4 Fighter Wakili Malaysia One: Destiny Champions!

Aktif

Pada 7 Disember 2018, akan berlangsung perlawanan Mixed Martial Arts (MMA) yang menampilkan fighter dari Malaysia yang akan berentap dengan fighter-fighter hebat dari luar negara.

One: Destiny Champions merupakan fighting event yang menampilkan fighter dari pelbagai negara seperti Malaysia, Thailand, Kyrgyzstan, China, Greece dan lain-lain yang dianjurkan oleh ONE Championship.

Main show untuk One: Destiny Champions adalah di antara juara dunia Yodsanklai IWE Fairtex dari Thailand yang akan bertemu dengan fighter dari Australia iaitu Luis Regis dalam perlawanan Super Series Muay Thai Featherweight.

Agilan “Alligator” Thani dari Malaysia pula akan berdepan dengan fighter dari Kyrgyzstan iaitu Kiamrian Abbasov dalam acara Welterweight.

Agilan Thani yang juga merupakan bekas juara ONE Walterweight berkata yang fight kali ini agak mencabar baginya kerana dia akan berdepan dengan Kiamrian yang baginya merupakan fighter yang mempunyai gerakan yang agak unik. Agilan berkata yang dia akan pastikan dia memberikan persembahan terbaik dan memastikan kemenangan di pihaknya.

Seorang lagi fighter Malaysia yang bakal berentap adalah Jihin “Shadow Cat” Radzuan yang akan bertemu dengan Jenny Huang, fighter dari Taipei dalam acara Atomweight.

Jihin merupakan bekas juara dunia wushu dan telah mengenali martial art sejak dari umur 6 tahun ini berkata yang dia berbangga dapat mewakili Malaysia dalam acara ini. Walaupun pesaingnya merupakan former World Tittle challenger, Jihin akan memastikan perlawanannya malam itu akan menjadi perlawanan yang tidak akan dilupakan oleh penonton.

Antara fighter Malaysia lain yang akan berentap adalah Gianni Subba yang akan bertemu Ma Hao Bin dari China dalam acara Flyweight dan juga Mohammed Bin Mahmoud yang akan bertemu dengan Stergos Mikkios dari Greece dalam acara Super Series Muay Thai – Bamtamweight.

One: Destiny Champions akan berlangsung pada 7 Dec 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil. Untuk mengetahui tentang pembelian tiket dan maklumat lanjut, Korang boleh check website rasmi dorang dekat SINI.

KATALAKI: Terus terang cakap, aku nak tengok fight antara Jihin dengan Jenny je hehe

Last modified: 30 November 2018