3 Cara Mudah Untuk Berborak

Collab, Life x Tips, Sembang, SuperDeals, ZeKool

SuperDeals

Pernah tak korang berada dalam situasi yang korang nak cuba untuk membuat perbualan yang kosong atau nak buat kawan tapi korang tak tahu macam mana nak membuat atau timbulkan perbualan. Mesti macam selalu stuck dan kadang-kadang tak tahu nak ciptakan topik apa untuk dibualkan kalau nak bercakap dengan orang yang kita tak kenal.

Apakah cara terbaik untuk kita cetuskan perbualan dengan orang yang kita tak kenal atau baru nak kenal? Kali ini kami nak berikan tips mudah untuk sesiapa saja follow. Tips ini boleh digunakan oleh kaum lelaki atau wanita dan kepada sesiapa saja yang kita inginkan untuk cipta dan cetus perbualan.

TANYA PENDAPAT

Kadang-kadang, soalan yang simple dan mudah boleh mencetuskan topik yang boleh dibualkan. Tak perlu nak fikir sangat apa yang nak dibualkan atau soalan berat untuk ditanyakan. Apa yang perlu ditanya untuk cipta topik perbualan adalah dengan bertanyakan pendapat kepada mereka yang korang nak bercakap.

Antara cara mudahnya adalah untuk tanya pendapat mereka. Soalan yang paling mudah boleh dijadikan sebagai topik perbualan yang terbaik untuk kita berborak bersama dengan orang yang kita ingin kenali. Terutama sekali bila kita berikan mereka perhatian. Kunci utama untuk teknik ni adalah daripada cara penyampai soalan tersebut . Contoh jika baru saja keluar dari menonton wayang atau menyaksikan sesuatu, untuk memulakan perbualan korang boleh tanya soalan seperti “Saya rasa filem tadi bagus. Apa pendapat awak?”.

Jadi lebih baik berikan pendapat korang dahulu sebelum menanyakan atau mengaju soalan tentang pendapat mereka. Dalam satu ayat korang dah boleh set tone and kawal topik perbualan. Jika tanyakan pendapat mereka dahulu sebelum memberikan pendapat sendiri, maka ianya akan merubah momentum permulaan perbualan dan ianya memberikan mereka peluang untuk mematikan perbualan sebelum memulakan topik.

FRANKLIN’S FAVORS

Image via: https://www.history.com/

Pada awal abad ke-17, Benjamin Franklin telah membuktikan bahawa cara yang paling mudah untuk memulakan perbualan adalah dengan meminta bantuan kepada. Untuk memulakan topik perbualan antara cara paling mudah adalah untuk meminta mereka untuk membuat atau menolong sesuatu yang korang inginkan dahulu dan ini boleh dijadikan sebab untuk korang berkenalan dengan mereka. Contoh seperti meminta mereka untuk mengambilkan gambar atau tanyakan soalan mudah seperti “sekarang jam pukul berapa ya?”. Pertolongan atau bantuan kecil seperti ini boleh membuatkan ikatan peribadi.

Secara psikologinya bila kita membantu seseorang, ini bermaksud kita secara tidak langsung telah memberikan perhatian makanya ini membuatkan mereka mempunyai kepentingan bagi korang dan korang juga mengambil berat tentang mereka.

Menurut sebuah kajian yang popular pada zaman 60an, cara ini telah diguna pakai dan ternyata terbukti dengan cara ini kita akan lebih menyukai seseorang kerana kita dapat membuat atau menolong sesuatu yang baik untuk mereka. Cara ini dalam dunia psikologi digelar sebagai “Cognitive Dissonance”. Benjamin Franklin mengunakan teknik yang sama untuk membuatkan orang yang tidak dikenali atau musuhnya sendiri untuk menjadi kawan yang rapat.

PUJI MEMUJI

Jika korang nak bercakap atau berbual dan seterusnya ingin membuat kawan dengan sesiapa saja yang korang tak kenali. Salah satu cara yang terbaik adalah dengan memuji mereka sebagai salah satu point untuk korang memulakan sesi perkenalan atau pembuka kata. Sebagai contoh korang boleh puji pakaian mereka atau apa saja yang ada pada diri mereka. Pujian yang mudah seperti ini dapat membantu korang untuk memulakan topik berbualan dan kenalan dan ianya dengan secara tidak langsung akan mengubah mood mereka untuk berbual bersama.

Secara psikologinya juga, orang akan menjadi lebih mesra dan terbuka setelah menerima pujian. Dengan menerima pujian, ianya akan membuatkan mereka rasa happy kerana pujian akan membuatkan mereka merasa dikenali dan dihargai. Ianya secara tidak langsung meberikan mereka keyakinan diri dan keyakinan untuk bercakap dengan korang.

Tetapi yang paling penting sekali apabila korang puji seseorang, pastikan korang betul-betul jujur dan ikhlas dengan apa yang korang pujikan tersebut. Jangan puji secara kosong dan tiba-tiba. Kerana jika korang tidak jujur dengan apa yang korang pujikan nanti ianya akan memberikan impak yang kurang elok dan perbualan tersebut akan menjadi awkward. Jadi pastikan korang betul-betul nak puji mereka. Fikir dulu sebelum korang mula memuji ya.

Aaahh bila korang dah settle berborak dan buat kawan tu, boleh la korang ajak kawan yang baru tu pergi tengok kawan, ajak lepak mamak atau pergi konsert. Nak lagi best, korang boleh juga belanja kawan baru tu pergi makan Hi Tea Buffet sebab kat Superdeals.com.my ni ada harga promosi untuk Hi-Tea Buffet For 1 Person (Sat – Sun) dengan harga serendah RM88 je KLIK KAT SINIuntuk seorang. So apa tunggu lagi? Nak jimat dengan harga kaw kaw boleh

KATALAKI: Aaaa boleh la guna cara ni nak berborak dengan gadis idaman…

SuperDeals

Last modified: 11 April 2020