3 Tips Untuk Cantikkan Instagram Story Korang

Gadget, Tech

Instagram Story merupakan salah satu cara untuk engaging dengan followers korang dekat Instagram. Feature yang diperkenalkan pada tahun 2016 ini mula mendapat sambutan dan kemudiannya feature ini mula diletakan di aplikasi lain seperti Facebook dan juga Whatsapp.

Dengan Instagram Story, korang boleh post gambar atau video pendek yang hanya berdurasi selama 15 saat dan kemudiannya akan lenyap daripada feed followers korang selepas 24 jam. Banyak Instafemes dan brandbrand yang menggunakan feature ini bagi menarik lebih ramai follower dorang untuk berinteraksi dan membawa lebih ramai followers baru.

Terdapat pelbagai aplikasi yang korang boleh gunakan bagi mencantikkan lagi Instagram Story korang dan membuatkan ianya nampak lain daripada yang lain. So selain feature editing yang yang telah disediakan oleh Instagram sendiri, hari ini aku nak share dengan korang beberapa aplikasi yang korang boleh gunakan untuk bagi Instagram Story korang lagi awesome daripada member-member korang!

UNFOLD

Aplikasi Unfold ini memang selalu aku guna kalau aku nak bagi Instagram Story aku nampak kemas sikit. Unfold ini mempunyai beberapa feature yang perlu dibayar tapi aku selalu guna feature dia yang free saja sebab yang percuma pun bagi aku dah cukup dah.

Untuk aplikasi Unfold ini, korang tak perlu untuk daftar akaun atau log in. Just download sahaja dan korang boleh gunakan terus aplikasi ini. Antara feature yang terdapat dalam aplikasi ini adalah 25 free templates & lebih 60 premium template, lebih daripada lima font yang korang boleh gunakan dan juga aplikasi ini juga support image dan juga video. Korang boleh download aplikasi ini dekat Play Store dan App Store.

HYPETEXT

Hypetext merupakan satu aplikasi untuk membuatkan text yang korang letak dekat Instagram Story korang jadi animated. Aplikasi ini sangat berguna kalau korang nak grab perhatian followers korang dengan animated font yang bergerak-gerak.

Terdapat beberapa feature percuma yang korang boleh cuba dan juga feature yang perlu dibayar kalau korang nak guna. Tapi kalau korang tak nak keluarkan duit, terdapat satu cara untuk korang dapatkan 30 hari free trials iaitu dengan berikan review tentang aplikasi ini di Play Store atau pun App Store. Aplikasi ini boleh di download untuk peranti Android dan juga IOS.

INSHOT

InShot merupakan satu aplikasi video dan photo editor yang paling popular dan digunakan oleh ramai orang. Ianya juga merupakan salah satu aplikasi yang terbaik untuk mencantikkan lagi Instagram Story korang.

Aplikasi ini membolehkan korang untuk trim, cut, split, crop dan gabungkan video dan gambar yang korang pilih. Terdapat beberapa video background, filters dan effect yang korang boleh pilih. Boleh dikatakan aplikasi InShot ini merupakan aplikasi yang lengkap dan wajib ada dalam smartphone korang. Kalau korang nak try, korang boleh download dekat Play Store ataupun dekat App Store.

Ada banyak lagi aplikasi yang korang boleh cuba untuk cantikkan Instagram Story korang tapi bagi aku, tiga aplikasi ini adalah aplikasi yang paling senang nak guna dan paling bagus kualiti dia. So tunggu apa lagi, download aplikasi dekat atas ini cepat dan spam Instragram Story korang banyak-banyak hahaha!

KATALAKI: Sambil-sambil upload Instagram Story tu, jangan lupa follow Instagram TheLaki ye hehehe.

Last modified: 18 April 2019