari Johor sebenarnya merupakan peminat sejati pasukan Chelsea dan dah mula main Fantasy Premier League sejak tahun 2008. Tapi peminat sejati pun tak bermakna dalam pasukan Fantasy Premier League kena penuhkan dengan pasukan favourite sendiri. Menurut Irsyad, 3 pemain Premier League wajib ada dalam pasukan Fantasy Premier League adalah Kevin De Bruyne yang setakat ni memiliki mata paling banyak dalam Fantasy Premier League, Trent Alexander-Arnold yang sentiasa menyumbang mata melalui assist atau clean sheet dan Sadio Mane atau Mo Salah yang merupakan penjaring gol terbanyak Premier League musim 2018/19.

Selain daripada pemain Liverpool dan Manchester City yang perlu diletak di dalam pasukan Fantasy Premier League, pemain Chelsea merupakan pilihan ketiga untuk Irsyad memandangkan prestasi pasukan di Premier League kadang-kadang tak menentu sekarang ni. Ada yang boleh kalah tiba-tiba dan ada gak yang boleh menang secara mengejut. Pemain Chelsea yang menjadi pilihan Irsyad untuk diletakkan dalam pasukan Fantasy Premier League ialah Tammy Abraham dan Mason Mount. Setakat ni, mata tertinggi yang pernah dikumpul oleh Irsyad  adalah sebanyak 83 mata di Gameweek 5.

Setiap pemain Fantasy Premier League kat dunia ni mesti ada tip masing-masing yang diamalkan termasuk lah korang semua untuk mengumpul mata paling banyak setiap Gameweek. Menurut Irsyad, ada 4 tip yang digunakan untuk mengejar pasukan-pasukan lain dalam Liga Fantasi Thelaki untuk jadi juara bulan September iaitu pemilihan kapten setiap minggu kena betul-betul tepat, sentiasa ambil tahu mengenai kecederaan pemain Premier League, rancang pembelian pemain berdasarkan jadual perlawanan dan beli pemain yang berpotensi untuk menyumbang mata melalui gol atau assist.

Irsyad sendiri secara peribadi ada ingatkan untuk baca tip Fantasy Premier League yang korang boleh jumpa kat internet termasuk lah Instagram, Twitter dan sebagainya. Semua tip yang dikongsikan kat internet boleh membantu untuk kita susun team sebenarnya. Dalam masa yang sama, bila nak transfer pemain, jangan gunakan transfer terlalu banyak sampai boleh menyebabkan mata pasukan ditolak. Bila nak buat transfer, korang kena pertimbangkan gak untuk beli pemain yang selalu ambil sepakan sudut atau penalti.

KATALAKI: Hadiah untuk bulan Oktober, korang boleh menang jersi rasmi pasukan Premier League pilihan korang. All the best!

Last modified: 23 October 2019