3 Komen Arsene Wenger Pasal Man Utd Kalah

Aktif, Bola

Siapa tak kenal the legendary atok Wenger. Lepas chow daripada Arsenal, takde lagi pasukan bola sepak yang berjaya pancing Arsene Wenger untuk jadi manager. Korang tahu tak apa kerja Arsene Wenger sekarang ni?

Wahhh sedap lepak nampaknya atok Wenger. Sebenarnya Arsene Wenger takde la duduk melepak je takde kerja. Arsene Wenger masih lagi aktif dalam bidang bola sepak tapi bukan sebagai manager. Buat masa ni, Arsene Wenger tengah busy jadi pengulas jemputan untuk perlawanan UEFA Champions League di stesen TV Perancis, beIN Sports.

Sumber : beIN Sports

Baru-baru ni, untuk perlawanan UEFA Champions League antara Manchester United dan PSG, Arsene Wenger ada komen pasal persembahan Manchester United malam tu. Sebagai bekas manager yang pernah membimbing Arsenal selama 22 tahun sejak 1996 hingga 2018, dah tentu sekali Arsene Wenger dah kenal dan familiar dengan corak permainan Manchester United. Ini antara komen-komen Arsene Wenger lepas Manchester United kalah kepada PSG.

Manchester United Terlalu Harapkan Paul Pogba

Punca Manchester United kalah bukan sebab Paul Pogba kena kad merah. Dua gol yang berjaya dijaringkan PSG pun sebelum Paul Pogba kena kad merah. Ini komen Arsene Wenger.

Sumber : www.mirror.co.uk

Manchester United Terlalu Susah Untuk Cipta Peluang

Sumber : www.uefa.com

Kalau kita tengok statistik perlawanan hari tu, Manchester United berjaya buat percubaan ke arah gol dengan tepat atau on target sekali je berbanding PSG, 5 kali. Corak permainan Manchester United juga terganggu lepas Jesse Lingard dan Anthony Martial terpaksa dikeluarkan sebab injured. Bawah ni komen daripada Arsene Wenger.

Sumber : www.mirror.co.uk

Honeymoon Sudah Habis Bro

Perlawanan UEFA Champions League menentang PSG ni la kekalahan pertama yang dialami oleh Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjær ambil alih tugas Jose Mourinho sebagai manager. Bila dah rasa kalah tu, baru la semua pemain akan membara semangat untuk menang perlawanan yang seterusnya. Kalau asyik menang je, pemain pun boleh jadi overconfident. Korang boleh baca komen Arsene Wenger pasal ni kat bawah.

Sumber : www.mirror.co.uk

KATALAKI: Minggu depan, 20 dan 21 Februari, Liverpool dan Manchester City lak akan turun padang UEFA Champions League. Boleh menang ke agak-agak.

Last modified: 14 February 2019