3 Fakta Senibina Rumah Melayu Yang Ramai Tak Tahu

Uncategorized

Senibeni rumah-rumah trandisional di Malaysia, khususnya senibeni rumah tradisional Melayu merupakan seni terawal didirikan di Malay Archipelago atau Gugusan Kepulauan Nusantara. Ianya dikatakan telah melalui beberapa transformasi dari beribu-ribu tahun dan berkembang daripada tradisional hingga ke prosess permodenan mengikut berubahan zaman dengan kesenian pertukangan yang dilakukan dari turun temurun hingga ke generasi yang baharu.

Samada boleh dilihat secara fizikal mahupun ianya telah dicatitkan sebagai sebahagian daripada sejarah oleh kerajaan serta pihak-pihak perbadanan warisan. Rumah melayu tradisional dengan senibina kesenian yang sangat unik mewakili setiap etnik negeri yang masih lagi kita dapat lihat dengan jelas.

RUMAH TERTUA

Rumah Datuk Baginda Tan Mas Mohar adalah rumah tertua di Malaysia yang telah didokumentasikan oleh Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Menurut laman web Majalah Sains, Rumah tersebut yang terletak di Negeri Sembilan dan ianya dikatakan telah dibina sekitar tahun 1850 yang melibatkan tiga cabang kesenian susunatur ruang, kaedah pembinaan dan juga adaptasi komponen binaan mengikut iklim setempat.

RUMAH MUDAH ALIH

Dalam seni rekabentuk rumah di seluruh dunia, secara umumnya terdiri daripada 3 elemen rekabentuk penting iaitu rumah separuh dibawah tanah, rumah di atas atau dikenali sebagai surface dwelling dan rumah bertiang. Rumah trandisional mengunakan elemen rekabentuk rumah bertiang. Rumah melayu yang dibina dengan bertiang apabila setelah dirikan, ianya boleh dipindah dengan secara mudah alih dan didirikan semula di tapak yang berlainan. 

BAHAGIAN LELAKI & PEREMPUAN

Sopan santun dan menjaga adab sesama sendiri adalah suatu sifat yang tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat Melayu. Begitu juga dengan sifat orang Melayu yang mementingkan kehormatan dan adat resam supaya ianya tidak bercanggah dengan agama.

Sehubungan dengan itu, untuk struktur penbinaan rumah, ianya dibina dengan ruangan tertentu bagi kaum lelaki dan kaum wanita. Sebagai contoh, ruangan kaum lelaki terletak di bahagian hadapan yang dijadikan ruangan formal terdiri daripada serambi anjung serta rumah tangga. Manakala di bahagian tengah pula ruangan khas ini untuk kaum wanita, di bahagian tengah ini juga terdapat bilik serta ruangan khas untuk kaum wanita. Terdapat juga sesetengah rumah Melayu yang mempunyai ruang selasar dan ruangan jemuran. Ruangan khas untuk wanita ini digunakan untuk kaum wanita bertemu dan berbual. Manakala dibahagian belakang rumah pula terdapat ruangan dapur dan tempat menyimpan barang.

Selain mengekalkan nilai estetika dan kreativiti masyarakat Melayu. Rumah tradisional Melayu juga mendorong keperluan sosio-ekonomi, alam persekitaran serta budaya yang membuatkan rumah tradisional Melayu sebagai salah satu senibeni yang unik di Malaysia.

TROPIKAL MODEN TRADISIONAL

Image via: Thelaki.com.my

Pada zaman sekarang, kurang sekali kita dapat lihat senibeni rumah kampung seperti rumah tradisional Melayu dengan rekabentuk yang mengekalkan nilai-nilai estetika seperti rumah tradisional Melayu. Dengan kemunculan pesat penempatan bandar kini mengakibatkan kekurangan kawasan-kawasan perumahan yang diinspirasikan daripada rumah-rumah perkampungan tradisional.

Dengan mengekalkan elemen-elemen serta diinspirasikan daripada perkampungan tradisional, ini adalah antara keunikkan dan tarikkan buat sebuah perbandaran baharu yang dikenali sebagai Serene Heights, Bangi Selangor. Rumah-rumah yang terdapat di Serene Heights ini direka dengan gaya, practicality dan ruangan yang luas buat keselesaan seisi keluarga. Ianya juga dilengkapi dengan ciri-ciri ruangan keluarga dengan siling yang tinggi memberikan keselesaan, dapur yang luas serta ruang tamu dan ruang makan yang luas.

Image via: Thelaki.com.my

Bertempat di Bangi, Selangor. Ianya merupakan kawasan yang kini semakin mendapat perhatian ramai oleh kerana lokasi yang strategik yang hampir dengan pusat bandar. Dengan kewujudan Serene Heights yang mempunyai keluasan kira-kira 448 ekar kawasan tanah freehold. Yang menarik sekali Serene Heights ini juga bertemakan konsep Tropikal Moden Kotemporari dimana kawasan perumahan ini tentunya dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung yang menjanjikan keselamatan dan kurang kesesakan arus pemodenan.

Dengan lokasi kawasan perumahannya yang terletak di tengah-tengah antara Bangi, Kajang dan Semenyih ini. Sudah tentu ianya menjadikan Serene Heights sebagai salah satu hartanah yang terbaik untuk dimiliki. Untuk info lebih lanjut, korang boleh usha www.SereneHeights.com.my.

KATALAKI: Kawasan perumah yang banyak warna hijau ni memang best…

Last modified: 2 March 2020