3 Filem Marvel Tahun 2019

Sembang

Untuk tahun 2018, Marvel Cinematic Universe (MCU) keluarkan 3 filem termasuklah Black Panther, Avengers: Infinity War dan Ant Man and The Wasp. Siri filem MCU nampaknya macam dah nak sampai ke penghujungnya sejak kali pertama filem Ironman ditayangkan pada tahun 2008. Sedar tak sedar dah 10 tahun kita layan filem superhero daripada Marvel.

Baru-baru ni pun dah keluar trailer filem terbaru, Avengers: Endgame, bahagian kedua dan sambungan untuk filem Avengers: Infinity War. Apa yang akan jadi seterusnya selepas Thanos berjaya kumpulkan kesemua Infinity Stones dan snap dia punya jari untuk menghapuskan separuh daripada populasi dunia?

Superhero Mana Yang Hilang Lepas Thanos Snap Jari?

Black Panther

Spiderman

Doctor Strange

Winter Soldier

Scarlet Witch

The Guardians of the Galaxy (Kecuali Rocket)

Masa scene semua superhero ni hilang jadi debu lepas Thanos snap dia punya jari, semua mesti macam tak percaya kan yang dorang ni semua mati? Ada spekulasi yang mengatakan dalam filem Avengers: Endgame nanti, semua superhero ni akan hidup balik dengan bantuan Ant Man. Apa pula Thanos akan buat kalau semua superhero yang dah mati ni hidup balik dan kembali memburu Thanos? Takkan nak diam je.

Kalau korang perasan dalam trailer terbaru Avengers: Endgame, sarung tangan Thanos yang ada semua Infinity Stones nampak seakan-akan dah terbakar. Dah hangus. Mungkin Thanos dah tak boleh snap jari dia untuk kali yang kedua? Tapi siapa je yang mampu berlawan dan kalahkan Thanos? Jom kita tengok filem MCU apa yang akan keluar tahun 2019 nanti.

Captain Marvel (Mac 2019)

Captain Marvel antara superhero yang dikatakan boleh kalahkan Thanos. Tapi kita pun tak tahu lagi siapa Captain Marvel ni dan apa kebolehan luar biasa yang dia ada. Filem ni keluar nanti baru kita tahu macam mana pula perjalanan Captain Marvel dalam siri filem MCU. Masa post-credit scene filem Avengers: Infinity War, Nick Fury sempat send signal kecemasan dekat Captain Marvel sebelun hilang menjadi debu. Macam mana lak boleh tahu send kat Captain Marvel? Tu kan logo Captain Marvel.

Avengers: Endgame (May 2019)

Kalau korang tengok trailer yang baru dikeluarkan hari tu, Tony Stark nampaknya cuba menghantar pesanan kepada girlfriend kesayangannya, Pepper Pots selepas Tony Stark masih lagi berada di angkasa lepas dalam kapal angkasa Guardians of the Galaxy bersama Nebula. Tapi kita tak tahu lagi Pepper Pots terselamat atau tak daripada kemusnahan yang Thanos buat.

Superhero yang lain, Captain America, Hulk, Black Widow, dan Thor nampaknya masih murung dan bad mood selepas apa yang terjadi dalam Avengers: Infinity War. Dekat hujung trailer, Ant Man pula muncul dekat video footage yang tengah ditonton oleh Captain America dan Black Widow. Tu yang ramai cakap Ant Man watak penting untuk hidupkan semula superhero yang mati sebelum ni.

Spider-Man: Far From Home (July 2019)

Filem terbaru Spiderman ni dikatakan apa yang terjadi selepas Avengers: Endgame. Maknanya betul la Spiderman akan hidup balik selepas kejadian Thanos snap dia punya jari? Trailer untuk filem Spider-Man: Far From Home ni pun belum lagi ditayangkan kepada umum. Mungkin sebab MCU nak jaga jalan cerita Captain Marvel dan Avengers: Endgame.

KATALAKI: Kalau kita study pasal ending Avengers boleh tak tidur malam dibuatnya. Kita tunggu je next year.

Last modified: 9 January 2019