3 Permainan Video Esklusif PS4 Terbaik 2018

Game, Tech

PS4 mula diperkenalkan pada November 2013 dan seperti konsol-konsol lain, ianya juga mempunyai beberapa permainan video yang hanya dikeluarkan untuk konsol PS4.

Hari ini kitorang yang kongsikan 3 permainan video esklusif PS4 terbaik yang dikeluarkan pada tahun 2018.

 

  1. God of War

God of War telah dibuat oleh Santa Monica Studio dan dikeluarkan pada April 2018. Ianya merupakan sambungan kepada God of War 3 yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Permainan God of War kali ini tidak lagi mengfokuskan kepada Greek mythology tetapi membawa mereka kedunia Norse mythology.

God of War menceritakan tentang Kratos setelah beberapa tahun selepas kejadian Kratos membunuh bapanya sendiri iaitu Zeus. Kratos yang kini baru saja kematian Isteri keduanya iaitu Faye, ingin membawa abu mayat isterinya di puncak gunung tertinggi Nine Realms.

Kratos yang ditemani oleh anak lelakinya Atreus telah diserang oleh Baldur yang merupakan salah seorang anak kepada Odin. Kratos jugak berjumpa beberapa watak-watak baru yang akan membantu Kratos dan Atreus dalam perjalannya.

 

  1. Detroit : Become Human

Detroit : Become Human menceritakan tentang 3 watak Android yang mempunyai jalan mereka sendiri. Didalam permainan video ini, setiap keputusan yang korang pilih akan membawa kesan kepada permainan dan jalan cerita setiap watak.

Connor merupakan android penyiasat yang dihantar oleh Cyberlife Corporation untuk membantu Hank Anderson dalam menyiasat tentang kebangkitan Deviants, kumpulan android yang telah menyimpang dari program yang telah ditetapkan kepada mereka.

Didalam permainan ini juga korang akan bermain dengan dua watak lain iaitu Markus dan Kara, android penjaga yang telah disalah anggap sebagai Deviants hanya kerana ingin melindungi manusia dibawah jagaannya.

Permainan Detroit : Become Human telah dikeluarkan oleh Quantic Dream khusus untuk konsol PS4 pada May 2018.

 

  1. Spider-Man

Spider-Man merupakan permainan esklusif PS4 terbaru yang dikeluarkan pada September yang lepas. Permainan video ini dibangunkan oleh Insomaniac Games dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment.

Permainan Spider-Man mengisahkan tentang Peter Parker yang sudah meningkat dewasa dan bekerja sebagai pembantu penyelidik kepada Dr. Otto Octovius.

Didalam permainan video ini jugak pemain dapat bermain watak lain seperti Mary Jane Watson yang bertugas sebagai wartawan untuk Daily Bugle dan Miles Morales yang juga merupakan salah satu Spider-Man dalam Spider-Verse.

Untuk permainan ini jugak Spider-Man akan berdepan bukan satu tetapi tujuh musuh utama dan satu musuh rahsia yang hanya akan diperkenalkan pada saat akhir permainan.

KATALAKI: PCMasterRace dan peminat Xbox jangan bersedih ye. Korang punya exclusive game pun menarik juga hehe

Last modified: 4 January 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *