Horror Game Terbaik Dari Asia!

Game

Sempena bulan Oktober ni, kitorang nak share-kan dengan korang tiga horror game yang dibuat oleh orang asia.
Game-game ini korang boleh dapatkan di Steam. Cuba download tengok korang cuak ke tidak main game horror dari asia ni.

  1. ARAYA

Araya merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh MAD Virtual Reality Studio dari Thailand. Dalam Araya korang akan mengawal 3 orang watak iaitu Marisa, Rama dan Boon.

Marisa, sahabat kepada Araya telah datang ke sebuah hospital terbiar yang juga merupakan tempat terakhir Araya berada setelah dia hilang secara misteri. Rama, seorang pengawal keselamatan yang bertugas untuk menjaga hospital usang ini dan Boon, yang cuba menyelesaikan hutangnya dengan mencari barang berharga di hospital ini.

Setelah Marisa masuk ke dalam hospital ini, bermulalah kejadian-jadian aneh disekitar hospital ini dan mereka bertiga juga diburu oleh watak misteri bernama Jit. Korang kene mencari jalan keluar dari hospital ini dan dalam masa yang sama merungkai kehilangan Araya.

  1. DREADOUT

Game dari Indonesia ini memang ngam dengan orang Malaysia disebabkan bahasa dan hantu yang digunakan didalam game ini sangat dekat dengan orang kita.

Dreadout dihasilkan oleh Digital Happiness dan merupakan horror game yang sangat popular. Game ini mengisahkan tentang Linda berserta guru dan rakan-rakannya yang terkandas di sebuah pekan terbiar.

Seorang demi seorang kawan Linda mula hilang dan dengan hanya berbekalkan handphone Linda terpaksa mencari jalan keluar dan merungkai kisah disebalik pekan ini.

Permainan video ini mengambil serba sedikit cara permainan Fatal Frame, sebuah permainan video horror dari Jepun yang sangat popular di konsol PS2.

  1. HOME SWEET HOME

Home Sweet Home merupakan sebuah permainan horror yang juga dari Thailand yang dikeluarkan YGGDRAZIL GROUP dan katanya bakal keluar dekat PS4, Xbox dan PC pada 16 Oktober 2018.

Permainan video ini mengisahkan tentang kehidupan Tim yang semakin teruk setelah isterinya hilang secara misteri. Pada suatu hari, Tim terperangkap disebuah bangunan misteri setelah bangun daripada tidur.

Semasa ingin mencari jalan keluar, Tim dihantui entiti misteri wanita yang berterusan cuba membunuh Tim. Dapatkah Tim keluar dari bangunan ini dan adakah wanita misteri ini ada kaitan dengan isterinya yang hilang?

KATALAKI : Dulu ade ura-ura Spacepup Entertaiment, developer dari Malaysia nak keluarkan game horror juga tapi sampai sekarang tiada khabar berita pun 🙁

Last modified: 18 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *