2 Cara Senang Layan Liga Super Secara Online

Aktif, Bola

Perlawanan Liga Super dah nak masuk minggu ke-4 pada 22 Febuari ni. Nah jadual penuh perlawanan minggu ke-4 untuk semua pasukan Liga Super kat bawah ni.

Korang dah turun stadium ke belum untuk Liga Super 2019 ni? Kadang-kadang tu mungkin tak terkejar nak turun stadium setiap gameweek kan. Nak tengok kat TV pun, dah lupa rasanya macam mana nak on TV. Kali ni kami nak share dengan korang, 2 cara paling senang nak tengok Liga Super secara online.

iflix Kat Smartphone

Sebelum pape, korang download dulu aplikasi iFlix kat App Store atau Google Play. Percuma je.

Dah siap download, korang tak perlu nak sign up ke sign in ke apa ke, terus klik kat tab Live tu. Kalau korang nak sign up dulu pun boleh je.

Lepas korang klik tab Live tu, akan keluarlah senarai perlawanan Liga Super yang korang boleh pilih dan layan sepuas hati. Mudah bukan?

iflix Kat Web Browser

Kalau korang mengeluh skrin smartphone tu kecik sangat nak layan Liga Super, boleh juga tengok kat laptop atau pun PC korang sebenarnya. Cara paling mudah, korang terus pegi kat website link ni, https://m.iflix.com/bola.

Lepas tu korang scroll sikit ke bawah sampai la nampak bahagian Live tu. Tersusun cantik match Liga Super yang korang boleh tengok kat situ. Selamat menonton brader!

KATALAKI: Takde alasan dah la tak tahu nak tengok Liga Super kat mana. Internet quota je yang jadi masalah sekarang ni. Maka tong-tong la dengan member beli quota ya kawan-kawan… 

Last modified: 25 February 2019