Kereta Lokal Yang Dah Nak Pupus

Sembang

Korang perasan tak ada beberapa kereta nasional sama ada jenama Proton atau Perodua yang sekarang ni kita makin susah nak nampak kat atas jalan raya? Kereta-kereta ni mungkin dah masuk dalam kategori kereta-kereta rare yang wujud kat Malaysia sekarang ni.

Siapa yang ada lagi kereta-kereta ni boleh kira untung gak sebab bukan semua orang ada lagi kereta-kereta yang dah nak pupus ni. Silap-silap, kalau boleh lagi berfungsi, mungkin masih lagi ada harga untuk jual balik. Jom kita tengok kereta lokal apa yang dah semakin berkurangan kat Malaysia.

Rusa

Kali pertama Perodua Rusa dipasarkan kepada orang ramai ialah pada tahun 1996. Rasanya korang pun dah tahu yang kereta keluaran Perodua kebanyakannya diinspirasikan daripada kereta keluaran Daihatsu. Sama gak macam Rusa, rupa bentuk kereta ni diambil daripada Daihatsu Hijet yang dipasarkan kat Jepun dan Daihatsu Zebra di Indonesia.

Rusa juga merupakan kereta kedua yang dihasilkan oleh Perodua selepas Kancil dan van keluaran tempatan pertama yang wujud kat Malaysia.

Tiara

Kereta keluaran Proton kebanyakannya diinspirasikan daripada kereta keluaran Mitsubishi. Tapi bukan untuk Proton Tiara. Proton Tiara dihasilkan berdasarkan kereta Citroen AX, kereta buatan Perancis. Kali pertama tempahan kereta Tiara dibuka untuk dibeli orang ramai ialah pada tahun 1996. Ada lagi tak yang simpan lagi Tiara kat rumah?

Pengeluaran Tiara dihentikan pada tahun 2000 disebabkan kuantiti jualan yang kurang memberangsangkan. Lepas Tiara, ada satu kereta yang dihasilkan oleh Proton untuk menyambung legasi kereta Tiara. Korang tahu tak kereta apa? Proton Savvy.

Putra

Kereta legend ni. Ramai peminat-peminat kereta Proton yang boleh stim kalau tengok kereta ni melintas depan mata. Satu-satunya kereta jenis coupe yang dihasilkan oleh Proton dan menggunakan enjin yang padu keluaran Mitsubushi, 1.8L 4G93. Proton Putra mula dipasarkan pada tahun 1996 hingga 2001 dan dipasarkan semula dalam kuantiti yang terhad pada tahun 2004. Reka bentuk Proton Putra juga diambil daripada Mitsubishi Lancer CC.

Kami ada try gak cari kereta-kereta ni kot-kot ada yang dijual secara online. Ni market value untuk kereta Putra, Tiara dan Rusa sekarang.

KATALAKI: Lepas ni Neo, Waja, Savvy, Kenari, Kelisa pun akan jadi kereta yang rare ada kat Malaysia.

Last modified: 11 September 2019