2019 Bro Baru Belajar Pasal Penyejuk Peribadi

Sembang

Dah masuk bulan Februari ni, apa je yang korang dah belajar untuk tahun 2019 selain bossku? Kali ni kami nak share dengan korang info yang sangat berguna untuk jadikan korang bro-bro yang sejati lepas ni.

Testicle Cooling Device

Tajuk memang nampak seram. Tapi alat ni sangat berguna untuk dua biji permata bro-bro yang sering terseksa dengan kepanasan suhu kat luar, nak-nak lagi sekarang ni musim panas.

Testicle Cooling Device ni dikeluarkan oleh syarikat CoolTec, bertujuan untuk membekalkan suhu yang sesuai untuk testical seorang lelaki walaupun cuaca kat luar sejuk atau pun panas.

Menurut kajian CoolTec, bila testical dalam keadaan suhu yang betul, kualiti sperma yang dihasilkan akan menjadi lebih baik untuk proses persenyawaan.

Dental Dam

Dental Dam pada mulanya digunakan oleh doktor pergigian untuk cover mulut korang sambil doktor buat kerja dengan gigi korang.

Tapi sekarang ni Dental Dam juga digunakan untuk aktiviti seks oral yang lebih terjamin kebersihannya dan boleh mengelakkan daripada terkena penyakit-penyakit kelamin.

Dental Dam untuk seks oral ni lebih nipis daripada Dental Dam yang digunakan kat klinik gigi. Nak guna Dental Dam ni pun ada cara-caranya. Tapi yang paling penting, Dental Dam boleh digunakan sekali je sama macam kondom. Jangan guna untuk dua tiga kali lak.

KATALAKI: Selamat mencuba bro!

Last modified: 10 February 2019