3 Sebab Kenapa Remaja Terdedah Dengan Video Terlarang

Sembang

Remaja dan bahan lucah adalah dua perkara yang sememangnya patut dijauhkan. Tetapi suka ataupun tidak, kita tak boleh menafikan realitinya benar berlaku dimana remaja zaman sekarang mudah untuk terdedah dengan bahan-bahan lucah seperti video ataupun gambar.

Apa yang pasti, pada zaman ini, ramai anak muda lebih mudah terdedah dengan video mahupun gambar lucah ataupun “blue” pada usia seawal lapan tahun, menurut sumber kajian yang dijalankan oleh Heriot-Watt University Malaysia (HWUM). Perkara ini amat membimbangkan buat ibu bapa, terutama sekali yang memberikan kebebasan yang meluas buat anak-anak mereka.

Tak dinafikan juga ada beberapa golongan yang berpendapat sex education merupakan subjek yang taboo ataupun sesuatu perkara yang tidak manis atau elok untuk kita ajar dan bincangkan kepada anak-anak muda. Tetapi tanpa pendidikan yang tepat dan terkawal untuk subjek seperti sex education, ianya lebih merisaukan apabila kita dapati kes-kes seperti pembuangan bayi, ketagihan seks, anak luar nikah, penyakit kelamin (STI), meningkat naik terutama sekali pada golongan muda.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Antara perkara yang membuatkan anak-anak muda mulai terjebak dengan bahan-bahan lucah adalah daripada pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan pengaruh yang terbesar buat anak-anak muda untuk berkongsi tentang perkara yang mereka sukakan. Senang cerita, budak-budak akan lebih suka ikut apa yang rakan-rakan mereka minati dan benda-benda yang mereka rasanya best. Apabila remaja sudah mula terdedah dengan bahan lucah ianya juga merupakan perkara yang mudah untuk melepaskan gian terhadap ketagih pornografi, terutama sekali dengan kemudahan Internet yang sedia ada.

Pada tahun 2018, sebuah kajian mendapati 35.3 peratus daripada golongan remaja mudah terdedah kepada bahan-bahan lucah menerusi penggunaan media sosial. Ketagihan terhadap bahan lucah bukan saja meruntuhkan nilai moral serta akhlak tetapi ianya juga cenderung untuk menjadikan seseorang sebagai pemangsa kes gejala sosial.

Kemudahan dihujung jari seperti Internet, smartphone dan pelbagai lagi aplikasi media sosial merupakan antara faktor utama yang membuatkan bahan video dan gambar terlarang ini mudah diperolehi oleh golongan muda. Hal ini menyebabkan mereka lebih menjerumus dengan informasi tentang tingkah laku seksual yang kurang tepat tanpa batasan dan seterusnya menjadi “penagih” kandungan terlarang.

Dengan terdedahnya kandungan yang terlarang ini kepada para pelajar dan golongan belia, ianya merupakan wabak yang meracuni pemikiran pelajar kerana ianya mampu memusnahkan sistem pemikiran mereka dan mampu mempengaruhi sama ada dari segi fizikal dan emosi sehingga ke tahap yang lebih serius serta mengakibatkan kemerosotan kualiti pembelajaran.

BAHAN MENCARI JAWAPAN

Selain pengaruh rakan sebaya, antara yang membuatkan bahan-bahan lucah ini menjadi ketagihan dan terdedah kepada remaja adalah para remaja mengunakan bahan video lucah ini sebagai sumber rujukan informasi dan nasihat untuk mereka tahu tentang cara bersetubuhan. Kebanyakan orang muda tidak mempunyai sumber maklumat yang boleh dipercayai tentang seks dan ini membuatkan mereka cenderung untuk mengambil bahan bahan lucah ini sebagai rujukan.

50 peratus daripada negeri-negeri di Amerika Syarikat memerlukan sekolah-sekolah untuk mempunyai pelbagai jenis program pendidikan seks, dan kurang daripada separuh dari negeri-negeri di Amerika Syarikat yang memerlukan bahan di dalamnya bentangkan secara tepat daripada sudut medical manakala berbanding dengan bahan lucah seperti pornografi pula yang lebih mudah untuk diaccess dengan mengunakan laptop atau smartphone dan secara visualnya lebih straight to the point.

TIADA PENDIDIKAN YANG BETUL

Salah satu juga sebab kenapa remaja lebih cenderung untuk menonton dan menjadi ketagih kepada bahan-bahan lucah adalah kerana tiada pendidikan dan pendedahan yang betul terhadap subjek pendidikan seksualiti. Berbeza dengan negara lain, ramai remaja tidak berpengetahuan tentang subjek ini kerana tidak berpeluang belajar mengenainya dengan lebih mendalam. Oleh kekurangan pendidikan ini yang menyebabkan ramai golongan muda terlibat dengan kes seperti mengandung tanpa dirancang, dijangkiti STI, dan HIV alami hubungan seksual bebas tanpa perlindungan. Tanpa pendidikan yang tepat, maka golongan belia hanya tertumpu kepada rujukan yang kurang sihat tanpa mengetahui cara pencegahan dan pengelakan.

Sehubungan dengan isu ini, Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) dan Durex Malaysia telah mengambil langkah dengan mengadakan program pertama yang mengetengahkan pendidikan seksualiti komprehensif (CSE) untuk golongan muda di Malaysia. Dengan adanya program ini, ianya bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat dan tidak skeptikal merangkumi kehamilan dan kontraseptif, pencegahan STI dan persepsi tentang seks, serta pencegahan dan mendidik golongan muda untuk mengawal dan melindungi diri mereka.

Program ini yang dirancang akan diketengahkan pada awal tahun 2020 berharap agar semua rakyat Malaysia yang inginkan usaha program ini diteruskan untuk memberikan tanda sokong anda dengan menandatangani petisyen yang telah disediakan DISINI. Program ini juga bertujuan sepenuhnya untuk mengatasi dan mencegah gejala social yang tidak sihat pada golongan muda di Malaysia.

KATALAKI: Pendidikan yang betul di usia yang muda untuk membentuk generasi yang lebih baik di masa hadapan bukan?

Last modified: 7 November 2019