4 Benda Wajib Perlu Tahu Sebelum Layan Ultraman Netflix!

Sembang

Korang tahu tak yang dekat Netflix sekarang ada siri animasi Ultraman yang terbaru? Tapi Ultraman ini berbeza sedikit dengan Ultraman yang kita pernah tengok masa kita kecik-kecik dulu bro!

Siri Ultraman ini menceritakan tentang orang pertama yang menjadi Ultraman iaitu Shin Hayata dan anaknya Shinjiro Hayata. Selepas memastikan bumi telah selamat daripada serangan-serangan raksasa, The Giant of Light (Ultraman) telah kembali ke planet dia balik dan memadam ingatan Shin Hayata yang dia pernah bergabung dengan The Giant of Light satu ketika dahulu untuk menjadi Ultraman.

via GIPHY

10 tahun selepas itu, Shin Hayata telah dilantik menjadi menteri pertahanan. Dia kini mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Shinjiro Hayata. Shinjiro mendapati anak dia tidak seperti manusia lain. Contohnya dia mampu untuk melompat lebih tinggi daripada manusia biasa dan mempunyai kekuatan lebih daripada manusia biasa.

Satu hari, Shinjiro telah diserang oleh satu cyborg yang menamakan dirinya Bemular, The First Enemy. Semasa sedang diserang oleh Bemular, Shinjiro telah diselamatkan oleh ayahnya dan ketika itu baru Shinjiro dapat tahu yang ayahnya merupakan Ultraman sebenar.

via GIPHY

Ok cukup aku bagi intro dia setakat situ. Nak tahu lebih korang kena layanlah siri dia dekat Netflix. Tapi sebelum korang nak layan, aku nak share dengan korang empat benda yang korang perlu tahu tentang siri Netflix Ultraman ni.

ATTACK ON TITAN?

via GIPHY

Syarikat production yang bertanggungjawab dalam membawa siri anime Ultraman ini ke Netflix adalah Tsuburaya Production (Production I.G) yang mana syarikat yang sama yang membuat anime Attack on Titan dan Ghost in the Shell. So kalau korang ada terasa macam “ok ke tak anime Ultraman ni?” korang tak perlu risau dah sebab bukan calang-calang production yang berada dibelakang Netflix Ultraman ni!

SEQUEL ATAU REBOOT?

via GIPHY

Siri anime Netflix Ultraman ini sebenarnya diadaptasi daripada Manga yang mempunyai nama yang sama iaitu Ultraman. Manga ini telah dikeluarkan pada tahun 2011 yang ditulis oleh Eiichi Shimizu dan dilukis oleh Tomohiro Shimoguchi. Ianya merupakan sequel kepada siri live action tv Ultraman yang mula disiarkan pada tahun 1966. So siri anime Netflix Ultraman ini bukanlah Reboot ye bro!

IRON MAN KE ULTRAMAN?

via GIPHY

Kalau korang ada tengok trailer Ultraman ini, mesti korang rasa macam pelik dengan rupa Ultraman dia kan? Mesti korang pelik kenapa rupa dia macam Iron Man, betul tak? Well untuk pengetahuan korang, Ultraman ini bukan macam Ultraman dulu-dulu yang bentuk badan dia lagi besar daripada KLCC! Netflix Ultraman ini mempunyai ketinggian seperti manusia biasa sahaja dan Ultraman ini mempunyai suit robotic dorang sendiri. Sebab itulah kalau korang tengok rupa dia lebih kurang macam Iron Man!

ULTRAMAN TRIO!

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, dalam siri ini bukan akan ada satu sahaja Ultraman, tapi akan ada tiga Ultraman yang akan muncul dalam dalam siri ini bersama-sama suit robotic dorang. Ultraman yang pertama yang korang tahu adalah Shinjiro. Yang kedua adalah Dan Moroboshi yang akan mengenakan suit robotic seakan-akan Ultraseven dan seorang lagi adalah Seiji Hokuto yang mempunyai suit robotic yang lebih kurang macam Ultraman Ace!

via GIPHY

Aku dah tengok sampai habis dia punyai first season dan boleh dikatakan siri Netflix Ultraman ini agak menarik juga. Cuma terdapat beberapa kekurangan daripada segi enemy dan jalan cerita dia yang kadang-kadang agak meleret but overall aku boleh bagi siri anime Netflix Ultraman ini 8/10!

KATALAKI: Harap dorang akan sambung untuk season kedua!

Last modified: 24 April 2019