4 Ikan Rare Yang Terbesar (dan kecil) Dalam River Monsters!

Collab

SuperDeals

Salah satu rancangan yang paling top dan disukai ramai yang disiarkan di channel Animal Planet, tentunya lah rancangan River Monsters, rancangan yang dihost oleh Jeremy Wade, seorang biologist yang juga dikenali dengan gayanya yang sukakan aktiviti-aktiviti memancing yang lasak.

Dalam River Monsters ni, Jeremy Wade, merantau ke serata pelusuk dunia dalam misi mencari ikan-ikan mahupun makhluk air tawar yang ganas berdasarkan daripada kisah-kisah daripada mangsa dan juga saksi di tempat yang mempunyai kisah disebalik air tawar tersebut. Selain mencari lokasi air tawar yang mempunyai ikan-ikan yang lebih besar dan ganas, Jeremy juga akan cuba sedaya upaya untuk menangkap dan membuktikan kewujudan ikan-ikan besar ini sebelum melepaskannya kembali ke habitat asal.

Sejak season pertama disiarkan pada tahun 2009, tujuaan Jeremy dan team rancangan River Monsters ini adalah untuk membuktikan kepada para penduduk dan penonton tentang apakah yang haiwan yang terdapat di dalam air tawar tersebut yang menyerang manusia, selain untuk menyelamatkan haiwan-haiwan air tawar ini daripada kepupusan.

Walaupun rancangan River Monsters sudah pun berakhir pada season ke sepuluh pada tahun 2017, River Monsters adalah salah sebuah rancangan yang ditontoni ramai dan rancangan yang paling berjaya dalam sejarah siaran Animal Planet.

Bersama dengan host, Jeremy Wade yang dikenali sebagai seorang yang sangat fearless, menaiki boat, kereta serta pesawat ringan mencari ikan-ikan dan makhluk liar di dalam air tawar yang dikatakan besar dan mahupun bahaya. Kali ni, kita nak recap antara ikan-ikan terbesar dan rare yang nerjaya ditangkap oleh Jeremy Wade.

QUEENSLAND GROUPER

Untuk mereka yang dah biasa tengok siri tangkapan Jeremy Wade ni dalam RIver Monsters, tentunya sudah tahu yang selalunya tangkapan yang terbesar dalam River Monsters berlaku tanpa sengaja. Sama juga dengan Ikan Grouper ni.

Apabila dalam misinya untuk mencari Bull Sharks di Brisbane Australia, Jeremy berjaya menangkap ikan gergasi yang dikenali sebagai Queensland Grouper. Yang menariknya, ikan Grouper ini mampu menukar jantina daripada betina ke jantan. Ini adalah untuk membenarkan ikan Grouper betina yang terbesar dan paling dominan dalam kumpulan untuk menjadi jantan.

IKAN PARI GERGASI

Kita selalu nampak ikan pari kecik-kecik comel-comel je kan? Yang Jeremy berjaya tangkap pula adalah ikan pari paling besar yang pernah ditangkapnya. Ketika dalam expedisi Parana River bertempat di Argentina, Jeremy mengambil masa lebih kurang empat jam untuk menangkap ikan pari gergasi ini dengan berat yang dianggarkan sebanyak 127 kilogram.

GOLIATH TIGERFISH

Goliath Tigerfish atau dikenali juga sebagai The Congo Tigerfish berjaya ditangkap oleh Jeremy dan crew River Monsters. Ikan ni dikatakan mempunyai kaitan dengan ikan spesises Piranha disebabkan gigi-giginya yang tajam dan ganas. Menurut Jeremy, ikan Goliath Tigerfish ini mempunyai size gigi yang sama seperti Great White Shark.

LAMPREY

Dalam banyak-banyak hasil tangkapan Jeremy, ini pula ikan yang dikatakan yang mungkin paling kecil pernah dirakam dalam River Monsters. Ikan ini yang berjaya ditangkap di Lake Champlain antara New York dan Vermont, Amerika Syarikat. Ikan ini mempunyai kuasa sedutan yang sangat kuat dimana Jeremy tidak melepaskan peluang untuk mencuba sedutan dan gigitan daripada ikan Lamprey ini. Jeremy berkata yang lidah ikan Lamprey ini juga mempunyai gigi.

Kalau korang jenis yang suka tengok kehidupan liar, terutama sekali ikan-ikan dan banyak lagi haiwan-haiwan bersisik dan insang. Kami recommend korang try lepak jalan-jalan di Aquaria KLCC, kat situ korang boleh usha ikan-ikan dan macam-macam lagi haiwan dalam aquarium, boleh tengok depan mata. Kalau nak lagi jimat, korang boleh dapatkan tiket masuk ke Aquaria KLCC dengan harga serendah RM35 je! Ya, tapi korang kena beli menerusi SuperDeals. Nak beli? beli dekat page SuperDeals DISINI.

KATALAKI: Boleh lah bawa GF dating jalan-jalan tengok ikan heee…

SuperDeals

Last modified: 13 November 2019