25 Trailer Game-game Terbaharu Untuk PlayStation 5

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Sejurus selepas berlangsungnya acara Future of Gaming yang telah dengan jayanya mendedahkan konsol terbaharu PlayStation 5 (PS5) yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini. Pada acara tersebut yang berlangsung pada jam 4 pagi, Sony telah memberikan pratonton senarai game-game termasuk juga game eksklusif yang bakal dikeluarkan bersempena dengan pengeluarkan terbaharu konsol next-gen itu.

Penantian untuk game-game yang bakal kita saksikan serta mainkan untuk konsol PS5 sudah tamat, maka ianya adalah berita yang baik sebab ada banyak jugak game-game yang menantikan para pemain konsol terbaharu PlayStation apabila ianya direleasekan pada sekitar bulan Oktober atau Disember 2020 nanti. Ada juga beberapa game terbaharu keluaran PS5 yang juga bakal release pada tahun 2021 nanti.

Sekarang ni jom kita usha 25 trailer game terbaharu yang bakal muncul along side dengan konsol PS5. Let’s go!

HORIZON FORBIDDEN WEST

Horizon Forbidden West ini adalah sekuel untuk Horizon Zero Dawn. Didalam Horizon Zero Dawn, ianya mengisahkan tentang seorang pemburu bernama Aloy dalam misi untuk mencari masa silam serta asal usulnya selepas terjadinya “post post-apocalypse”.

Untuk Horizon Forbidden West, para pemain akan menyambung misi Aloy yang kali ini akan berhijrah ke arah west America dalam merungkai misteri yang ada disekeliling dunia yang telah hancur akibat post-apocalyptic.

Didalam trailer yang dikongsikan ini, terdapat juga klip-klip gameplay dan juga kelihatan watak Sylens yang dibawakan oleh pelakon Lance Reddick. Horizon Forbidden West ini ada dikeluarkan secara eksklusif untuk PS5

GRAND THEFT AUTO V


Antara game yang terhangat dan diperkata ramai pada acara Future of Gaming adalah game edisi terbaharu Grand Theft Auto V (GTA5). Ini adalah remaster kedua untuk GTA5.

Untuk keluaran PS5 nanti, Rockstar telah upgrade visuals dan graphic khas untuk dimainkan di PS5. Menurut Sony para penguna PS5 Plus yang mengunakan konsol PS5 akan menerima game edisi terbaharu GTA5 ini secara percuma bila ianya direleasekan nanti.

SPIDER-MAN: MILES MORALES

Untuk game ni, tak perlu cerita atau sembang lebih. Ini memang antara game yang paling tak sabar untuk dinantikan para gamers PlayStation nanti. Pada acara Future of Gaming, kita semua dapat saksikan in-game footage yang memang nampak gempak habis!

Game sekuel Spider-Man: Miles Morales ini juga telah dijadikan sebagai tech demo untuk Sony mempamerkan kemampuan hardware PS5.

GRAN TURISMO 7

Selepas tujuh tahun, akhirnya edisi terbaharu Gran Turismo muncul kembali dengan hasil graphic yang lebih padu daripada keluaran Gran Turismo Sport yang masih diguna pakai untuk liga MSF CyberTurismo esports championship.

Berdasarkan daripada klip trailer yang direleasekan ini juga kita dapat lihat bagaimana francais terbaharu simulator perlumbaan kereta ini juga akan mengunakan audio enhancement yang dikuasa melalui features daripada PS5.

RATCHET & CLANK: RIFT APART

Insomniac Games iaitu syarikat developer yang sama menghasilkan game Spider-Man: Miles Morales juga bakal mereleasekan game terbaharu daripada siri Ratchet & Clank yang berjudul Ratchet & Clank: Rift Apart. Walaupun tiada lagi pemgumuman tentang release date.  

Menurut Insomniac, untuk siri terbaharu Ratchet & Clank kali ini, para pemain berkebolehan untuk stream di planet-planet serta environments terbaharu, dan dengan mengunakan kelajuan daripada hardware PS5, para pemain tidak perlu tunggu loading screens. Ya memang laju dia render beb!

PROJECT ATHIA

Project Athia merupakan sebuah game terbaharu yang dihasilkan oleh syarikat Square Enix. Buat masa ini tiada lagi info yang lebih lanjut, namun game ini dihasilkan oleh team yang sama yang telah menghasilkan game Final Fantasy XV. Project Athia ini juga dikatakan akan dikeluarkan secara eksklusif di PS5.

RETURNAL

Returnal adalah sebuah lagi game terbaharu yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk pasaran PS5. Ianya merupakan sebuah third-person shooter. Didalam klip video debut game Returnal ini kita dapat saksikan bagaimana planet didalam Returnal ini berubah setiap kali watak pemain mati dan respawn kembali. Sesuai lah dengan judul game ni.

SACKBOY: A BIG ADVENTURE

Tentunya kalau korang pernah main LittleBigPlanet, mesti korang familiar dengan watak Sackboy. Ianya adalah sebuah game spin-off untuk LittleBigPlanet.

Untuk Sackboy: A Big Adventure, ianya mengunakan 3D movement graphic berbanding LittleBigPlanet dimana kebanyakkan graphicnya dalam bentuk 2D.

DESTRUCTION ALLSTARS

Kalau korang nak main game dengan gameplay yang mempunyai kombinasi racing dan letupan serta dibekalkan dengan avatar yang kelihatan cool gila. Maka ini adalah antara game yang must have untuk dimain di PS5.

STRAY

Lebih kurang empat tahun yang lepas ada beberapa GIFs dan klip video yang direleasekan tentang sebuah game misteri di Internet. Tiada siapa yang tahu tentang game ini yang menunjuk sebuah kucing jalanan disebuah bandar yang kelihatan futuristic seperti di Hong Kong. Ramai yang mengelarkan game ini sebagai HK Project.

Tiada info lebih lanjut tentang Stray ini namun menurut BlueTwelve Studio yang merupakan syarikat yang menghasilkan game ini, “Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman unik bermain sebagai kucing.”. Stray bakal dikeluarkan pada tahun 2021.

KENA: BRIDGE OF SPIRITS

Dari segi graphic, Kena: Bridge of Spirits ni nampak macam graphic untuk karya Pixar. Ianya adalah antara indie game yang bakal muncul untuk PS5. Apa yang kami tahu setakat ni adalah Kena: Bridge of Spirits merupakan sebuah story-driven action adventure game.

ODDWORLD SOULSTORM

Ini adalah siri game terbaharu daripada francais Oddworld. Berlainan dengan siri sebelumnya, Oddworld Soulstorm kelihatan lebih dark berbanding siri game yang sebelumnya.

GHOSTWIRE: TOKYO

Sebelum ini kita dah dapat saksikan debut gameplay untuk Ghostwire: Tokyo pada acara E3 yang berlansung tahun lepas. Berkonsepkan first-person melee/magic, para pemain harus menyelamatkan bandar Tokyo dengan menembak makhluk halus yang mengancam nyawa manusia. Ghostwire: Tokyo akan dikeluarkan pada tahun 2021.

GODFALL

Godfall adalah antara game-game terbaharu yang bakal muncul bersama dengan keluaran konsol PS5. Daripada trailer gameplay, ianya nampak sedikit sebanyak macam God of War.

SOLAR ASH

Mungkin siapa yang pernah main Hyper Light Drifter akan rasa familiar dengan Solar Ash ni sebabnya ianya dihasilkan oleh pencipta yang sama. Tu sebab konsep warnanya nampak lebih kurang sama.

HITMAN 3

Didalam trailer Hitman 3 ini kita dalam saksikan sedikit teaser gameplay misi yang berlokasi di Dubai. Ianya adalah kesinambungan kepada francais Hitman yang bakal dikeluarkan untuk PS5 dan juga untuk PS4.

ASTRO’S PLAYROOM

Ini adalah sebuah platforming game berdasarkan dari dunia AstroBots hasil ciptaan Sony. Kemungkinan besar Astro’s Playroom dimainkan mengunakan aksesori kamera terbaharu PS5. Mungkin ya, mungkin tidak. Sama-sama kita nantikan.

LITTLE DEVIL INSIDE

Graphic dan visual style Little Devil Inside nampak cool dan unik gila. Watak-watak didalam Little Devil Inside nampak macam diorang ambik inspirasi daripada Minecraft sikit lah.

BUGSNAX

Bugsnax ni pada awal trailer nampak macam game-game yang comel je. Tapi kami sarankan untuk korang tengok trailer Bugsnax ni sampai habis, baru korang tahu apa yang kami maksudkan. Bugsnax akan muncul untuk PS5 dan juga untuk PS4.

NBA 2K21

Untuk siri terbaharu berjudul NBA 2K21 ini, ianya dikatakan akan direlease sebelum pelancaran konsol PS5. Dalam trailer NBA 2K21 ni kita dapat saksikan pre-alpha footage yang dimainkan pada PS5. Hasil visual graphic nampak lebih detail lah. Jadi korang boleh expect apa yang menantikan korang untuk PS5 ni.

DEMON’S SOULS

Dalam trailer yang dikongsikan oleh Sony, kita tak dapat tengok sangat gameplay, namun Demon’s Souls adalah antara game yang di remastered untuk pasaran PS5.

DEATHLOOP

Deathloop adalah antara game terbaharu yang telah pun diumumkan pada acara E3 yang berlansung pada tahun lepas. Deathloop adalah game berkonsepkan hyper-violent first-person shooter yang dihasilkan oleh Arkane Studios.

RESIDENT EVIL 8 VILLAGE

Entri game terbaharu daripada siri Resident Evil yang dihasilkan oleh syarikat game gergasi, Capcom. Dalam klip trailer ini kita boleh nampak beberapa musuh daripada Resident Evil 4. RE8 ini akan muncul pada tahun 2021

KATALAKI: Agak-agak berapa daripada 25 game yang korang nak main?

Last modified: 13 June 2020