Cara Mudah Pakai Baju Nampak Sado!

Life x Tips, Sembang

Mesti korang search macam mana dengan beberapa cara memakai pakaian boleh membuatkan fizikal korang nampak berbeza. Perut boyot? korang boleh sorok dengan memilih warna yang betul untuk mencipta ilusi yang menampakan korang fit.

Nakkan lagi trik? jangan risau hari ini kitorang akan share dengan korang 3 cara mudah pemakaian yang boleh membuatkan korang nampak sado bro!

  1. LENGAN BAJU

Untuk menampakan korang nampak sado, pilih t-shirt yang berlengan pendek dan ketat. Ini akan membuatkan lengan korang nampak lebih besar dan berotot. Lagi satu cara, selalulah rajin lipat bahagian sleeve t-shirt korang.

Pastikan lengan baju korang berada dipermulaan lengan bagi menampakan tricep korang. Lagi tinggi dan ketat lengan lagi bagus!

  1. SAIZ T-SHIRT

Cuba cari t-shirt yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Cari t-shirt yang cuma ketat dibahagian dada, bahu dan lengan dan agak longgar dibahagian badan.

Kalau korang jenis kurus kering, elakkan memakai t-shirt yang terlalu ketat sebab ianya cuma akan membuatkan korang nampak lagi macam batang lidi.

  1. WARNA BAJU

Pemilihan warna baju juga memainkan peranan besar. Warna yang terang akan membuatkan badan korang nampak lebih besar dan warna yang gelap akan membuatkan badan korang lebih fit.

Kalau korang berbadan besar, elakkan memilih pakaian berwarna putih, biru muda dan warna-warna yang light. Banyak baju-baju yang berwarna hitam dan kelabu untuk memberikan ilusi yang badan korang nampak lebih kecil.

KATALAKI: Nakkan effect yang lebih bagus kene keep exercise bro. Baru puas hati. 

Last modified: 29 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *