12 Pasukan Terbaik Dota 2 Seluruh Dunia Bertembung!

Game, Tech

Pada minggu lepas, pihak ONE Esports, salah satu anak syarikat untuk ONE Championship (ONE) telah mengumumkan kesemua 12 pasukan terbaik daripada seluruh dunia yang akan bertanding dalam ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational.

Kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational ini akan berlangsung pada 20 sehingga 22 Disember di Singapore Indoor Stadium, tempat dimana ONE Championship dijalankan.

12 pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational adalah Alliance, Evil Geniuses, Gambit, J Storm, Natus Vincere, PSG.LGD, Team Aster, Team Secret, TNC Predator, Virtus.pro, dan Vici Gaming. Kesemua pasukan ini akan bertanding untuk merebut prize pool sebanyak USD500,000. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang USD200,000, USD100,000 untuk tempat kedua dan tempat ketiga pula akan membawa pulang USD60,000.

Bagi penonton yang memiliki ticket VIP dan Cat 1, mereka berpeluang untuk bertemu dengan pasukan Dota 2 yang terpilih dalam meet and greet sessions selama satu jam dalam tiga hari kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational ini berlangsung!

Tidak dilupakan, beberapa talent terkenal dalam scene Dota 2 juga akan hadir dalam kejohanan ini. Antara talent yang disahkan akan hadir adalah Sheever, female host terkenal dalam scene Dota 2. Beberapa orang shoutcaster antarabangsa juga akan turut hadir antaranya adalah TobiWan, BSJ, ODPixel dan juga Fogged. Mereka berempat akan ditemani oleh dua orang analysts terkenal iaitu Black Trent dan Capitalist. ONE Championship turut menjemput beberapa orang content creator terkenal seperti Kyle, Malystrys, Weppas dan Skrff.

Bintang cosplay terkenal iaitu Redemption Props turut akan hadir untuk kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini dan akan bertemu dengan peminat dalam acara meet and greet. Selain itu, juara untuk pertandingan cosplayer yang dijalankan di KL Major yang lepas turut akan hadir bersama-sama dengan dua lagi cosplayer terkenal iaitu Darryl Izzy (Dragon Knight) dan juga Vinca Kazuki (Vengeful Spirit).

Carlos Alimurung, CEO untuk ONE Esports menyatakan ini merupakan kali pertama kejohanan bertaraf dunia untuk Dota 2 diadakan di Singapura. Bagi korang yang berminat untuk menyaksikan kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational, korang berpeluang untuk memenangi dua tiket ke Singapura dengan memasuki pertandingan “Our Game, Your Story“. Korang cuma perlu berkongsi bagaimana permainan video Dota 2 mengubah kehidupan korang di Facebook dan pastikan korang letakkan hashtag #ONEDota2 dan #OGYS. Pertandingan ini akan berakhir pada 5 Disember 2019.

Tiket untuk kejohanan ini juga sudah mula dijual dan bagi mereka yang membeli tiket CAT1 dan juga VIP, korang turut akan menerima merchandise exclusive daripada ONE Esports. Kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore Pro Invitational ini merupakan kejohanan pertama untuk series ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational yang mana yang kedua iaitu ONE Esports Dota 2 Jakarta World Pro Invitational pula akan diadakan pada 17 sehingga 19 April 2020 di Indonesia Convention Exhibition (ICE BSD). Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh check out official page ONE Esports di SINI.

ONE Championship merupakan antara media sukan terbesar daripada Singapura. Mereka selalu mengadakan kejohanan martial art seperti Muay Thai, Kickboxing, Karate dan bermacam-macam lagi. Kini mereka telah masuk ke dalam scene Esports dengan menubuhkan ONE Esports.

KATALAKI: Macam syok je. Agak-agak kalau aku pujuk bos, bos kasi tak aku pegi? ahahahah!

Last modified: 22 November 2019