3 Powerbank 10000mAh Terbaik

Gadget, Tech

Kapasiti simpanan kuasa bagi powerbank merupakan factor yang penting bila memilih powerbank pilihan. Tak guna beli powerbank mahal-mahal tapi cuma boleh guna dalam 2-3 kali charge sahaja.

Hari ni kitorang nak share dengan korang 3 powerbank dengan kapasiti kuasa 10000mAh keatas tapi harga bawah RM200 sahaja.

AUKEY PB-XD10

Aukey PB-XD10 merupakan powerbank keluaran AukeyPowerbank ini mempunyai kapasiti sebesar 10050mAh. Didatangkan dengan True Qualcomm Quick Charge 3.0 dan jugak USB C Power Delivery 2.0

Bentuk dia yang kecil dan design dia dengan all black matte finish nampak lebih kemas dan simple. Selain design dia yang simple, powerbank Aukey PB-XD10 ini jugak Cuma seberat 180grams sahaja.

Power indicator dia terbahagi kepada 4 dot dan setiap dot mewakili 25% charge level. Powerbank yang boleh dikatakan serba lengkap ini bukan sahaja mempunyai kapasiti yang besar malah mampu untuk charge peranti korang 4 kali lebih cepat berbanding powerbank biasa.

PHILIPS DLP2103

Philips DLP 2103 mempunyai design yang sangat nipis dan boleh dikatakan powerbank berkapisiti 10000mAh paling nipis yang pernah aku tengok.

Ketebalan Philips DLP 2103 ini hanya 10.9mm sahaja. Ianya jugak mampu untuk charge dua peranti serentak tanpa sebarang masalah.

Body powerbank Philips DLP 2130 pula dibina menggunakan bahan anti-flammable plastic dan jugak anti calar. So kalau korang tengah mencari powerbank yang nipis tapi mempunyai kapisiti 10000mAh try check out powerbank DLP 2103 daripada Philips ni.

PINENG PN888

Sekarang ni banyak peranti smartphone yang menyokong wireless charging jadi sudah tentu bila nak beli powerbank pun mestilah pilih powerbank yang menyokong wireless charging jugak.

Pineng PN888 merupakan powerbank yang menyokong fungsi wireless charging yang dikeluarkan oleh syarikat yang sangatlah terkenal dalam penjualan powerbank iaitu PINENG.

Korang jugak boleh charge dua peranti serentak dengan Pineng PN888 ini dan menggunakan fungsi wireless dan juga wired charging dalam masa yang sama.

So yang mana satu pilihan korang?

KATALAKI: Lepas ni kalau member nak pinjam powerbank takdalah risau lagi.

Last modified: 9 December 2018