3 Tahun Lepas, Tamatnya Riwayat Wolverine

Sembang

Pada 3 Mac 2017, filem terakhir lakonan Hugh Jackman sebagai Wolverine yang bertajuk Logan ditayangkan di seluruh dunia. Di penghujung filem tersebut, watak Logan yang juga merupakan Wolverine, mati di samping anaknya yang juga mempunyai kuasa luar biasa yang sama, Laura. Kini, genap 3 tahun kita dah tak dapat tengok watak Logan atau Wolverine lakonan Hugh Jackman kat dalam filem.

 

View this post on Instagram

 

…. Guess who won this battle. Introducing the awesomely talented Dafne Keen! @wponx @20thcenturyfox

A post shared by Hugh Jackman (@thehughjackman) on

Rasanya majoriti peminat filem X-Men memang terasa dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Hugh Jackman yang memegang watak Logan atau Wolverine sejak kemunculan pertama Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam filem X-Men yang ditayangkan pada tahun 2000. Kecemerlangan Hugh Jackman membawa watak Wolverine dalam filem X-Men melayakkan dirinya untuk menang anugerah Best Actor in a Film di malam anugerah Saturn Awards pada tahun 2001.

 

View this post on Instagram

 

3 years ago … on this day. LOGAN was released. #thankyou for the many (and I really mean MANY) years of sweat, steamed chicken and, the role of a lifetime! #xmen #wolverine #logan

A post shared by Hugh Jackman (@thehughjackman) on

Selepas kejayaan filem pertama X-Men, Hugh Jackman meneruskan lagi memegang watak Wolverine untuk 8 lagi siri filem X-Men antaranya X2 (2003), X-Men: The Last Stand (2006), X-Men Origins: Wolverine (2009), X-Men: First Class (2011), The Wolverine (2013), X-Men: Days of Future Past (2014), X-Men: Apocalypse (2016) dan yang terakhir sekali, Logan (2017). Lakonan Hugh Jackman sebagai Wolverine juga diiktiraf oleh Guinness World Record selepas mencipta rekod baru, Longest Career as a Live-Action Marvel Superhero iaitu selama 17 tahun.

Sebelum munculnya Robert Downey Jr. sebagai Iron Man dan Chris Evans sebagai Captain America, Hugh Jackman sebagai Wolverine merupakan satu-satunya superhero dan anti-superhero yang digilai ramai pada awal tahun 2000. Sebelum menangis sebab Tony Stark mati, dah pernah menangis dulu dah masa Logan mati.

Hugh Jackman merupakan manusia pertama yang berlakon memegang watak Logan atau Wolverine kat dalam filem sehingga kini. Wolverine dah terlalu sinonim dengan Hugh Jackman. Kalau kita tengok Wolverine yang versi komik pun memang ada seakan-akan dan memang sesuai dilakonkan oleh Hugh Jackman kat dalam filem. Tapi, Wolverine yang sebenar sepatutnya lebih pendek daripada ketinggian Hugh Jackman. Wolverine yang asal versi komik memiliki ketinggian 160cm, tinggi Hugh Jackman 190cm.

X-Men zaman Hugh Jackman akan tamat secara rasmi apabila filem era terbaru X-Men iaitu The New Mutants akan mula ditayangkan pada 2 April 2020 nanti.

KATALAKI: Kalau lah ada pelakon lain yang pegang watak Wolverine suatu hari nanti, besar betul beban yang akan ditanggung oleh pelakon tersebut.

Last modified: 4 March 2020