2 Pulau Di Malaysia Tersenarai Pulau Terbaik Di Dunia 2019

Sembang

Baru-baru ni, Big 7 Travel ada keluarkan senarai 50 pulau terbaik di dunia tahun 2019 yang diundi oleh pembaca untuk memilih pulau yang menjadi destinasi percutian kegemaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Big 7 Travel (@big7travel) on

Antara 3 pulau terbaik di dunia yang disenaraikan oleh Big 7 Travel ialahย Espiritu Santo yang terletak di Vanuatu. Mungkin ramai yang baru pertama kali dengar, Vanuatu merupakan negara yang digelar Island Country, berdekatan dengan Fiji.

Image Via : google.com

Sebanyak 83 pulau yang ada di Vanuatu, Espiritu Santo merupakan pulau yang dipilih sebagai pulau ke-3 terbaik di dunia dan popular dengan kecantikan pantaiย Champagne.

Pulau Palawan, Filipina yang pernah menjadi tempat pengambaran filem The Bourne Legacy dipilih pulau ke-2 terbaik di dunia. Salah satu punca kenapa Pulau Palawan dipilih oleh pembaca Big 7 Travel sebagai pulau ke-2 terbaik di dunia ialah Pulau Palawan memiliki sebuah kawasan pantai tersorok yang dikenali sebagai Secret Lagoon. Satu cara je nak sampai ke Secret Lagoon iaitu kena berenang ke dalam lubang gua yang kecil untuk sampai ke Secret Lagoon.

Majoriti pembaca Big 7 Travel menganugerahkan pulau terbaik di dunia tahun 2019 kepada Pulau Flatey yang terletak di Iceland. Pulau Flatey hanya menerima pengunjung pada musim panas dan hanya dihuni oleh 2 keluarga sepanjang musim termasuk musim sejuk.

Image Via : businessinsider.my

Ada 2 pulau dari Malaysia yang berjaya tersenarai dalam pulau terbaik di dunia tahun 2019 iaitu Pulau Rawa dan Pulau Tengah. Pulau Rawa dipilih sebagai pulau ke-11 terbaik di dunia dan Pulau Tengah merupakan pulau ke-32 terbaik di dunia untuk tahun 2019.

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Mersing, Johor. Kalau yang tak pernah lagi sampai, hanya ada 2 resort di Pulau Rawa iaitu Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort.

Pulau Tengah juga terletak di Mersing, Johor yang dijaga rapi kawasan flora dan faunanya termasuklah hidupan marin. Hanya ada satu pusat peranginan atau resort yang beroperasi di Pulau Tengah iaitu Batu Batu Resort. Batu Batu Resort bukan je menyediakan tempat tinggal untuk pengunjung, tapi juga menjalankan beberapa aktiviti penjagaan dan membaik pulih kawasan dan hidupan di Pulau Tengah.

KATALAKI: Sebelum sibuk nak pergi pulau luar negara, merasa dulu pulau-pulau yang boek kat Malaysia.

Last modified: 14 October 2019