15 Tahun Bersama Yamaha, Apa Rossi Akan Buat Lepas Kontrak Tamat?

Aktif, Motorsports

Kedudukan Valentino Rossi sebagai pelumba MotoGP untuk pasukan Yamaha Factory Racing Team mula dipersoalkan selepas berita rasmi yang dikongsikan oleh Yamaha mengenai Fabio Quartararo yang akan mengambil alih tempat Valentino Rossi bermula tahun 2021.

Ini bermakna, bermula tahun 2021, Fabio Quartararo akan bergandingan dengan Maverick Vinales sebagai pelumba utama Yamaha Factory Racing untuk mencabar dominasi Marc Marquez dengan jentera Repsol Honda Team sejak tahun 2013.

Selepas Yamaha membuat pengumuman mengenai Fabio Quartararo, Yamaha ada menjelaskan gak situasi Valentino Rossi sebagai pelumba MotoGP bermula tahun 2021 nanti. Menurut Yamaha, Valentino Rossi diberikan masa sehingga pertengahan musim MotoGP 2020 untuk memberikan jawapan sama ada masih nak kekal aktif berlumba kat MotoGP atau pun tak pada tahun 2021 nanti. Kalau Valentino Rossi masih lagi nak berlumba, Yamaha akan memberi sokongan penuh kepada Valentino Rossi dengan membekalkan sebuah jentera Yamaha Factory-spec bersama pakar-pakar jurutera Yamaha yang akan membantu Valentino Rossi. Sayang betul Yamaha dekat Valentino Rossi.

4 kali Valentino Rossi pernah menang MotoGP World Championship bersama Yamaha pada tahun 2004, 2005, 2008 dan 2009, rasanya tindakan apa yang paling bijak untuk Valentino Rossi nanti? Kalau nak difikirkan, ada beberapa kemungkinan yang boleh dilakukan oleh Valentino Rossi antaranya,

  1. Kekal berlumba di MotoGP menggunakan jentera yang disediakan oleh Yamaha.
  2. Mewujudkan sebuah pasukan MotoGP yang baru menggunakan jentera Yamaha, memandangkan Valentino Rossi memang dah ada pasukan yang bertanding dalam kelas Moto3 dan Moto2 menerusi Sky Racing Team VR46.
  3. Bersara. Masa untuk Valentino Rossi menikmati kehidupan sebagai salah seorang legenda MotoGP yang dah pernah pecah macam-macam rekod MotoGP.

 

View this post on Instagram

 

Circuito de Jerez,Spain MotoGp test πŸ“Έ @falex79 @gigisoldano @jesusrobledo

A post shared by valeyellow46 (@valeyellow46) on

KATALAKI: Mungkin Fabio Quartararo yang mampu bersaing dengan Marc Marquez yang tengah bermaharajalela kat MotoGP sekarang ni?

Last modified: 30 January 2020