4 Game PS4 Yang Ditunggu-Tunggu Pada Tahun 2020

Game, Tech

Walaupun berita permainan video terbaru, PlayStation 5 dah diumumkan secara rasmi oleh PlayStation sendiri, akan mula dipasarkan pada tahun 2020, korang jangan cepat sangat nak jual PlayStation 4 yang korang ada sekarang ni sebab ada banyak lagi game yang gempak-gempak akan muncul pada tahun 2020 nanti. Serius.

Pada 3 Disember 2019 hari tu, genap 25 tahun kewujudan PlayStation kat dunia ni sejak tahun 1994. Jepun merupakan negara pertama yang dapat guna PlayStation sebelum mula dipasarkan ke seluruh dunia. Dah memang sepatutnya lah Jepun merasa dulu teknologi PlayStation sebab PlayStation memang dicipta di Jepun. Korang dapat tak merasa main PlayStation yang pertama dulu? Gran Turismo merupakan game paling popular masa zaman PlayStation yang pertama.

Pada tahun 2013, PlayStation 4 mula dipasarkan dan sehingga kini dah mencecah lebih 100 juta unit dijual ke seluruh dunia sejak kali pertama diperkenalkan kepada orang ramai. Kebanyakan gamer memang dah tak sabar nak tunggu game terbaru tahun 2020 yang dijangka akan lebih moden dan kreatif memandangkan dah masuk tahun 2020 kan. Jadi, mari kita tengok game terbaru yang dijangka akan mula dipasarkan pada tahun 2020 nanti.

The Last of Us Part II

Sequel kepada The Last of Us yang dipasarkan pada tahun 2013, The Last of Us Part II akan membolehkan pemain mengawal watak utama iaitu Ellie yang dah semakin dewasa dan matang untuk menghadapi situasi selepas apa yang berlaku dalam The Last of Us. The Last of Us Part II dijangka akan mula dipasarkan pada 29 May 2019.

CYBERPUNK 2077

Game yang ditunggu-tunggu tahun 2020. Bukan sebab ada Keanu Reeves je, tapi sebab Cyberpunk 2077 dicipta oleh pihak produksi sama yang pernah menghasilkan game The Witcher iaitu CD Projekt yang berpangkalan di Poland.

 

View this post on Instagram

 

Get ready.⠀ ⠀ We have a city to burn. #Cyberpunk2077 #cyberpunk #CP2077 #2077 #E3 #e32019 #cdpr #cdpred #cdprojektred #gamedev #gaming #getready #videogames #xbox #playstation #PC #game #games #trailer #keanureeves

A post shared by Cyberpunk 2077 (@cyberpunkgame) on

Cyberpunk 2077 akan menggunakan konsep permainan Open World, lebih kurang macam GTA, Watch Dogs, The Witcher dan sebagainya, pemain akan mengawal watak utama yang diberi nama sebagai V. Cyberpunk 2077 dijangka akan mula dipasarkan pada 16 April 2020.

WATCH DOGS LEGION

Sambungan kepada Watch Dogs 2 yang dipasarkan pada tahun 2016, Watch Dogs Legion akan menggunakan cara permainan yang berbeza daripada siri permainan video Watch Dogs yang sebelum iaitu pemain tak ditetapkan untuk mengawal hanya satu watak. Ada beberapa watak yang boleh dikawal oleh pemain untuk menjalankan misi tertentu.

Watch Dogs Legion pada awalnya dijangka akan mula dipasarkan pada 6 Mac 2020. Malang sekali, terpaksa ditangguh atas sebab tertentu. Tapi masih lagi dijangka akan dipasarkan pada tahun 2020. Mungkin game ni akan keluar untuk Playstation 5 je? Kita tunggu je lah berita terbaru pasal Watch Dogs Legion yang akan diumumkan nanti.

MARVEL’S AVENGERS

Selepas game Marvel’s Spider-Man dipasarkan pada tahun 2018, kita akan dijamukan dengan game terbaru Marvel’s Avengers yang dijangka akan mula dipasarkan pada 15 Mei 2020. Tapi untuk game Marvel’s Avengers kali ni dicipta oleh pihak produksi yang berbeza dengan Marvel’s Spider-Man.

Marvel’s Avengers dimeriahkan lagi dengan watak-watak yang memang dah dikenali ramai antaranya Captain America, Iron Man, Hulk, Black Widow, Thor, Hank Pym, Hawkeye dan Ms. Marvel yang boleh dikawal oleh pemain.

KATALAKI: Ada banyak lagi game yang boek-boek sebenarnya tapi tarikh bila akan dipasarkan belum lagi confirm.

Last modified: 5 December 2019