3 Sebab Ada Degree Sangat Penting Untuk Karier Korang!

Collab, Sembang

Memiliki segulung ijazah atau degree adalah salah satu cara untuk membuatkan seseorang itu lebih menonjol dari segi sudut akademik, terutama sekali dalam pasaran pekerjaan yang sangat kompetitif pada zaman ini.

Namun terdapat juga tanggapan dimana adakah pentingnya untuk memiliki sebuah ijazah pada zaman yang dipelopori oleh usawahan start-up dan pemilik perniagaan persendirian, adakah dengan memiliki ijazah ianya dianggap sebagai pelaburan yang berbaloi untuk masa hadapan?

Jawapan singkat yang kami boleh berikan, tentunya Ya, kesemua persoalan diatas ini adalah tepat sekali. Walaupun pada akhirnya terpulang juga kepada individu tersebut untuk mencorakkan masa depan mereka. Setiap matlamat hidup adalah unik dan cita-cita kerjaya yang korang inginkan akan menentukan jika ijazah tersebut sesuai atau tidak dengan korang.

Untuk kebanyakkan pelajar zaman sekarang, memperoleh segulung ijazah itu adalah amat penting sekali dalam pasaran kerjaya zaman ini. Jadi jom kita tengok antara sebab-sebab yang penting memiliki ijazah atau degree dan bagaimana ianya memberikan impak yang besar dalam masa depan korang!

SENANG BUAT DUIT

Tak dinafikan lah, kebolehan untuk menjana duit dengan lebih banyak dapat memberikan kita semua semangat untuk melakukan setiap perkara sama ada pelajaran atau pekerjaan.

Jadi sudah tentunya dengan memiliki ijazah ini dapat membukakan peluang yang lebih besar dan pulangan di masa hadapan dari segi bentuk kerjaya yang lebih memanfaatkan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Geogretown University di Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 57 peratus daripada peluang pekerjaan yang tersedia buat mereka yang mempunyai kelulusan ijazah, dan dianggarkan bahawa pada tahun 2020, dua pertiga dari semua pekerjaan akan memerlukan pendidikan pasca sekolah menengah.

Image via: Thelaki.com.my

Bukan sahaja lebih banyak peluang pekerjaan buat mereka yang mempunyai ijazah berbanding mereka yang tidak, peluang untuk level up untuk pekerjaan yang sedia ada juga lebih mudah dicapai.

Memperolehi ijazah kiranya cara yang paling basic yang harus dimiliki untuk sebuah karier yang lebih baik. Bila dah masuk universiti atau kolej, tak semua orang tahu apa yang mereka ingin lakukan bila dah besar namun kebanyakkan kita semua tahu mereka inginkan pekerjaan yang lebih better bukan sahaja kerja yang boleh memberikan gaji yang lumayan, tetapi dapat memberikan kepuasan dan keselamatan di masa hadapan.

KARIER SPECIAL

Dalam perubahan dunia yang semakin pantas ini, sudah tentu juga job market juga berubah dengan pantas sekali. Antara tiga sektor yang berkembang dengan secara rapid sekali adalah teknologi, pendidikan dan kesihatan. Dan ianya berkembang begitu sihat sekali sehinggakan evolusi pekerjaan ini hanya untuk individu yang mempunyai kecekapan yang mampu melakukan pekerjaan-pekerjaan ini. Jadi dengan mempunyai ijazah, ianya dapat membantu korang untuk mempelajari skill-skill yang diperlukan untuk sektor pekerjaan-pekerjaan ini.

Image via: Thelaki.com.my

Walaupun tak semua ijazah yang ditawarkan menuju kearah pekerjaan tertentu, namun ada juga ijazah yang diciptakan khas untuk kerjaya tersebut sebagai contoh seperti eduational degree, yang misalnya dirancang sebagai corong kearah pengajaran.

SKILL SET TINGGI!

Dengan mempunyai ijazah, ianya amat berguna oleh kerana banyak sebab praktikal, daripada peningkatan kompetitif serta peningkatan dari segi sosial yang akan memastikan seseorang itu dapat menaik pangkat dalam suatu pekerjaan.

Walaupun ramai yang merasakan kepayahan untuk mendapatkan ijazah dalam bidang yang mereka inginkan. Namun sedar tak sedar, kepayahan tersebut semuanya untuk memastikan seseorang itu bersedia dalam menghadapi cabaran dunia sebenar bukan sahaja dalam pekerjaan tetapi dalam kehidupan seharian.

Time management dan organisasi, ini adalah contoh dua skill that korang semua dapat mempelajari. Dengan adanya organisasi dan juga pengurusan masa yang baik dapat membantu korang untuk menguruskan kesemua tanggungjawab yang ada dari segi pekerjaan dan kehidupan.

Image via: Thelaki.com.my

Maka jangan pandang memiliki sebuah ijazah atau degree ini sesuatu yang membebankan atau hanya sekadar diperlukan untuk pekerjaan sahaja semata-mata. Ianya adalah sesuatu yang dapat menaikkan skill set ke arah yang lebih tinggi dalam diri korang agar dapat menjadi seseorang yang lebih berjaya dalam karier dan kehidupan.

NAK AMBIK DEGREE KAT MANA?

Okay once kita dah tahu dah antara tiga sebab kenapa dengan mempunyai degree sangat penting untuk karier korang. Ada satu lagi point yang paling penting juga perlu diambil tahu, iaitu pemilihan universiti terbaik yang dapat menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang untuk korang.

Buat korang yang masih lagi tak pasti nak pilih universiti untuk melanjutkan pelajar. Kami nak syorkan kepada korang untuk memilih UKMi. Secara ringkasnya yang kami boleh bagitau, di UKMi diorang menawarkan lebih 72 jurusan daripada 12 fakulti yang tersedia di UKM. Antara sebab-sebab yang kami syorkan korang semua UKM adalah disebabkan ianya juga telah banyak melahirkan tokoh-tokoh ternama antaranya seperti angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor serta tokoh kesihatan well respected negara Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Antara tawaran yang menarik di UKMi ini juga adalah pelajar boleh berpeluang untuk menyertai Summer Programme atau Student Exchange Programme selama sebulan di universiti di luar negara yang turut juga bekerjasama bersama UKM, antaranya universiti di Jepun, Indonesia, Korea, Vietnam, China, Jerman, Mexico serta di Amerika Syarikat. Kalau bro-bro semua berminat, boleh semak kelayakkan DISINI dan boleh juga terus permohonan DISINI.

KATALAKI: Dah ada degree ni confirm boleh la demand gaji tinggi sikit kan?

Last modified: 3 August 2020