Kami percaya yang setiap rakyat Malaysia sentiasa bangga untuk mengaku “Saya rakyat Malaysia”. Kalau korang pernah pergi mengembara di luar negara atau korang boleh tanya kawan-kawan korang yang pernah belajar atau pun bekerja di luar negara, bila ditanya asal dari mana, dengan bangganya akan cakap “Saya berasal dari Malaysia” atau “I’m from Malaysia“. Kalau boleh nak jerit bagi semua orang dengar. Tu belum lagi dikira perasaan berkobar-kobar dan tak sabar untuk balik ke Malaysia kalau travel ke luar negara.
Sejak Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga kini, nama Malaysia dah semakin dikenali di seluruh dunia. Dah tak terkira dengan jari berapa ramai rakyat Malaysia yang berjaya membawa nama Malaysia ke serata dunia. Jadi, sempena Bulan Kemerdekaan ni, kami nak kongsikan mengenai 4 benda yang kita patut bangga sebagai rakyat Malaysia.
Legenda Badminton Negara
View this post on Instagram
Tak perlu dipersoalkan lagi kehebatan Datuk Lee Chong Wei di mata dunia dalam arena sukan Badminton. Pernah mempertahankan gelaran pemain Badminton nombor 1 di dunia selama 349 minggu, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya daripada sukan Badminton pada 13 Jun 2019.
I’m sorry that I couldn’t make it to Tokyo this time around. And I’m sorry I didn’t deliver an Olympic gold. But I know I’ve no regrets as I’ve tried my best. My very best. Thank you very much to all of you. Lee Chong Wei signing out.https://t.co/V0K5GSVLh4 pic.twitter.com/Sfz0eBwOTm
— Dato’ Lee Chong Wei (@LeeChongWei) June 13, 2019
Satu dunia melaporkan berita mengenai persaraan legenda Badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan persaraan Datuk Lee Chong Wei tentu sekali memberi impak kepada peminat sukan Badminton yang berada di seluruh dunia.
Former badminton world number one Lee Chong Wei has retired after struggling to return to full fitness following cancer treatment https://t.co/rSJvxRDYtl pic.twitter.com/SEJxWwfkQz
— BBC Sport (@BBCSport) June 13, 2019
Malaysia’s 36-year-old badminton player Lee Chong Wei has retired after his battle with nose cancer since last year. Lee won three Olympic silver medals, three world championship silver medals, and 46 world superseries titles over a 19-year career. @LeeChongWei pic.twitter.com/lvj4Uwz554
— Yicai Global 第一财经 (@yicaichina) June 13, 2019
Pelakon Malaysia Di Hollywood
View this post on Instagram
Selain daripada Tan Sri Michelle Yeoh yang pernah membawa nama Malaysia di pentas Hollywood sehingga kini, yang terbaru, seorang lagi pelakon yang lahir di Malaysia iaitu Henry Golding sekali lagi berjaya membuktikan rakyat Malaysia mampu bergelar pelakon bertaraf antarabangsa selepas lakonannya dalam filem Crazy Rich Asians.
View this post on Instagram
Buat masa ni, Henry Golding dah pernah bergandingan dengan pelakon popular Hollywood antaranya Anna Kendricks, Blake Lively, Emilia Clarke, Tan Sri Michelle Yeoh, Colin Farrel, Hugh Grant dan Matthew McConaughey. Yang terbaru, Henry Golding dikatakan akan berlakon dalam filem spin-off G.I Joe.
Paramount has found its ninja warrior in #CrazyRichAsians breakout @henrygolding https://t.co/EIzihihtkM
— Hollywood Reporter (@THR) August 18, 2019
Filem terbaru lakonan Henry Golding bersama Blake Lively, Emilia Clarke dan Tan Sri Michelle Yeoh yang bertajuk Last Christmas akan ditayangkan di Malaysia pada November 2019 nanti. Hmmm, bestnya dapat berlakon dengan Blake Lively.
Malaysia represent! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Can’t wait to see @henrygolding & Michelle Yeoh in #LastChristmasMovie coming to GSC this 14 November! pic.twitter.com/sqKMG7MARc— GSC (@GSCinemas) August 19, 2019
.@emiliaclarke and @henrygolding star in #LastChristmasMovie. 🎄❤️✨ Watch the new trailer now. pic.twitter.com/oyoBjNSPmS
— Last Christmas (@lastchristmas) August 14, 2019
Satu-Satunya Rakyat Malaysia Yang Pernah Muncul Di Billboard New York
Pada 13 Julai 2019, buat kali kedua Yuna terpampang kat papan iklan di New York sempena pelancaran album terbaru yang bertajuk “Rouge”.
From KL to the world❤️
My new album #yunarouge is out today! Thanks @Spotify this is freakin awesome! #TimesSquare pic.twitter.com/VVGzM5LEtl— Yuna Zarai (@yunamusic) July 12, 2019
Kali pertama Yuna muncul di papan iklan yang terletak di New York, Amerika Syarikat ialah pada November 2016. Setakat ni Yuna dah berjaya terbitkan 4 album antarabangsa yang dipasarkan kat Amerika Syarikat dan seluruh dunia pada tahun 2012, 2013, 2016 dan 2019.
Your Kedah-born girl just went up on the @NASDAQ billboard in Times Square New York today. pic.twitter.com/cLeRVkng0R
— Yuna Zarai (@yunamusic) November 23, 2016
Rekod Viking Clap Terbesar Yang Pernah Dicatat
Perlawanan akhir Piala FA 2019 antara Kedah dan Perak pada 28 Julai 2019, bukan je berjaya mencatat rekod baru tapi turut menjadi bahan berita di seluruh dunia. Walaupun Viking Clap bukan berasal dari Malaysia, tapi kita berjaya membuktikan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia untuk menghasilkan tepukan yang menggegarkan dunia media sosial seluruh dunia dan sudah pasti menggegarkan juga Stadium Nasional Bukit Jalil.
Record-breaking ‘Viking Clap’ in Malaysia sees 83,520 fans take part pic.twitter.com/GlKmZ3dCsU
— Guardian sport (@guardian_sport) July 28, 2019
Here’s what 83,520 fans joining in a mass ‘Viking Clap’ looks like 😳 pic.twitter.com/M9KFQt4esO
— ESPN FC (@ESPNFC) July 28, 2019
8️⃣3️⃣k fans make the most epic viking clap ever in the Malaysian FA Cup final 😱 👏
🎥 @MFL_MY pic.twitter.com/PHKB0MwAqB
— 433 (@official433) July 29, 2019
Record-breaking ‘Viking Clap’ in Malaysia sees 80,000 fans take part – video https://t.co/J0VHqTVX9M
— The Guardian (@guardian) July 28, 2019
KATALAKI: Ada banyak lagi rakyat Malaysia dan peristiwa di Malaysia yang berjaya mencuri perhatian seluruh dunia. Siapa dan peristiwa mana yang ada dalam fikiran korang?