3 Sebab Kita Kena Turun Stadium Malaysia VS Myanmar Piala AFF 2018!

Aktif, Bola

Sumber : affsuzukicup.com

Sabtu, 24 Nov 2018, hari yang ditungu-tunggu oleh seluruh penyokong Harimau Malaya dalam misi mencari kemenangan ke atas Myanmar untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2018.

Sumber : affsuzukicup.com

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil , jam 8.30 malam, dijangkakan akan menerima 87,411 orang penyokong Harimau Malaya dan Myanmar. Korang dah beli tiket ke belum? Ni lah sebabnya kenapa kita semua kena turun stadium Sabtu ni!

Malaysia Kena Menang Untuk Layak

As of 19th Nov. Sumber : affsuzukicup.com

Dengan kedudukan pasukan yang agak sengit dalam kumpulan A, Malaysia wajib menang ke atas Myanmar hari Sabtu ni untuk layak ke separuh akhir yang akan berlangsung pada 1, 2, 5 dan 6 Disember nanti.

Sumber : foxsportsasia.com

Sabtu lepas, 18 Nov 2018, FAM siap naikkan lagi quota tiket untuk penyokong Malaysia datang penuhkan stadium. Sebanyak 2,000 tiket tambahan yang disediakan. Kenapa FAM nak sangat kita penuhkan stadium? Sebab apa yang berlaku kat Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam hari tu, seramai 40,000 penyokong Vietnam datang ke stadium bagi semangat dekat pasukan bola sepak negara dorang. Hasilnya, dengan kehadiran penyokong yang ramai, Vietnam dengan lebih yakin selamba belasah Malaysia 2-0.

Sumber : foxsportsasia.com

Perlawanan menentang Myanmar pada Sabtu ni lah peluang untuk kita, seluruh peminat bola sepak tanah air buktikan sokongan padu dan semangat kepada pasukan Harimau Malaya untuk bangkit daripada kekalahan hari tu. Ini Harimau Malaya! Kalau korang tak tahu lagi macam mana nak beli tiket , usha gambar kat bawah ni.

Sumber : FAM

Bukan Senang Nak Tengok Bola Kat Stadium Bukit Jalil

Dulu masa Stadium Bukit Jalil baru siap dinaik taraf, kecoh bila Stadium Bukit Jalil tak digunakan untuk perlawanan bola sepak. Untuk konsert boleh, untuk karnival boleh tapi untuk bola sepak tak boleh. So, kali ni lah masa untuk kita semua kena buktikan dekat FAM dan Stadium Bukit Jalil kenapa perlawanan bola sepak tumpuan kena buat dekat Stadium Bukit Jalil! Kasi penuh stadium Sabtu ni! Bagi dorang rasa macam mana perasaan tiket bola sold out!

Saluran penjualan tiket Piala AFF 2018 kali ni pun ada bermacam-macam saluran yang disediakan. Takde alasan lagi untuk kita semua tak nak beli tiket. Nak beli kat stadium boleh, online boleh, dekat Al-Ikhsan pun ada! Tengok balik cara pembelian tiket kat atas tadi.

Stadium Bukit Jalil Rumah Kita

Sumber : Pinterest

Bukan skuad Harimau Malaya je yang kena buktikan kehebatan di gelanggang sendiri. Kita semua sebagai rakyat Malaysia pun kena tunjukkan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada malam perlawanan tu nanti.

Syabas untuk penyokong Harimau Malaya yang sanggup turun ke negara Kemboja dan Vietnam hari tu untuk bagi semangat dekat Harimau Malaya dalam perlawanan di tempat lawan sebelum ni. Ayuh rakyat Malaysia kita turun stadium! 

Nak dengar celoteh and pendapat-pendapat terbaik tentang dunia bola sepak. Korang boleh layan podcast Bola Bro kat www.aiskacang.com.my. Nak lagi senang, korang klik je link kat SINI

KATALAKI: Kat stadium nanti jaga kebersihan okeh. Biar garang masa tengok bola, tapi budi bahasa tetap budaya kita.

Last modified: 23 November 2018