4 Pasukan Yang Dah Layak Ke Suku Akhir UCL 2020

Aktif, Bola

Disebabkan keadaan kesihatan penduduk dunia yang tengah terancam dengan wabak Coronavirus atau juga dikenali sebagai COVID-19, kita nak berborak pasal bola dengan kawan-kawan pun dah kurang keseronokan. Bukan bola je yang terkesan dengan impak wabak COVID-19 ni, tapi bidang sukan lain juga dah mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan manusia di dunia terjamin.

Yang terkini, perlawanan kedua UEFA Champions League peringkat Round of 16 yang melibatkan pasukan Manchester City, Real Madrid, Juventus dan Lyon secara rasmi dah ditangguhkan ke tarikh lain yang akan diberitahu nanti.

Setakat ni, dah ada 4 pasukan yang dah pun layak ke peringkat suku akhir UEFA Champions League selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat Round of 16. Ini 4 pasukan yang dah confirmed akan beraksi di peringkat suku akhir UEFA Champions League 2019/20.

ATALANTA

Walaupun dibelasah teruk oleh Manchester City di peringkat kumpulan dengan keputusan 5-1, Atalanta yang mewakili pasukan dari Itali berjaya membelasah Valencia dengan gol agregat 4-8 untuk layak ke peringkat suku akhir. Penyerang veteran Slovenia, Josip Ilicic merupakan penyerang paling tajam Atalanta yang dah berjaya menjaringkan 5 gol dalam saingan UEFA Champions League 2019/20 setakat ni.

RB LEIPZIG

Hanya pernah tewas sekali dalam 8 perlawanan UEFA Champions League 2019/20 buat masa ni, pasukan yang dimiliki oleh Red Bull, RB Leipzig berjaya menewaskan Tottenham Hotspur yang dibimbing oleh otai UEFA Champions League, Jose Mourinho dengan gol agregat 4-0 untuk layak ke peringkat seterusnya. Betapa tumpulnya serangan Tottenham Hotspur selepas Harry Kane dan Son Heung-min diketepikan sebab kecederaan, satu gol pun tak berjaya tembus ke gawang gol RB Leipzig.

PARIS SAINT-GERMAIN

Walaupun tewas 2-1 dalam perlawanan pertama, Paris Saint-Germain yang dibarisi pemain-pemain lebih ternama berjaya buat comeback di stadium sendiri selepas menang ke atas Borussia Dortmund dengan gol agregat 3-2. Penyerang muda sensasi Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dibahan teruk oleh pemain-pemain Paris Saint-Germain selepas tamat perlawanan.

ATLETICO MADRID

Atletico Madrid disanjung oleh seluruh peminat bola sepak di dunia selepas berjaya menyingkirkan juara UEFA Champions League musim lepas, Liverpool dengan gol agregat 2-4. Bukan setakat kalah, Liverpool juga tewas dan bolos 3 gol di Anfield, kubu keramat pasukan Liverpool.

BILA PERLAWANAN SUKU AKHIR?

Majlis undian untuk menentukan pasukan mana yang akan bertemu dengan pasukan mana di peringkat suku akhir dan separuh akhir nanti sepatutnya berlangsung pada 20 Mac 2020.

Perlawanan pertama peringkat suku akhir UEFA Champions League 2019/20 akan berlangsung pada 7 dan 8 April dan perlawanan kedua pada 14 dan 15 April. Susah nak jangka sama ada tarikh perlawanan ni akan kekal atau ditukar ke tarikh lain memandangkan banyak perlawanan yang kena postponed.

KATALAKI: Korang dah bersedia untuk berhadapan dengan situasi tak dapat tengok bola untuk jangka masa yang lama?

Last modified: 13 March 2020