3 Watak Jahat Marvel Kemungkinan Bakal Dibawa Christian Bale

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak dua menjak ini spekulasi demi spekulasi telah kita dengarkan dengan riuh-rendah bermacam jenis khabar angin tentang perkembangan terbaharu filem solo Thor yang ke empat berjudul Thor: Love And Thunder.

Filem terbaharu Thor: Love and Thunder ini adalah sekali lagi dibawah arahan pengarah Taika Waititi dan ianya adalah filem ke-2 siri Thor dibawah arahan beliau, filem Thor: Ragnarok merupakan filem pertama hasil air tangan Taika Waititi. Untuk filem siri terbaharu Thor: Love and Thunder ini pula, terdapat banyak spekulasi liar yang mengatakan tentang pengelibatan aktor terkenal Christian Bale yang sudah bersetuju untuk menyertai filem terbaharu Thor ini.

Namun jawapan yang kukuh sudah pun diketahui umum apabila Tessa Thompson atau lebih dikenali sebagai wataknya King Valkyrie mengesahkan pengelibatan aktor Christian Bale untuk filem Thor yang akan datang ini.

Apabila ditemuramah oleh E! News, Tessa Thompson memberitahu Christian Bale akan turut serta bersama barisan pelakon yang lain dalam filem terbaharu Thor: Love and Thunder, dimana Christian Bale akan memegang watak villain terbaharu dalam siri filem Thor kali ini. Namun Tessa Thompson tidak mendedahkan dengan jelas watak yang akan dipegang oleh Christian Bale.

Di dalam fracais ke empat siri Thor ini nanti, pengarah Taika Waititi akan menampilkan pelakon-pelakon yang sedia ada dalam siri filem Thor seperti Chris Hemsworth sebagai Thor, Tessa Thompson sebagai King Valkyrie dan Natalie Portman yang akan mengembalikan wataknya sebagai Jane Foster yang dikhabarkan pada filem terbaharu ini nanti akan ada kelainan kerana dikhabarkan kuasa yang dimiliki oleh Thor akan berpindah kepada Jane Foster yang akan menjadi fokus utama filem terbaharu ini. Filem terbaharu Thor ini juga dikatakan berinspirasi daripada plot komik The Mighty Thor hasil karya Jason Aaron dan Russell Dauterman.

Kita semua sudah ketahui dimana kuasa Thor akan dimiliki oleh Jane Foster, pemimpin terbaharu Asgard adalah King Valkyrie manakala Thor Odinson pula dalam misi mengembara di alam semesta bersama geng-geng Guardians of the Galaxy.

Jadi, watak apakah yang bakal dipegang oleh Christian Bale yang dikatakan akan memegang watak sebagai villain terbaharu filem Thor ni. Mari kita usha 3 peranan yang berkemungkinan besar yang akan dibawakan oleh Christian Bale. Watak-watak dibawah ini hanyalah spekulasi daripada Thelaki sahaja tau, kalau tekaan kitorang betul, korang kena belanja teh ais okay?

BETA RAY BILL

Dalam watak-watak untuk filem Thor, ramai peminat yang menginginkan Marvel untuk merealisasikan mahkluk asing super-soldier daripada bangsa Korbinite ini. Beta Ray Bill ini juga adalah superhero pertama yang bukan daripada kalangan dewa yang membuktikan beliau layak untuk mengangkat Mjolnir, walaupun hakikatnya Thor dan Beta Ray Bill bermusuhan namun terdapat juga beberapa isu dimana Thor dan Beta Ray Bill bersekutu dan menjadi kawan.

Sama seperti Thor, Beta Ray Bill juga diberikan oleh Odin senjata hammer yang digelarkan sebagai Stormbreaker, ianya juga mempunyai kuasa seperti Mjolnir. Pada asalnya watak Bill sepatutnya dimaksudkan ke dalam filem Thor: Ragnarok namun watak tersebut terpaksa dikeluarkan disebabkan kesuntukkan masa, penerbit Disney Kevin Feige berharap watak tersebut tentunya dapat direalisasikan buat peminat siri Thor.

Kemungkinan juga watak Beta Ray Bill ini akan muncul dalam filem ke empat siri Thor, tetapi kemungkinan besar juga ianya tidak akan dibawakan oleh Christian Bale sebab sekiranya mereka ingin kemunculan Christian Bale sebagai watak Beta Ray Bill, mereka harus mengunakan teknik CGI untuk mencipta watak ini, dan Christian Bale juga akan hanya menyumbangkan suara dan tubuh badannya sahaja untuk melakonkan watak ini.

GORR, THE GOD BUTCHER

Salah satu yang boleh dikira sebagai watak villain terbaik di dalam MCU adalah Gorr, The God Butcher. Watak Gorr ini juga mempunyai kehidupan yang sangat kompleks. Gorr juga adalah musuh terakhir dalam miniseries King Thor yang menyimpulkan jalan cerita selama tujuh tahun. Gorr merupakan spesies alien daripada planet yang tidak diketahui.

Gorr juga dipercayai disumpah dan diasingkan dari bangsanya sendiri, lalu Gorr bertemu dengan dua dewa yang jatuh ketika dalam pertempuran dimana salah satu dewa itu mempunyai All-Black dan Necrosword. Mengikut jalan cerita dikatakan Gorr menetapkan misi untuk mencari semua dewa-dewa di seluruh alam semesta dan membunuh mereka kerana kepentingan diri sendiri dan kegagalan pengikut mereka. Pada asasnya watak Gorr ini merupakan pembunuh upahan untuk dewa-dewa dimana Gorr membuktikan beliau adalah musuh yang bukan biasa-biasa buat Thor yang masih dalam fasa mencari identitinya yang sebenar sebagai dewa Asgard.

Kalau di dalam komik, Gorr adalah punca yang membuatkan Thor tidak layak atau unworthy untuk mengangkat Mjolnir, ini juga yang membuatkan kuasa Thor diturunkan kepada Jane Foster. Christian Bale dikatakan juga memang sesuai untuk membawakan watak ini.

DARIO AGGER / THE MINOTAUR

Ini adalah watak yang juga sesuai untuk dilakonkan oleh Christian Bale. Watak Dario Agger ini juga dicadangkan oleh penulis komik Thor; Jason Aaron. Watak Dario Agger ini merupakan seorang CEO untuk syarikat Roxxon Energy Corporation. Yang menarik sekali, Dario Agger mempunyai kuasa untuk bertukar menjadi makhluk Minotaur, kuasa ini dimiliki ketika Dario membuat perjanjian dengan seorang Dark God.

Dario Agger ini adalah watak yang mempunyai ego yang tinggi dan pentingkan wang semata-mata. Dario Agger ini juga adalah penjahat dan musuh utama ketika Jane Foster memiliki kuasa Thor. Ramai yang berpendapat ini adalah salah satu watak jahat yang berkemungkinan besar akan dipegang oleh Christian Bale.

Tidak kisahlah watak jahat apa sekali pun yang akan dibawakan oleh Christian Bale, apa yang pasti Christian Bale pernah mengeluarkan sebuah kenyataan dimana beliau tidak akan melibatkan lakonan beliau dalam apa-apa filem superhero, cukup dengan karya beliau yang pernah memegang watak Batman arahan Christopher Nolan. Mungkin ada sesuatu yang diyakinkan oleh Taiki Waititi dan pihak Disney yang membuatkan Chrisitian Bale ingin menyertai projek filem terbaharu Thor: Love and Thunder.

KATALAKI: Serious ar tak sabar nak tengok Christian Bale jadi jahat!

Last modified: 9 March 2020