4 Benda Tersembunyi Dalam Trailer “Special Look” Avengers: Endgame

Sembang

Rasanya ramai yang dah tengok trailerSpecial Look” terbaru Avengers: Endgame yang dikeluarkan oleh Marvel. Kalau korang Google pun, mesti jumpa banyak teori-teori yang disampaikan oleh peminat-peminat filem Avengers.

Tapi kali ni kami siasat sendiri benda yang tersembunyi dalam trailer terbaru ni. Mungkin ada yang perasan, ada gak yang tak perasan, jom kita tengok.

1. Rambut Tony Stark Beruban (0:29)

Dalam trailer terbaru ni, buat pertama kalinya Marvel cuba tunjukkan yang teori Avengers: Endgame melibatkan time-travel mungkin betul. Dalam scene ni, Tony Stark yang nampak lebih tua dengan rambut beruban, berbeza dengan scene Tony Stark dalam trailer Avengers: Endgame yang sebelum ni.

Ada kemungkinan scene Tony Stark beruban ni menunjukkan yang Tony Stark time-travel ke filem Avengers yang pertama pada tahun 2012, The Avengers, masa Avengers tengah berperang dengan Loki kat New York.

The Avengers (2012). Image Via : screenrant.com

2. Rocket Di Lokasi Misteri (0:44)

Rasanya korang familiar tak dengan latar belakang scene Rocket ni? Disebabkan filem Avengers: Endgame ni nanti berdurasi selama 3 jam, ada kemungkinan yang Rocket pergi cari sifu kepada Doctor Strange, Ancient One. Tapi watak Ancient One ni dah mati dalam filem Doctor Strange pada tahun 2016. Rocket pun terlibat dengan time-travel selain Tony Stark?

Ancient One. Image Via : inverse.com

Kalau korang tengok betul-betul, latar belakang scene Rocket tu seakan-akan tempat latihan Doctor Strange masa tengah training dengan Ancient One. Mungkin Ancient One buat comeback dalam Avengers: Endgame untuk tolong Avengers kalahkan Thanos?

Image Via : tribality.com

3. Space Stone Masih Lagi Berfungsi (0:46)

Dalam trailer terbaru ni la Thanos buat kemunculan kali pertama dalam trailer Avengers: Endgame. Trailer sebelum ni ada tunjuk yang Infinity Gauntlet dah rosak bersama Infinity Stones lepas Thanos snap jari.

Trailer Pertama Avengers: Endgame. Image Via : Marvel Entertainment

Dalam trailer terbaru, Thanos yang dah siap berbaju perisai muncul dengan cahaya biru, yang berpunca daripada Space Stone, membolehkan Thanos teleport untuk berhadapan dengan Avengers. So, maknanya Thanos masih boleh guna Space Stones dan Infinity Stones yang lain? Macam mana Avengers nak kalahkan Thanos?

4. Thanos Terduduk Dengan Senjata Baru (0:51)

Masa penghujung trailer terbaru ni, ada scene Iron Man, Captain America dan Thor berjalan ke arah Thanos yang tengah terduduk dengan senjata baru terpacak sebelah Thanos. Tapi jap, korang rasa yang kanan sekali tu Thor ke Doctor Strange? Thor dan Doctor Strange punya cape seakan-akan sama dari belakang.

Kalau korang tertanya-tanya apa senjata baru Thanos tu, Marvel sebelum ni dah terbocor rahsia selepas mainan figura rasmi Thanos ada tunjuk Thanos dengan senjata baru.

Image Via : ign.com

KATALAKI: Tiket Avengers: Endgame dah boleh beli tu. Apa lagi tunggu.

Last modified: 16 April 2019