14 Negara Merebut Piala M1 Pertama Di Dunia + Giveaway!

Game, Tech

Bermula daripada 15-17 November 2019, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang yang pertama. Kejohanan yang dikenali sebagai M1 ini akan menampilkan 16 pasukan daripada 14 buah negara berentap untuk hadiah bernilai USD250,000!

Peringkat kumpulan Kejohanan Dunia M1 akan berlansung bermula ahad ini iaitu 11 November 2019 sehingga 14 November. Pemenang daripada peringkat kumpulan akhirnya akan bertemu di Grand Final yang bermula 15 November sehingga 17 November 2019 di Axiata Arena.

Kejohanan ini menampilkan pasukan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja, Thailand, Laos, Vietnam, Jepun, Turki, Rusia, Amerika Syarikat dan juga Brazil. Malaysia menampilkan dua pasukan yang akan bertanding dalam Kejohanan M1 iaitu pasukan Todak dan juga Axis Esports. Kedua-dua pasukan ini terpilih kerana mereka merupakan pasukan yang berjaya memasuki Grand Final MPL MY/SG Season 4 yang lepas.

Untuk peringkat kumpulan, pasukan Axis Esports akan berada dalam Group B manakala pasukan Todak pula akan berada dalam Group C. Agak merisaukan apabila pasukan Axis Esports dilihat akan bertemu dengan Team Gosu. Bagi korang yang tidak tahu, Team Gosu merupakan pasukan daripada Amerika Syarikat dan dalam pasukan ini terdapat beberapa pemain yang merupakan Global Top Players!

Selain daripada Team Gosu, pasukan Axis Esports juga akan bertemu dengan pasukan Burmese Ghouls daripada Myanmar dan Candy Comeback daripada Laos. Bagi pasukan Todak pula, mereka akan bertemu dengan pasukan Sunsparks daripada Filipina, Geo Esports daripada Brazil dan Evil Esports daripada Turkey!

Bagi Group A, terdapat pasukan Evos SG daripada Singapura, RRQ daripada Indonesia, Impunity daripada Kemboja dan VEC Fantasy Main daripada Vietnam. Yang terakhir dalam Group C pula terdapat pasukan Evos Legends daripada Indonesia, Onic Esports daripada Filipina, Deus Vult daripada Rusia dan 10 Second Gaming Plus daripada Jepun.

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, mereka yang hadir ke Axiata Arena berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah motosikal, smartphone, gaming chair, gaming headset dan banyak lagi. Selain itu, mereka yang hadir juga berpeluang untuk menyertai KOL Showmatch serta berpeluang untuk membeli figurine limited edition Miya!

Korang boleh mula membeli tiket untuk menyaksikan Kejohanan Dunia Mobile Legends M1. Korang boleh memilih untuk membeli 3-Day Pass ataupun 1-Day Pass. Terdapat tiga jenis tiket yang korang boleh pilih iaitu Bronze, Silver dan juga Gold. Buat masa ini Gold Tier telah pun habis dijual dan hanya tinggal Bronze dan Silver Tier tiket sahaja.

Bagi korang yang terlepas untuk membeli tiket Mobile Legends: Bang Bang World Cup M1, korang tak perlu risau kerana kitorang daripada team TheLaki nak bagi tiket free kepada korang! Cara dia cukup mudah. Korang cuma perlu ikut step yang telah diberi dibawah. Giveaway akan bermula daripada hari ini sehinggalah 12 November sahaja. Korang akan berpeluang untuk memenangi hadiah seperti berikut:

TheLaki M1 Ticket Giveaway!

  • 1x SILVER (3-DAYS PASS)
  • 2x BRONZE (3-DAY PASS)

Selain daripada giveaway dekat sini, korang juga boleh join giveaway dekat Instagram TheLaki untuk dapatkan 1-Day Pass! So korang tunggu apa lagi, klik yang aku dah bagi tadi and ajak kawan-kawan korang yang lain untuk join. Inilah masanya untuk kita sama-sama bersorak dekat Axiata Arena dan menyokong pasukan Malaysia supaya kita dapat membawa piala M1 pertama di dunia!

KATALAKI: Doakan pasukan Todak dan Axis Esports maju ke Grand Final M1!

Last modified: 8 November 2019