3 Kaum Orang Asli Yang Paling Rare!

Sembang

Dekat Malaysia, kita ada pelbagai kaum-kaum orang asli. Perkataan orang asli digunakan bagi merujuk kepada orang asal yang menduduki Semenanjung Tanah Melayu sejak sebelum wujudnya Malaysia lagi.

Di Malaysia secara rasminya terdapat lebih kurang 18 suku daripada etnik orang asli yang mana mereka dikategorikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan genetic dan asal-usul mereka. Tiga kumpulan utama tersebut adalah Semang atau Negrito yang biasanya dijumpai dibahagian utara semenanjung. Yang kedua adalah Senoi yang mana tinggal dibahagian tengah semenanjung dan terakhir adalah ProtoMalay atau Melayu Asli yang tinggal di selatan semenanjung.

Kaum orang asli bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi hampir semua negara mempunyai kaum orang asli mereka sendiri. Mostly mereka sudah semakin menerima kemodenan dari dunia luar but masih ada lagi kaum orang asli yang bukan sahaja menolak kemodenan dari dunia luar, mereka juga dikatakan antara kaum orang asli yang paling digeruni di dunia. So hari ini aku nak share dengan korang tiga kaum orang asli yang paling rare di dunia!

YAIFO TRIBE

Kaum orang asli ini dikatakan tinggal dibahagian timur Sepik, Papua New Guinea. Seorang rakyat British yang juga merupakan seorang pengkaji, Benedict Allen pertama kali menjumpai kaum ini pada tahun 1988, dia telah disambut dengan tarian yang menggunakan bow and arrow.

Dia kemudiannya telah dibawa masuk kedalam kumpulan ini dan diajar tentang cara mereka hidup. Setiap hari Benedict telah dipukul dan dipaksa makan selama enam minggu berturut-turut. Allen berkata kaum orang asli Yaifo ini sangat handal memanjat pokok dan mampu bergerak dari dahan ke dahan tanpa sebarang bantuan.

KOROWAI TRIBE

Puak Korowai mula dijumpai pada tahun 1974 juga dikatakan tinggal kawasan sekitar Papua New Guinea. Puak ini dikatakan merupakan antara puak paling ganas yang ada didunia sekarang.

Puak Korowai terkenal kerana mereka mendirikan rumah merah mereka diatas pokok paling tinggi, setinggi 140 kaki dari darat. Ini dikatakan bagi melindungi mereka daripada puak-puak lain dan orang luar. Puak Korowai sangat benci dengan orang kulit putih kerana bagi mereka orang kulit putih merupakan manusia yang telah dirasuk syaitan. Kaum ini juga terkenal dengan membunuh orang-orang kulit putih yang menceroboh kawasan mereka dengan menggunakan Bow and Arrow.

DSLALA TRIBE

Puak Dslala dikatakan tinggal dibahagian barat hutan Amazon dan sangat terkenal dengan keganasan mereka terhadap orang luar dan puak orang asli lain yang berada berdekatan dengan mereka. Puak Dslala dikatakan sangat handal menggunakan Belantan (Club) yang besar untuk menyerang musuh.

Kerajaan Brazil pernah mencuba untuk berinteraksi dengan puak Dslala yang mempunyai lebih kurang 150 orang namun usaha itu gagal apabila enam orang daripada kerajaan Brazil telah telah diserang oleh puak Dslala menggunakan Belantan mereka sehingga mati. 

KATALAKI: Nasib baik orang asli dekat Malaysia jenis yang chill tak ada bunuh-bunuh orang!

Last modified: 18 April 2019