3 Sami Dinobat Juara Tournament Esports!

Game, Tech

Mesti korang macam pelik dengan tajuk article inikan tapi inilah yang telah berlaku di Thailand. Tiga orang sami muda telah dinobatkan sebagai juara tournament Arena of Valor dan Speed Drifters yang berlangsung semasa KKU Nong Kai Fair 2019.

Tournament ini telah berlangsung di Khon Kaen University Nong Khai campus pada minggu lepas. Tiga orang sami ini sebenarnya merupakan pelajar di Balee Sathit Suksa, sebuah sekolah menengah untuk sami-sami muda di bahagian timur Thailand.

Seperti yang dilaporkan oleh Coconuts, sami-sami muda ini pada mulanya hanya ingin mencuba nasib mereka dalam tournament ini dan tidak menyangka mereka akan memenangi Esports tournament ini. Mereka telah ditemani oleh 4 orang guru semasa menghadiri tournament ini.

Kokkiad Chaisamchareonlap, salah seorang guru yang menemani mereka berkata walaupun sekolah Balee Sathit Suksa merupakan sekolah untuk sami-sami muda, mereka cuma belajar tentang agama selama 20 jam sahaja seminggu manakala selebihnya mereka belajar mata pelajaran lain seperti remaja-remaja lain.

Sami-sami muda ini mula diperkenalkan tentang permainan video dan esports semasa dalam kelas komputer dan semenjak daripada itu mereka mula berminat bermain permainan video ini dan berlatih bila ada masa lapang.

Rata-rata komen rakyat Thailand agak berbelah bagi kerana ada yang menyokong dan mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka dan ada juga yang mengutuk tindakan mereka yang memakai baju sami semasa dalam tournament ini kerana dilihat tidak menghormati pakaian rasmi sami.

Kokkiad berkata perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu kerana sami-sami ini masih lagi kanak-kanak dan seperti kanak-kanak lain mereka memerlukan sokongan untuk mereka develop dorang punya skill dan mencari minat mereka. Dia juga kata sami-sami ini tidak sepatutnya dikritik hanya kerana pemakaian mereka.

Sami-sami muda ini kebanyakannya datang daripada keluarga yang miskin ataupun keluarga yang bergolakan. Jadi agak tidak adil jika mereka tidak diberikan peluang untuk bertanding seperti kanak-kanak lain hanya kerana mereka memakai pakaian sami.

Walaupun bukan sekolah Balee Sathit Suksa sahaja yang menghantar pelajar-pelajar sami mereka namun hanya mereka sahaja yang berjaya ke peringkat akhir dan berjaya memperoleh gelaran sebagai juara. Aku memang tabik spring dekat dorang ni!

KATALAKI: Mana tahu satu hari nanti dorang masuk World Cup punya tournament pula nanti siapanya tahukan?

Last modified: 20 August 2019