2019 Messi, Salah, Son Heung Min Busy Teruk!

Aktif, Bola

Tahun 2018 dah cukup meriah dan kita pun dah enjoy FIFA World Cup 2018. Untuk tahun baru 2019 ni apa pula kejohanan bola sepak dunia yang boleh kita layan? Selain daripada liga ternama eropah yang sekarang ni tengah rancak bersaing dan Liga Super Malaysia 2019 yang akan start tak lama je lagi, ada beberapa lagi kejohanan bola sepak yang melibatkan pasukan bola sepak antarabangsa akan memeriahkan lagi tahun 2019 ni. Jom kita usha kejohanan bola sepak apa yang ada tahun ni. Weehuu!

AFC Asian Cup 2019

Kejohanan bola sepak yang melibatkan negara-negara Asia ni bermula pada 5 Januari hingga 1 Februari 2019. Untuk tahun 2019, UAE dah pun dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan terbesar di benua Asia ni.

Juara AFC Asian Cup 2015, Australia

Waktu kick-off untuk perlawanan AFC Asian Cup 2019 ni waktu malam kat Malaysia. Ada pukul 7.00 malam, 9.00 malam, 10.00 malam, dan 12.00 malam. Nice lah tu. Boleh la kita layan AFC Asian Cup 2019 kat TV dengan selesa waktu malam lepas balik kerja atau lepas dating dengan chinggey. Hari tu kami dah buat artikel yang lebih terperinci pasal AFC Asian Cup 2019, kalau belum baca boleh baca kat sini. Dalam kejohanan ni, semua peminat bola sepak pastinya tertumpu dekat Son Heung Min, pemain Tottenham Hotspurs yang akan turun beraksi untuk pasukan Korea Selatan.

Africa Cup of Nations 2019

Kejohan ni pula melibatkan negara-negara Afrika yang akan bermula pada 15 Jun hingga 13 Julai 2019. Untuk tahun 2019 ni, kejohanan ni agak bercelaru sikit walaupun tak start pun lagi. Negara yang sepatutnya menjadi tuan rumah, Cameroon terpaksa ditarik balik disebabkan gagal untuk menyediakan insfrastruktur yang baik untuk Africa Cup of Nations 2019 kali ni antaranya stadium, tempat latihan, tempat tinggal untuk pemain dan macam-macam lagi. Disebabkan Cameroon gagal untuk buat persediaan yang betul, tuan rumah yang baru untuk Africa Cup of Nations 2019 akan dipilih semula pada 9 Januari 2019 ni.

Juara Africa Cup of Nations 2017, Cameroon

Dua negara yang tengah sengit bersaing membida untuk jadi tuan rumah sekarang ni ialah Mesir dan Afrika Selatan. Siapa star player yang boleh kita tengok dalam kejohanan ni nanti? Hebat-hebat juga pemain bola sepak dari benua Afrika ni sebenarnya, antaranya Mo Salah, Wilfried Zaha, Eric Bailly, Riyad Mahrez, Alex Iwobi, dan Sadio Mane.

Copa America 2019

Copa America 2019 kali ni dianjurkan oleh Brazil sebagai tuan rumah yang akan berlangsung pada 14 Jun hingga 7 Julai 2019 melibatkan negara-negara Amerika Selatan. Istimewanya Copa America ni, dorang akan jemput beberapa pasukan daripada benua lain untuk melengkapkan 12 pasukan yang akan bertanding dan untuk tahun 2019, Qatar dan Jepun dah pun menerima jemputan untuk bersaing dalam Copa America 2019.

Juara Copa America 2016, Chile

Copa America ni kejohanan yang power dan best gak sebenarnya sebab ada beberapa negara yang penuh dengan pemain berkelas dunia yang terlibat antaranya Argentina, Brazil, Uruguay, Chile dan Colombia. Selain daripada FIFA World Cup, dekat kejohanan Copa America ni lah tempat untuk Messi, Neymar, Coutinho, Suarez, Cavani, Firmino dan ramai lagi lah player yang hebat-hebat untuk buktikan kehebatan dorang bermain dengan pasukan kebangsaan masing-masing.

KATALAKI: Meriah gak tahun ni dengan bola. AFC Asian Cup tengah ON. Ngam!

Last modified: 18 January 2019