3 Pasukan Underdog Premier League 2019/20

Aktif, Bola

Tinggal beberapa minggu je lagi, musim terbaru Premier League akan bermula. Pasukan yang bertanding dalam Premier League 2019/20 kali ni pun tengah sibuk lagi membeli pemain-pemain baru untuk memantapkan pasukan masing-masing. Perlawanan pertama Premier League akan bermula pada 10 Ogos 2019 (waktu Malaysia).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Premier League (@premierleague) on

Bila cakap pasal pasukan underdog, dah tentu sekali 3 pasukan yang baru naik ke Premier League musim terbaru ni merupakan pasukan underdog iaitu Norwich City, Sheffield United dan Aston Villa. Mari ni kita study sikit pasal 3 pasukan underdog ni yang kembali beraksi dalam Premier League.

Norwich City

Kali terakhir Norwich City beraksi di Premier League ialah pada tahun 2016, iaitu 3 tahun yang lepas. Pada musim lepas, Norwich City berjaya menjadi juara EFL Championship 2018//19 dan secara automatik terus layak untuk bertanding dalam Premier League 2019/20.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norwich City FC (@norwichcityfc) on

Pemain tumpuan yang ada dalam skuad Norwich City dah tentu sekali penyerang sensasi, Teemu Pukki yang berjaya menang anugerah penjaring gol terbanyak untuk EFL Championship 2018/19. Sebelum ni kami ada kongsikan pasal Teemu Pukki dengan lebih terperinci. Korang boleh baca kat sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norwich City FC (@norwichcityfc) on

Untuk info, pengurus Norwich City, Daniel Farke yang berasal dari Jerman, baru 3 musim bersama dengan Norwich City. Musim pertama Daniel Farke sebagai pengurus Norwich City, hanya mampu membimbing pasukan Norwich City untuk berada di tempat ke-14 dalam EFL Championship. Musim kedua, Daniel Farke berjaya bawa Norwich City menjulang piala EFL Championship 2018/19.

Daniel Farke juga merupakan pengurus berbangsa asing pertama dalam sejarah pasukan Norwich City. Daniel Farke dipuji disebabkan berjaya mengubah corak permainan Norwich City yang kini lebih mengutamakan penguasaan bola dan tempo permainan yang lebih laju. Sebelum menyertai pasukan Norwich City, Daniel Farke merupakan pengurus untuk pasukan simpanan Borussia Dortmund.

Sheffield United

Sheffield United juga layak secara automatik untuk bertanding dalam Premier League 2019/20 selepas berjaya menjadi naib juara EFL Championship 2018/19.  Kali terakhir Sheffield United beraksi dalam Premier League ialah pada tahun 2007. Lama sangat dah tu. 12 tahun yang lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheffield United FC (@sheffieldunited) on

Pada musim 2018/19, pemain muda terbaik pasukan Sheffield United ialah Dean Henderson, penjaga gol yang dipinjamkan dari Man Utd. Buat masa ni, Dean Henderson dah pun balik ke Man Utd. Tapi ada gossip yang mengatakan Dean Henderson mungkin akan kembali ke Sheffield United sebagai pemain pinjaman daripada Man Utd untuk musim yang terbaru nanti.

 

View this post on Instagram

 

Most clean sheets in the league 🚫 Your 18/19 Golden Glove Winner @deanhenderson 🙌🏻 #SUFC

A post shared by Sheffield United FC (@sheffieldunited) on

Kalau betul, Dean Henderson akan menjadi tonggak utama dan pemain tumpuan untuk pasukan Sheffield United yang bakal beraksi dalam Premier League 2019/20 nanti.

Aston Villa

Aston Villa layak bertanding dalam Premier League 2019/20 selepas berjaya mengalahkan pasukan Derby County dalam EFL Championship 2018/19 play-off. Kalau ada yang masih tak faham pasal perlawanan play-off, boleh baca jap kat sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aston Villa FC (@avfcofficial) on

Kali terakhir Aston Villa beraksi dalam Premier League ialah pada tahun 2016. Ramai yang ingat legenda Chelsea, John Terry merupakan pengurus pasukan Aston Villa. Tapi sebenarnya John Terry ialah pembantu pengurus di Aston Villa. Jawatan pengurus pasukan Aston Villa dipegang oleh Dean Smith.

 

View this post on Instagram

 

We’re delighted to announce that Assistant Head Coach @johnterry.26 has extended his contract. 👊 . #AVFC

A post shared by Aston Villa FC (@avfcofficial) on

Ramai gak pemain baru yang dah berjaya dibeli oleh Aston Villa untuk menempuh onak duri dalam saingan Premier League nanti. Tapi pemain yang paling penting dan paling mencuri tumpuan dalam pasukan Aston Villa ialah Jack Grealish, pemain tengah dan ketua pasukan Aston Villa yang berumur 24 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aston Villa FC (@avfcofficial) on

Jack Grealish dah bermain dengan pasukan Aston Villa sejak berumur 6 tahun. Setakat ni, Jack Grealish dah berjaya jaringkan 15 gol dan lakukan 23 bantuan gol dalam 145 perlawanan bersama Aston Villa.

KATALAKI: Musim Premier League 2018/19, Wolves, Cardiff City dan Fulham yang berjaya kembali beraksi dalam Premier League. Tapi Wolves je yang berjaya kekal bersaing dalam Premier League 2019/20 nanti. Antara Norwich City, Sheffield United dan Aston Villa kali ni, siapa yang akan kekal dan siapa rasanya yang akan tersingkir?

Last modified: 17 July 2019