4 Langkah Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Collab, Life x Tips, Sembang

Kalau nak ikutkan, berniaga atau perniagaan ini merupakan sesuatu perbuatan yang mudah, kerana ianya hanya melibatkan penjual dan pembeli. Tetapi perniagan juga melibatkan cabaran serta risiko yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Zaman sekarang dengan adanya kemudahan media sosial, ianya menjadi medium pengantaraan yang mudah dan mesra buat peniaga dan pembeli. Tak lupa juga platform-platform lain seperti Mudah.my, Carousel, Lazada, Shopee yang membantu peniaga untuk mencapai bisnes jualan mencapai sehingga 5 angka setiap bulan.

Khas untuk mereka yang berhasrat ingin memulakan perniagaan, kami di Thelaki nak share 4 tips dan langkah untuk anda menjadi seorang usahawan yang berjaya. Harap-harap dengan perkongsian ini, ianya dapat sedikit sebanyak membantu dalam perniagaan atau perusahan anda.

1. ENTREPRENEUR

Entrepreneur (disebut: ahn-truh-pruh-nurz) atau dikenali sebagai usahawan, bermaksud seorang yang mengurus mana-mana perusahaan, terutama sekali dalam perniagaan dengan inisiatif dan berisiko tinggi. Tetapi menurut pakar motifasi, Simon Sinek, “Entrepreneur is somebody who finds better way of doing something”. Ramai yang beranggapan yang seorang entrepreneur adalah seorang yang menguruskan bisnes mereka sendiri tanpa mengira waktu. Ya ini benar, tetapi apa yang disampaikan oleh Simon Sinek juga adalah spot on.

Seorang entrepreneur bukan sahaja menguruskan perniagaan mereka secara on the go, kadang-kadang mereka juga harus melakukan tugas tanpa mengira waktu mahupun pangkat mereka juga. As long as they get the work done, dan jika ada permasalahan yang berlaku dalam perniagaan mereka, mereka juga adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Untuk menjadi seorang entrepreneur yang berjaya, kita kenalah sentiasa bersedia untuk bertindak dan cari solusi yang terbaik dalam perniagaan.

 

View this post on Instagram

 

Came early for a flight so helped out crew by vacuuming. @lim.benjie filmed hahaha. Good exercise. Use @Electrolux.

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

2. ILMU & SELALU POSITIF

Ilmu dan selalu mengamalkan sikap serta pandangan yang positif adalah antara rahsia untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Jadi, sebelum mengorak langkah untuk terjun dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Pertama sekali, kena tahu dulu kekuatan yang dimiliki, bila dah tahu kekuatan yang ada, baru kita menuntut ilmu dalam bidang bisnes yang berkaitan. Tanpa ilmu yang cukup, kita mungkin akan senang terpesong dalam bisnes yang kita lakukan.

Selain mempunyai ilmu pengetahuan tentang bisnes yang ingin diceburi, selalu juga berfikiran secara terbuka dan positif. Sesebuah perniagaan tidak akan berjaya dalam masa satu malam, jadi jangan mudah down bila apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Maka selalulah bersikap open dan cari jalan penyelesaian secara positif. Dengan adanya ilmu dan fikiran yang positif, kita mampu menguasai untuk menjadi seorang usahawan yang bermisi.

3. CONNECTION & RELATIONSHIP

Dalam perniagaan, it is a must to build connection & relationship. Maka salah satu langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah sentiasa ada connection dan hubungan yang kuat. Tak perlu mengirakan sesiapa saja, sentiasalah bersikap sopan dan santun dengan sesiapa saja yang kita kenal, dengan adanya sikap sebegini ianya mampu bergandakan lagi list kenalan kita. Dengan adanya connection yang kuat, kita boleh majukan lagi business yang kita ceburi.

Customer is alway right.” ini adalah kata-kata yang penting bila kita membuat sesuatu perniagaan. Jadi selalulah jaga hubungan yang sihat dengan customer dalam perniagaan atau service yang kita jalankan. Zaman sekarang ini juga, kita boleh dapatkan customer daripada perbagai cara sekalipun, terutama sekali dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram mahupun Youtube.

4. MINGGU USAHAWAN NASIONAL 2019

Salah satu langkah yang terbaik untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah untuk turut sertai program-program pembangunan usahawan antaranya seperti program Minggu Usahawan Nasional 2019. Program-program seperti ini dapat membantu perusahaan dan perniagaan kita kerana program ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) untuk mengabungkan pelbagai aktiviti dan program keusahawanan buat kementerian, agensi serta pihak swasta.

Minggu Usahawan Nasional 2019 ini juga merupakan platform untuk keusahawanan secara menyeluruh. Ianya juga adalah salah satu medium hebahan mengenai inisiatif kerajaan berkaitan ekosistem keusahawanan. Minggu Usahawan Nasional 2019 yang akan berlangsung selama 4 hari bermula 29 Ogos 2019 hingga 1 September 2019 bertempat di Maeps Serdang ini turut menampilkan pameran, perkhidmatan, juadah serta showcase produk-produk usahawan Malaysia.

Image via: Thelaki.com.my

MUN 2019 UNTUK SEMUA GOLONGAN

Bukan hanya untuk para usahawan, tetapi Minggu Usahawan Nasional 2019 juga turut memberi fokus kepada golongan belia dan B40 selain vendor tempatan, syarikat milik kerajaan (GLC), kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi kewangan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. “Banyak aktiviti dan program bersesuaian diadakan terutama untuk pembangunan keusahawanan” menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Sharifah Nazira Syed Basir Ahmad. Untuk mereka yang inginkan lebih pengetahuan tentang dunia perusahan dan keusahawan, wajib hadir ke Minggu Usahawan Nasional 2019, bertempat di Maeps Serdang pada 29 Ogos 2019 hingga 1 September 2019, masuk adalah percuma je gais.

KATALAKI: Okay set, dah tau dah nak pergi mana 29 Ogos ni…

Last modified: 4 September 2019