2 Watak Terakhir Super Smash Bros. Ultimate Terbongkar!

Game, Tech

Semasa acara presentation Nintendo Direct semalam yang dipancarkan secara langsung, Masahiro Sakurai, pengarah game terkenal telah mengumumkan 2 lagi watak untuk permainan Super Smash Bros. Ultimate yang bakal tiba di konsol Nintendo Switch pada bulan December ini.

Antara watak yang diumumkan oleh pengarah Super Smash Bros. Ultimate itu adalah watak Ken daripada permainan video Street Fighter dan Incineroar daripada permainan video Pokemon Sun dan Moon.

Ken yang merupakan antara watak utama dalam permainan video Street Fighter akan turut serta bersama satu lagi watak utama Street Fighter iaitu Ryu yang telah pun diperkenalkan semasa trailer awal permainan video Super Smash Bros. Ultimate di pertontonkan.

Watak Incineroar pulak adalah seekor Pokemon yang berasaskan api. Antara watak daripada siri pokemon yang akan ada didalam permainan ini adalah Pikachu, Jigglypuff, Pichu, Mewtwo, Lucario, Greninja dan Pokemon Trainer.

Permainan video Super Smash Bros. Ultimate adalah sebuah Fighting game yang dibangunkan oleh Nintendo. Permainan ini memaparkan pelbagai watak daripada permainan video lain dan boleh dimainkan sehingga 4 player dalam satu-satu masa.

Super Smash Bros. Ultimate jugak didatangkan dengan Story Mode. Story mode yang diberi nama World of Light ini akan membawa player dan watak Kirby untuk menyelamatkan watak-watak lain didalam permainan ini.

Super Smash Bros yang pertama telah dikeluarkan pada tahun 1999 untuk konsol klasik Nintendo 64 yang memaparkan hanya 12 watak berbanding dengan Super Smash Bros. Ultimate yang datang dengan 74 watak!

KATALAKI: Game ni korang kene hati-hati sikit main dengan member, Lagi-lagi kalau member kau jenis cepat koyak kalau kalah. Takut bertumbuk IRL je nanti!

Last modified: 7 November 2018