3 Gaming Setup Terbaik Hasil Orang Malaysia

Game, Tech

Kalau korang tengok gaming setup gamers ni memang mantap habis. Lebih-lebih lagi yang jenis buat Man cave sendiri. Gaming setup ni pula boleh menelan belanja sehingga berpuluh ribu ringgit!.

Jadi hari ni kitorang nak share dengan korang gaming setup orang Malaysia pula. Gaming setup ni termasuk gaming setup untuk PC dan juga Console.

  1. Alif Malorka

Alif Malorka ni merupakan Gaming Youtuber & salah seorang ahli NerdGaming Malaysia. So sebagai seorang gamer tegar, setup gaming kenelah mantap.

Alif bagitahu kitorang yang gaming setup dia menelan belanja hampir RM12,000!. Alif juga mula bermain video game sejak dari umur 14 tahun dengan permainan ber-genre MMORPG (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) seperti RAN Online dan Gunbound.

Dibawah ni adalah senarai item yang digunakan oleh Alif untuk gaming setup dia:

 

  1. Syafeeq Salleh

Tadi korang dah tengok setup untuk PC kan? Kali ni kitorang nak share setup untuk Console pulak yang dimilik oleh Syafeeq Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Faxys7.

Syafeeq yang sememang seorang peminat console berkata dia mula bermain video game sejak 23 tahun lepas. Antara video game kegemarannya adalah Final Fantasy 9 dan Kingdom Heart 2.

Untuk gaming setup, Syafeeq berkata dia sendiri takut untuk kira berapa jumlah keseluruhan kerana menurutnya hampir RM15,000 telah dibelanja setakat ini!.

Dibawah ini adalah senarai item yang digunakan oleh Syafeeq:

  1. Mohd Fahmi Adillah

Mohd Fahmi atau lebih dikenali dengan nama DariMejaFahmi merupakan seorang Youtuber yang femes dengan video-video review di Youtube.

Untuk gaming setup beliau, Fahmi berkata dia telah berbelanja lebih dari RM10,000!. Untuk Keyboard saja fahmi berkata dia berbelanja hampir RM700. Korang boleh follow fahmi di Youtube channel DariMejaFahmi.

Bawah ni adalah senarai item yang digunakan oleh Fahmi:

Amacam? Gempak juga setup orang Malaysia kita ni. Korang rasa setup korang lagi awesome ke?. Cuba share korang punya setup pula dengan kitorang.

KATALAKI: Kitorang mampu tengok sajalah setup macam ni HAHAHA!

Last modified: 25 October 2018

One Response to :
3 Gaming Setup Terbaik Hasil Orang Malaysia

  1. shahrul says:

    MEH .. SETUP HAN DRI ERA OF THE GEEKS (ETG) LGI MAHAL LA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *