20 Tahun Hilang Rupanya-Rupanya Diculik Ayah Tiri Sendiri!

Sembang

Bila bercerita tentang kes penculikan kanak-kanak, agak selalu kita dengar yang pelakunya berkemungkinan kenal dengan mangsa sama ada jiran ataupun saudara. Tapi terdapat satu kes yang berlaku pada tahun 1997 yang mana merupakan satu kes yang sangat menggemparkan kerana pelakunya merupakan ayah tirinya sendiri!

Pada 31 January 1997, Rosalynn Michelle McGinnis yang ketika itu berusia berusia 11 tahun sedang menunggu dihadapan sekolahnya untuk pulang ke rumah. Tidak lama selepas itu, ayah tirinya telah muncul dengan sebuah trak dan memberitahu yang ibunya Rosalynn meminta dia mengambil dia pulang dari sekolah dan bawa dia ke sebuah hotel di Tulsa.

Tanpa berfikir panjang, Rosalynn terus menaiki trak ayah tirinya. Ayah tirinya telah pun berpisah dengan ibu kandungnya lebih kurang setahun namun Rosalynn tidak merasakan apa-apa yang pelik ketika dalam perjalan ke Tulsa. Selepas beberapa jam memandu, ayah tirinya telah memberitahu yang Rosalynn mungkin tidak akan dapat berjumpa dengan ibunya kerana ibunya telah memberikan hak penjagaan Rosalynn kepada ayah tirinya.

Di dalam trak tersebut turut bersama dengan mereka adalah adik beradik tirinya. Apabila sampai ke Tulsa, ayah tirinya telah meminta mereka menaiki sebuah kereta. Ketika ini ibu kandung Rosalynn telah merasakan sesuatu telah terjadi kepada anaknya perempuannya kerana masih tidak pulang daripada sekolah.

Selama beberapa bulan, mereka telah mengelilingi satu Amerika Syarikat dengan kereta yang berlainan dan tinggal di hotel-hotel murah bagi menyukarkan pihak berkuasa mencari dimanakah lokasi Rosalynn. Beberapa bulan sebelum ayah tirinya menculik Rosalynn, ayah tirinya telah meminta anak lelakinya berlakon menjadi paderi dan “mengawinkan” dia dengan ayah tirinya.

Semasa Rosalynn berusia 12 tahun, ayah tirinya telah bertindak merogol Rosalynn dan telah menyuruh anak-anaknya yang lain memanggil Rosalynn sebagai ibu. Mereka kemudian bergerak ke Mexico apabila berita kehilangan Rosalynn mula mendapat perhatian seluruh rakyat Amerika Syarikat.

Di Mexico, mereka sekeluarga telah tinggal dalam sebuah khemah kecil di kawasan kampung yang jauh daripada bandar. Untuk meneruskan kehidupan, Ayah tirinya akan membawa mereka sekeluarga ke bandar dan menyuruh mereka semua meminta sedekah pada orang yang sedang lalu lalang.

Rosalynn menggunakan duit derma ini untuk menampung dirinya dan juga anak-anaknya namun dia mula belajar bagaimana untuk membuat homemade ice cream yang kemudiannya dijual bagi membawa lebih banyak duit untuk dia membeli makanan untuk dirinya dan anak-anaknya.

Pada usia 15 tahun, Rosalynn telah melahirkan anaknya yang pertama hasil hubungan dia dan ayah tirinya. Ketika Rosalynn sudah cukup umur 18 tahun, ayah tirinya telah membawa dia kembali ke Amerika Syarikat dan memberitahu pihak berkuasa yang sebenarnya dia tidak diculik tapi telah melarikan diri daripada rumah.

Ini telah membuatkan pihak berkuasa memadam nama Rosalynn daripada senarai orang yang disyaki diculik dan tidak akan dicari lagi oleh pihak berkuasa. Bagi memastikan Rosalynn tidak cuba memberitahu perkara sebenar kepada pihak polis, ayah tirinya telah mengugut yang anak-anak Rosalynn akan diseksa andaikata perkara sebenar tersebar.

Dia kemudian telah dibawa kembali ke Mexico dan hidup bersama-sama dengan ayah tirinya selama hampir 19 tahun. Selama 19 tahun itu juga, Rosalynn telah mempunyai 9 orang anak hasil hubungan dia dengan ayah tirinya. Rosalynn menyifatkan kehidupannya ketika itu seperti dalam neraka!

Namun kehidupannya bakal berubah kerana pada satu hari ketika dia sedang beratur untuk membayar barangannya di pasaraya, dia telah menyedari dia telah kekurangan duit. Satu pasangan yang berada dibelakangnya menyedari Rosalynn nampak resah dan mereka cuba membantu Rosalynn.

Pasangan yang bernama Ian dan Lisa itu telah memberi Rosalynn dan telah membantu dia dan anak-anaknya dari segi makanan dan kewangan. Mereka berdua mula datang ke rumah Rosalynn dan ayah tirinya masih berlakon seperti dia adalah suami yang sah kepada Rosalynn.

Namun pasangan itu mula merasakan sesuatu yang tidak kena kerana jarak umur Rosalynn dan ayah tirinya agak jauh manakala jarak anak Rosalynn dan dirinya juga agak dekat. Satu hari mereka meminta Rosalynn memberitahu perkara sebenar kepada mereka dan mereka telah terkejut yang dengan apa yang Rosalynn cerita kepada mereka.

Lisa telah bertindak menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan dengan bantuan pasangan tersebut, Rosalynn dan anak-anaknya berjaya melarikan diri daripada bapa tirinya dengan menaiki kapal terbang dan pulang kembali ke Amerika Syarikat.

Pada tahun 2017, ayah tirinya telah ditangkap oleh pihak polis ketika dia cuba untuk masuk kembali ke Amerika Syarikat. Pada 6 Jun 2019, Henri Piette iaitu ayah tiri Rosalynn telah dihadapkan di makamah dan dia bakal dihukum penjara seumur hidup atas segala kekejaman yang telah dia lakukan kepada anak tirinya, Rosalynn Michelle McGinnis!

KATALAKI: 20 tahun hidup dia diseksa oleh bapak tiri dia sendiri. Gila punya orang tua!

Last modified: 25 September 2019