3 Captain Paling Banyak Menang Premier League

Aktif, Bola

Fuhh. Kita ni antara yang beruntung sebab dapat saksikan saingan untuk merebut piala Premier League sampai ke perlawanan yang terakhir antara Manchester City dan Liverpool. Kesudahannya, tahniah untuk Manchester City berjaya julang piala Premier League dengan jumlah 98 mata dan tahniah gak untuk Liverpool, beza 1 mata je dengan Manchester City. Power power.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester City (@mancity) on

Dalam kehangatan Manchester is Blue dan Next Year is Our Year sekarang ni, ada info penting yang korang patut tahu iaitu melibatkan tulang belakang kepada setiap pasukan. Siapa lagi kalau bukan captain pasukan. Ini lah dia captain yang paling berjaya dan paling banyak mengetuai pasukan masing-masing untuk menang Premier League.

Vincent Kompany

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vincent Kompany (@vincentkompany) on

Kejuaraan Premier League = 4

Pemain pertahanan kelahiran Belgium ni mula join Manchester City pada tahun 2008 masa berumur 22 tahun. Pada tahun 2011, Vincent Kompany mula menjadi captain Manchester City menggantikan Carlos Tevez yang tengah sibuk nak berpindah ke pasukan lain masa tu. Sepanjang menjadi captain Manchester City, Vincent Kompany berjaya menang Premier League sebanyak 4 kali pada tahun 2012, 2014, 2018 dan 2019.

Roy Keane

Image Via : talksport.com

Kejuaraan Premier League = 4

Roy Keane mula mengetuai pasukan Manchester United pada tahun 1997 selepas Eric Cantona mengumumkan persaraan pada penghujung musim. Dikenali dengan sifat baran di dalam padang, Roy Keane berjaya mengetuai Manchester United untuk menang Premier League pada tahun 1999, 2000, 2001 dan 2003.

John Terry

 

View this post on Instagram

 

A post shared by John Terry (@johnterry.26) on

Kejuaraan Premier League = 5

Masih lagi mengekalkan gelaran sebagai captain paling banyak menang Premier League, John Terry mengetuai Chelsea untuk menjulang kejuaraan Premier League sebanyak 5 kali pada tahun 2005, 2006, 2010, 2015 dan 2017. John Terry mula jadi captain Chelsea pada tahun 2004 selepas Marcel Desailly bersara daripada kerjaya pemain bola sepak profesional. Sekarang ni John Terry masih lagi aktif dalam arena bola sepak sebagai assistant manager untuk pasukan Aston Villa.

KATALAKI: Captain memang memainkan peranan paling penting dalam memastikan ketenteraman pemain-pemain dalam setiap pasukan sebab captain lah orang tengah antara pemain dalam pasukan dan pihak pengurusan pasukan.

Last modified: 27 May 2019