3 Cara Mudah Untuk Tidur Cepat Dan Lebih Lena!

Life x Tips, Sembang

Jangan nak tipu dan tak usah berdalih lagi lah, setuju tak kalau kami katakan ketika kita semua terpaksa menurut perintah kawalan pergerakan (PKP) sepanjang tempoh lebih kurang 3 bulan ni, ramai yang tak tepati waktu tidur yang betul kalau berbanding sebelum PKP dulu. Betul tak?

Lagi-lagi bila kita masih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) ni, ada beberapa syarikat yang masih lagi menerapkan prosedur work from home untuk beberapa kakitangan. Jadi tak hairan lah jika korang pun ada masalah untuk tidur mengikut waktu yang optimum, dalam erti kata lain selalu tidur lambat dan bangun pagi lewat.

Setiap orang inginkan waktu tidur yang best atau kiranya yang mencukupi. Dengan adanya waktu rehat yang cukup, ia akan memudahkan setiap aktiviti yang kita lakukan serta memberikan badan tenaga yang diperlukan untuk sentiasa segar sepanjang hari. Tapi kalau seseorang itu tidak dapat berehat dengan waktu tidur yang mencukupi, maka akan timbul bermacam-macam alasan dan juga masalah. Daya fokus dan tenaga juga akan berkurangan serta melemahkan sistem antibody didalam tubuh badan.

Seperti yang selalu dikatakan dalam setiap artikel-artikel yang pernah ada berkenaan dengan tidur. Setiap orang dewasa memerlukan waktu tidur didalam lingkungan antara 7 hingga ke 9 jam. Namun, tak semua daripada kita mampu untuk mendapatkan waktu tidur seperti yang telah disyorkan.

Antara cabaran yang dihadapi oleh separuh daripada orang dewasa zaman ni adalah untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup dan lena. Kekurangan tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan kecenderungan untuk mengalami serangan jantung yang tidak diingini.

Tidur yang mencukupi adalah perkara paling asas dalam membentukkan kesejahteraan secara fizikal dan mental. Tips yang kami nak kongsikan ni adalah langkah-langkah faktor utama yang dapat membantu korang sedikit mahupun sebanyak yang mungkin untuk dapatkan waktu tidur yang lebih berkualiti.

SET JADUAL WAKTU TIDUR

Tubuh kita berfungsi dengan kerap dan mempunyai fungsi biologi yang tersendiri. Apabila kita melakukan sesuatu yang mengubah sesuatu rutin atau jadual seperti melakukan perjalanan di zon waktu yang berlainan, ia mengubah kecerdasan fungsi tubuh badan dengan keperluan aktiviti kebiasaan.

Seperti yang kita tahu, untuk memulihkan semula zon waktu tidur tersebut akan memakan masa berminggu-minggu. Jadi ianya amat penting sekali untuk kita mendapatkan rutin harian yang seeloknya, ini bermaksud mendapatkan waktu tidur dan bangun yang berterusan.

Jadi kalau korang setkan waktu tidur dan waktu bangun pagi mengikut jadual dan jadikan ia sebagai rutin harian, ianya dapat membantu seluruh badan korang untuk mendapatkan tidur dan rehat yang diperlukan untuk berfungsi dengan secara optimum sepanjang hari.

Tak kisah la sama ada ianya pada hari biasa ataupun weekend, pastikan korang letakkan jadual ataupun rutin untuk waktu tidur dan waktu bangun pagi, paling penting sekali adalah jaga waktu ini dengan betul.

CHILL DULU SEBELUM TIDUR

Antara sebahagian dalam setkan rutin jadual tidur adalah kita kena pastikan kita kena chill relax dulu sebelum kita betul-betul tidur. Bagi mendapatkan tidur yang lebih lena, pastikan korang cooldownkan diri secara fizikal dan mental dengan melakukan aktiviti yang lebih ringan.

Ianya boleh dilakukan dalam masa 30 minit sebelum tidur, jadi gunakan masa ini untuk membaca buku (buku comedi, lawak, cerita) ataupun kalau korang tak suka membaca, korang boleh dengarkan lagu-lagu yang menenangkan, ataupun meditasi seperti berlatih bernafas atau solat.

Paling penting sekali, jangan ambil apa-apa sebarang minuman yang mengandungi kafein seperti kopi sebelum waktu tidur. Jika korang lakukan benda-benda ini secara regular, maka tubuh badan korang secara automatik akan tahu ia adalah masa untuk korang berehat dan tidur.

Salah satu cara untuk dapatkan tidur yang lebih lena juga adalah dengan memastikan kamar tidur tidak terlalu bercahaya, senang citer pastikan ianya segelap yang mungkin. Ini kerana tubuh badan perlukan kegelapan untuk mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai melatonin, hormon ini membantu tubuh badan kita mendapatkan waktu yang sihat dalam tidur kita.

Jadi, cuba kurangkan cahaya dalam ruang kamar tidur dan elakkan daripada cahaya seperti skrin LED yang mempunyai blue lights yang akan menghadkan pengeluaran hormon melatonin, serta cahaya-cahaya pada smartphone atau TV ini juga akan membuatkan tubuh badan kita fikir ianya masih lagi waktu siang.

BILIK YANG SEJUK

Pernah tak korang rasa bila stay di Hotel, semestinya kita lebih mudah untuk tidur dengan lena? Antara faktor utama untuk dapatkan tidur yang lebih mudah dan lena adalah untuk memastikan ruang kamar atau bilik tidur kita berada dalam suhu yang lebih sejuk.

Kadang-kadang suhu pada bilik tidur tersebut mungkin terlalu panas jadi ini menyebabkan kita sukar mendapatkan tidur yang lena. Suhu bilik yang optimum adalah antara 18-20 darjah celcius agar otak dan badan ini mudah untuk dapatkan tidur yang lebih nyenyak.

Tidak lupa juga, selalunya di bilik Hotel juga ada bantal dan katil lebih lembut, empuk dan selesa. Bantal dan tilam juga memainkan peranan yang penting agar memastikan kita dapatkan tidur yang lena dan nyenyak.

KATALAKI: Alasan selalu tidur tak lena adalah sebab masih single LOL…

Last modified: 22 June 2020