3 Powerbank Fast Charging Terbaik

Gadget, Tech

Dengan kebanjiran Smartphone yang mempunyai sokongan Fast Charging masa kini, sudah tentu powerbank juga mesti mempunyai sokongan yang sama.

Dengan fungsi fast charging, pengecasan penuh yang biasanya mengambil masa empat jam, kini hanya memerlukan dalam satu ke dua jam saja untuk pengecasan penuh.

Berikut adalah 3 powerbank yang mempunyai sokongan fast charging pilihan kami:

  1. Samsung Portable Battery 5100mAh

Samsung Portable Battery merupakan salah satu Fast Charging pilihan kami untuk entri pertama ini. Mempunyai kapasiti 5100 mAh, power bank ini juga menyokong USB Type-C dan Micro USB.

Dibahagian atas powerbank ini terdapat finger strap untuk memudahkan korang membawa powerbank ini.

Saiz powerbank Samsung portable battery adalah tebal sedikit dari Samsung Galaxy 8. Power bank ini mengambil masa lebih kurang dua jam lebih untuk fully charge. Korang boleh dapatkan powerbank ini dengan harga RM265 di kedai rasmi Samsung.

  1. Mi Powerbank 2S 10000mAh

Powerbank berkapisiti 10,000 mAh daripada Xiaomi ini mempunyai “Two Way Fast Charge” dan Dual USB Output membolehkan korang menge-charge dua smartphone sekali gus. Dibuat dari Aluminium Alloy membuat Mi Powerbank 2S ni tahan lasak.

Ketebalan untuk Mi Powerbank 2S ini adalah 14.2mm dan seberat 245 gram sahaja. Disebabkan rekaan dia yang agak nipis membolehkan korang menyimpan powerbank ini didalam poket.

Dengan cuma berharga RM86.00 dan mempunyai kapisiti 10,000mAh, Xiaomi Mi Powerbank 2S ini boleh dikatakan pilihan powerbank terbaik untuk korang.

  1. Anker PowerCore+ 13400mAh

Anker PowerCore+ mempunyai kapasiti sebesar 13,400mAh dan mempunyai 2 charging port supaya korang boleh charge lebih daripada satu smartphone. Rangka untuk powerbank ini pulak diperbuat daripada aluminium dan seberat 369 gram.

Dibahagian depan terdapat punat kuasa yang dikelilingi dengan 10 led untuk menandakan tahap bateri powerbank.

Tidak dilupakan Ancer PowerCore+ ini juga mempunyai fungsi PowerIQ dan VoltageBoost yang mempercepatkan tempoh charging bagi smartphone yang tidak mempunyai fungsi fast charging. Harga untuk Anker PowerCore+ ini adalah dalam lingkungan RM99.00 sahaja.

KATALAKI: Pastikan beli powerbank yang original bro takut nanti meletup pulak! 

Last modified: 11 September 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *