4 Apps Untuk Sekat Ketagihan Social Media

Tech, ZAP, ZeKool

Pernah tak korang mengalami situasi dimana korang rasa tak tentu arah atau resah tak tentu pasal kalau tak check telefon korang. Setiap kali buka phone mesti rasa nak check Instagram, Twitter atau Facebook mahupun TikTok. Atau pernah tak korang rasa macam dah bosan sangat bila buka platform-platform media sosial ni?

Bila buka Instagram, tengok igstory kawan-kawan atau account yang korang follow mesti rasa cepat bosan dan malas nak tengok lama-lama. Tapi korang still rasa nak buka jugak sebab tak nak ketinggalan. Ini mungkin bermaksud korang mungkin mengalami ketagihan media sosial yang agak kronik dan ketagihan ini mungkin membuatkan korang akan terus menjadi anti-social dengan keadaan dunia realiti.

Apa yang kami nak cadangkan harini adalah cara-cara untuk membendung atau membantu korang untuk mengawal ketagihan pengunaan media sosial di smartphone korang. Jangan risau, cara-cara yang kami nak cadangkan ini korang tak perlu nak deactivate atau padam account media sosial korang pun.

So jadi antara cara-cara untuk korang mengawal ketagihan pengunaan media sosial korang adalah dengan mengunakan aplikasi-aplikasi yang boleh menyekat atau senang citer, kunci apps-apps atau smartphone korang yang membuatkan korang ketagih. Jangan risau juga, ini bukan sahaja khusus untuk aplikasi media sosial sahaja, tetapi juga termasuk aplikasi seperti game-game yang membuatkan korang sentiasa ingin buka dan main smartphone.

DIGITAL DETOX (ANDROID – FREE)

Yang pertama sekali kita perkenalkan kepada korang, aplikasi Digital Detox. Seperti tertera di namanya, aplikasi Digital Detox ini membantu untuk menyekat pengunaan smartphone korang dari jangka masa yang pendek iaitu 30 minit sehingga jangka masa panjang hingga sebulan.

Apabila korang dah setting masa untuk detox, smartphone korang akan terus di locked down sehingga tamat tempoh masa yang ditetapkan. Jadi pastikan korang dah komit untuk mengunakan aplikasi Digital Detox ni sebab bila dah bermula sesi masa untuk detox, korang tak boleh langsung mengunakan smartphone korang. Satu-satunya fungsi yang korang boleh guna smartphone korang bila tengah dalam waktu detox adalah untuk membuatkan panggilan kecemasan. Satu lagi cara untuk korang guna balik smartphone korang semasa waktu detox adalah dengan factory reset.

MOMENT (IOS/ANDROID – FREEMIUM)

Tentukan pengunaan masa smartphone atau tablet dalam rutin harian. Dengan aplikasi Moment, ianya juga memberi notifikasi bila korang dah hampir over limit pengunaan smartphone yang ditetapkan. Jika korang pengunakan paid version, ianya memaksa korang untuk berhenti mengunakan smartphone dengan memberikan bunyi buzzer yang annoying.

Aplikasi ini juga dilengkapkan dengan life goal untuk pastikan korang lebihkan masa berkomunikasi di alam realiti daripada dunia didalam screen smartphone korang. “Put down your phone and get back to your life” itu kata-kata daripada pencipta aplikasi Moment, Kevon Holesh dimana aplikasi ini tercetus apabila beliau sering mengabaikan waktu bersama keluarga dan kawan-kawan.

OFFTIME (IOS/ANDROID – FREE)

Aplikasi Offtime ini juga mampu menyekat pengunaan smartphone korang namun ianya juga didatang dengan features dimana korang boleh block panggilan telefon, text dan notifications yang mungkin akan menganggu korang ketika waktu sekatan sedang dijalankan.

Yang menarik juga tentang Offtime ini adalah ianya mempunya fungsi untuk custom auto-replies yang akan memberitahu kepada mereka yang text korang bila korang akan kembali mengunakan smartphone korang. Offtime juga boleh mengehadkan akses kepada aplikasi yang paling kerap mengganggu korang.

FLIPD (IOS/ANDROID – FREE)

Selalu bila korang lepak, mesti korang akan bercakap dengan mereka-mereka yang sedang mengunakan smartphone mereka atau tak lepas langsung smartphone daripada tangan diorang kan? Okay aplikasi Flipd ini bukan sahaja boleh menyekat pengunaan smartphone korang, tetapi kalau korang install apps ini di smartphone kawan/kekasih/partner korang, korang boleh lock smartphone diorang juga. So kalau agak-agak diorang tengah tak layan bila korang tengah lepak, korang boleh la terus lock phone masing-masing. Kan senang kan?

KATALAKI: Boleh try untuk mereka yang ketagih main pubg/COD/superwar/ML…

Last modified: 4 February 2020