3 Sejarah Pandemik Yang Pernah Melanda Dunia

Sembang

Sejak negara serta bumi kita ini dilanda dengan sejenis wabak yang dikatakan berhubung kait dengan SARS. Virus yang digelarkan sebagai koronavirus atau Covid-19 telah menjangkiti lebih 200,000 manusia di bumi ini serta meragut lebih 9,000 nyawa di seluruh dunia.

Kita juga telah difahamkan bahawa apa yang terjadi sekarang ini adalah dikategorikan sebagai pandemik yang telah diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

TETAPI APAKAH MAKSUD PANDEMIK?

Bagi memahami jelas maksud disebalik terma itu. Pandemik aalah istilah yang merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skala yang lebih besar dan ianya adalah wabak yang telah tersebar menyeluruh hingga ke satu dunia.

Pada peringkat awal penularan sesebuah wabak sebelum diklasifikasikan sebagai pendemik, ianya beradi dalam klasifikasi epidemik yang merebak secara tular dan meluas dan tidak dapat dikala sehingga mengancam dan membunuh ramai orang dalam kadar masa yang singkat. Jika sesuatu wabak itu menyerang satu negara dalam keadaan berperingkat tetapi dalam keadaan yang terkawal ianya diklasifikasikan sebagai endemik.

Pada ketika ini, satu satunya wabak pendemik yang masih lagi berlarutan adalah wabak penyakit HIV/AIDS. Munurut pakar kajian mendapati bahawa pada tahun 2025, penyakit ini diramalkan boleh mengorbankan sehingga seratus juta nyawa.

Kali ini kami di Thelaki ingin berkongsikan dengan korang 3 wabak pendemik yang pernah mengegarkan satu dunia dalam sejarah wabak dan penyakit.

CHOLERA

Pada awal abad ke-19, wabak yang dikenali sebagai Cholera ini berjaya merebak di seluruh kota England, United Kingdom dengan membunuh puluhan ribu orang. Ada teori saintifik berpendapat bahawa penyakit Cholera ini tersebar menerusi udara kotor yang dikenali sebagai “Miasma” namun seorang doktor British yang bernama John Snow menduga bahawa penyakit misterius ini adalah disebabkan daripada air minuman di kota London apabila penyakit ini membunuh mangsa dalam beberapa hari simptom penyakit tersebut dikenal pasti.

SMALLPOX

Smallpox adalah virus yang merebak di serata Eropah, Asia dan Arabia selama beberapa dekad dan ianya adalah ancaman yang berteruskan yang membunuh tiga daripada sepuluh orang yang dijangkiti dan ianya meninggalkan kesan parut yang digelarkan sebagai “pockmarked”.

Orang-orang asli Mexico dan Amerika Syarikat moden tidak mempunyai imuniti semula jadi terhadap wabak cacar tersebut dan wabak itu berterusan memusnahkan mereka dengan bilangan puluhan juta. Berabad-abad kemudian, cacar smallpox menjadi wabak virus pertama yang berakhir dengan vaksin.

PLAGUE OF JUSTINIAN

Tiga daripada pandemik paling dahsyat dalam sejarah yang direkodkan disebabkan oleh bakteria tunggal, Yersinia pestis, jangkitan maut yang dikenali sebagai The Plague of Justinian.

The Plague of Justinian tiba di Constantinople yang merupakan ibu kota Empayar Byzantium pada tahun 541 CE. Wabak tersebut mengorbankan rakyatkan Constantinople dan menyebaran wabak tersebut digambarkan sepertikan kebakaran di seluruh Eropah, Asia, Afrika Utara dan Arabia, ianya meragut kira-kira lebih 30 hingga 50 juta orang, berkemungkinan separuh penduduk dunia. Menurut Thomas Mcokaitis, seorang professor sejarah di Depaul University mengatakan wabak tersebut berakhir dan majoriti orang yang bertahan ketika pendemic tersebut berjaya hidup dan kebarangkalian adalah mereka bertahan oleh kerana sistem imuniti mereka.

Maka dengan ini, kita sedikit sebanyak dapat tahu apakah jenis-jenis wabak yang boleh membawa maut. Jadi disini kami di Thelaki nak ingatkan kepada korang untuk sentiasa lah menjadi kesihatan dengan membersihkan tangan dengan cara yang paling rapi sekali agar kita semua dapat hindari daripada apa saja jenis jangkitan.

KATALAKI: Semoga sama-sama kita sembuhkan dunia kita yang sedang sakit ini.

Last modified: 20 March 2020